OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label AQ5. Show all posts
Showing posts with label AQ5. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Sabah Juara Akademi Al-Quran musim ke-5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh & salam sejahtera...
Alhamdulillah..akademi Al-Quran telah melabuhkan tirai dengan jayanya semalam yang di pancarkan dari Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 26 Mac 2011 yang bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam hanya di TV9 Di Hatiku


Suatu kebanggaan sebagai anak jati Sabah kerana buat julung kalinya kejuaraan AQ 5 ini telah dimiliki oleh peserta dari Sabah...sekalung tahniah buat Mohd Syahriansyah Apin (gambar atas). Beliau memenangi wang tunai RM30,000 dan piala beserta hadiah iringan lain termasuk biasiswa tajaan Universiti Antarabangsa Madinah. Tahniah sekali lagi untuk anak kelahiran Sabah ini.


Saguhati peserta AQ 5:

Mohamad Husaini Mahmur, 19 tahun, Negeri Sembilan

Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21 tahun, Selangor

Suhailah Zulkifly, 22 tahun, Melaka


Akademi Al-Quran diwujudkan untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran

mod menaip: bangga dengan kejuaraan anak kelahiran sabah

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com