OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label gadis bukan manusia. Show all posts
Showing posts with label gadis bukan manusia. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Gadis Cantik ini bukan manusia

Peminat AKB48 terkejut dengan informasi dan inginkan kepastian bahawa Aimi Eguchi, ahli terbaru dan paling sempurna dari kumpulan tersebut disahkan bukan manusia.



Sebahagian orang Jepun memang mencurigai bahawa gadis cantik ini hanyalah rekaan digital saja, namun begitu para peminatnya terus menafikan dan meyakini bahawa gadis tersebut adalah manusia sebenar.

Sekarang jelaslah sudah, Aimi Eguchi dipastikan bukan manusia. Karakter yang menjadi maskot iklan sebuah produk gula-gula di Jepun ini adalah 100% hasil rekaan komputer. Wajahnya merupakan hasil gabungan dari bahagian-bahagian wajah terbaik ahli-ahli yang lain. Hari kelahirannya 11 Februari ternyata merupakan tarikh syarikat gula-gula itu berdiri.

Semuanya terbongkar setelah syarikat itu menyiarkan video tentang pembuatan karakter Aimi Eguchi kepada orang ramai.

Menurut akhbar dari syarikat itu, semua ini memang dilakukan secara sengaja oleh kumpulan pemasaran mereka untuk mengangkat prestij produk yang dibintangi Eguchi dan nampaknya kumpulan tersebut berhasil melaksanakan tugasnya dengan baik.



MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com