OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, February 2, 2011

High heels – bergaya tapi terseksa???

Entri kali ni aq ingin kupaskan cikit isu ttg kasut tumit tinggi atau ‘high heels’…ntah tba2 ja

Terfikir mau diskas psl ni, btw entri kali ni hrus dibaca ole girl2 yg kiut-miut di luar sana tu…hehehe…ok, high heels adlh slh satu "trend" yang sudah lama & nampak serasi dgn wanita. Tapi mungkin ada di antara wanita luar sna yg sedar bahawa bahana pemakaian high heels ni kepada diri si pemakai. Apakah pemakaian high heels ni mbawa kepada keburukan sahaja & apakah kebaikannya pula?






Pakar tulang (orthopedics) telah lama menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan masalah di lutut, pergelangan kaki dan pada kaki. Masalah yang dihadapi boleh terjadi dengan segera ataupun dalam jangka masa yang lama. Terseliuh pergelangan kaki dan patah tulang akibat terjatuh semasa memakai kasut tumit tinggi adalah di antara dampak segera dari pemakaian kasut tumit tinggi. Manakala osteoarthritis (osteo=tulang, arthro=sendi, itis=radang) adalah dampak masalah bagi pemakaian dalam jangka masa yang panjang.

Berikut adalah antara permasalahan yang timbul dari pemakaian kasut tumit tinggi:
1. LUTUT

Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur

Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan

Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.

2.BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).

3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.




4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.




5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)
Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dlm keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.



6. PUMP BUMP
Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"




Terdapat pelbagai masalah kesihatan yg dpt disebabkan oleh pemakaian high heels. Mungkin ada yg menyatakan bahawa t’dpt juga kebaikan memakai high heels, seperti bergaya & up to date. But for me, itu terlalu sedikit jika dibandingkan dgn keburukan yg akn ditanggung. Namun terpulang kpd individu itu sendiri untuk menilai apa yg terbaik.

1 comment:

vampire's lovex said...

pakai selipar je lagi bagus..hahaha..

murah pon murah,boleh pakai banyak kali...heels dah la mahal,pakai kejap je,pastu sakit kaki,pakai selipar balik...

haihhh

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com