OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Kerbau jadi haiwan kesayangan dibela di dalam rumah


Seekor kerbau sepanjang 8 kaki dan tinggi 6 kaki yang diberi nama Bailey Junior bagaikan selebriti di sekitar pekan Spruce Grove di Alberta Kanada.

Haiwan seberat 1,820 pound (826 kg) itu barangkali merupakan haiwan terbesar di dunia yang pernah menjadi haiwan kesayangan manusia. Malah ia turut dibela di dalam rumah.


Jim dan Linda Sautner mula memelihara Bailey sejak ia kehilangan ibunya. Kerbau berwarna hitam itu diberikan susu botol sedari kecil lagi dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.


Kini kerbau berusia 3 tahun itu turut dibawa bersiar-siar ke seluruh pekan dan bandar bertemu dengan rakan-rakan Jim, malah turut dibawa ke bar untuk minum beer bersama tuannya.

Jim turut mengubahsuai keretanya bagi membolehkan kerbau kesayangan keluarganya itu dibawa bersiar-siar dengan kereta. Keretanya diubahsuai agar mampu menampung ruang dan berat Bailey.


Check it out!




sumber: freemalays

Tuesday, November 15, 2011

Teh termahal di dunia dibuat daripada tahi beruang panda

Biasa kita dengar tentang kopi "tahi musang" yang begitu mahal harganya. Namun berbeza kali ini apabila seorang lelaki di China cuba memecahkan rekod harga teh termahal di dunia yang diperbuat dari tahi Beruang Panda.

Pensyarah salah sebuah kolej itu, An Yanshi telah mengumpulkan lima tan tinja Beruang Panda untuk mencipta sejenis teh yang baru.

Dia yakin bahawa tinja tersebut yang memiliki aroma unik mampu membuatkan teh ciptaannya nanti menjadi kegemaran kepada mereka yang bercita rasa tinggi dan membolehkan ia dijual sehingga £50,000 (RM252,432) sekilogram.




Yanshi menjelaskan "Beruang Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang cekap dan ia hanya menyerap sekitar 30 peratus sebarang zat makanan yang dimakan. Ini bermakna, tinja haiwan ini kaya dengan serat dan nutrient"

"Ia memiliki aroma yang matang, kepedasan serta tersendiri semasa melalui proses penapaian."

Yanshi yang mengumpulkan tahi beruang menggunakan lori dari pusat ternakan Panda gergasi di Chengdu, daerah Sinchuan Selatan China mensasarkan untuk memegang Guinness World Record sebaik sahaja pusingan pertama tehnya sedia untuk dijual.

Kopi paling mahal di dunia setakat ini dibuat daripada bijian kopi yang dimakan, disepara cernakan serta dikeluarkan semula oleh sejenis musang Indonesia.

Kopi Luwak, atau "Civet Coffee" dijual sehingga £100 (RM504.80) untuk setiap 0.45kg di United Kingdom

sumber: freemalays

Kucing Tersangkut 3 Hari, 20 Kaki di Puncak Pokok Kaktus



Alaa...ciannya...


Beberapa orang penduduk bimbang dengan nasib seekor kucing yang tersangkut di puncak sebatang pokok kaktus setinggi 20 kaki sejak lebih tiga hari.


Kejadian yang berlaku di Salt River, Arizona itu menyaksikan penduduk beberapa hari mencari jalan untuk menurunkan kucing tersebut.


Menurut salah seorang penduduk, JD Robbins "kucing itu barangkali telah dikejar oleh anjing hutan. Walaupun tersangkut begitu lama, ia tetap kelihatan tenang"


Dilaporkan bahawa kucing malang tersebut sudah tersangkut di puncak pohon kaktus tersebut sejak tiga hari tanpa makan dan minum di bawah panas terik matahari di kawasan gurun tersebut.

Segelintir pakar menyatakan bahawa adalah lebih berbahaya untuk menyelamatkan kucing tersebut - manakala pihak bomba pula menasihatkan tidak perlu, kerana ia akhirnya pasti akan turun sendiri.

Dakwaan tersebut tenyata benar apabila kucing tersebut akhirnya memberanikan diri untuk turun sendiri tanpa sebarang bantuan manusia sambil gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar Fox9 TV.

Check it out video di bawah.


sumber: freemalays.blogspot


Sunday, July 24, 2011

Jambatan 'mabuk' dan 'gila' di Norway


Mereka memanggilnya jambatan 'mabuk' atau jambatan yang menghubungkan mana-mana tempat, tetapi ia hanya Jambatan Storseisundet di Norway. Ia adalah sebahagian daripada"Atlanterhavsveien" yang bermaksud Atlantic Ocean Road. Ramai pelancong sebenarnya datang ke sini untuk melihat jambatan 'gila' ini kerana ia sesuatu jambatan yang harus dilihat. Ia masih misteri mengapa jambatan seperti itu dibina.

Jambatan Storseisundet ini merupakan jambatan kelapan terpanjang di Norway. Pembinaannya sepatutnya dibina secara mendatar, tetapi yang jelas gagal dan perkara yang menyeronokkan ialah bahawa ia adalah berbeza dari beberapa sudut yang menjadikan ia begitu istimewa.

Dari satu sudut ia kelihatan seperti jambatan yang tidak ada penghujungnya. Jika anda membuat keputusan untuk melihat jambatan ini, anda perlu berhati-hati apabila memandu di atasnya, kerana ia boleh 'menipu' anda dengan mudah dan takut untuk jatuh ke sungai, akan tetapi jambatan 'mabuk' ini tidak berbahaya.









Makhluk ganjil ditangkap di China


BEIJING - Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi

-kosmo

Saturday, July 23, 2011

Penyokong seksi Putin cuci kereta untuk tarik sokongan


MOSCOW - Sekumpulan pelajar perempuan muda dan seksi dari Universiti Moscow menjadi perhatian selepas melakukan kerja-kerja membasuh kereta secara percuma di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Dengan hanya memakai coli dan seluar pendek, mereka merupakan penyokong kuat Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang dijangka membuat pengumuman akan kembali bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Mereka melakukan perbuatan itu bagi menarik sokongan orang ramai supaya menyokong Putin menjadi presiden.

Namun, mereka hanya menawarkan perkhidmatan membasuh kereta itu kepada pemandu yang memandu kereta buatan Rusia seperti Ladas atau Volgas.

"Kami mengadakan perkhidmatan ini kerana sayangkan Putin," kata salah seorang pelajar tersebut.

"Kami pasti hanya sedikit pemandu yang akan menolaknya," kata salah seorang penganjur kempen membasuh kereta untuk Putin itu.

Menurut seorang lelaki, dia tidak pasti gadis-gadis itu benar-benar boleh membasuh kereta.

Namun, dia suka melihat aksi mereka yang seksi itu.

Satu blog yang diberi nama 'Kami Benar-benar Sukakan Putin' telah menarik lebih 110,000 ahli. - Agensi
sumber

Friday, July 22, 2011

Gadis ini mempunyai saluran getah dari otak ke perut


Seorang gadis berusia 17 tahun nyaris buta akibat tekanan berlebihan di kepalanya. Penglihatannya diselamatkan setelah doktor membuat saluran di kepala, yang mengalirkan cairan otak terus ke perutnya.

Melissa Peacock, gadis asal Bradford Inggeris ini mengalami keadaan langka yang dikenali intracranial hypertension. Tekanan tinggi akibat kelebihan cairan otak itu memberi impak pada salah satu saraf mata.

Keadaan itu awalnya diketahui dari penglihatannya yang mulai kabur di usia 9 tahun. Selanjutnya dia mengeluh asyik pening dan sakit kepala, sehingga ibunya, Carolynne membawanya ke doktor untuk membuat rawatan.

Mendapati tekanan yang tinggi di otak, doktor sempat mengatakan Melissa menderita tumor mematikan di otak. Namun setelah hasil scan keluar, bukan jaringan tumor yang didapati di kepalanya tetapi kelebihan cairan otak.

Keadaan itu kemudian diatasi dengan prosedur standard iaitu menyedut cairan dari dalam kepala. Sayangnya, tidak lama setelah disedut cairan itu muncul lagi sehingga penyedutan harus dilakukan sehingga 8 kali.

Tak sanggup melihat Melissa yang kesakitan setiap kali cairan kepalanya disedut, doktor berfikir untuk melakukan prosedur yang sifatnya permanent. Doktor akan memasangkan saluran getah penghubung untuk mengalirkan cairan itu ke perut.

Salah satu hujung saluran itu ditanam di otak, manakala hujung yang lain berada di bahagian sisi Melissa. Dengan adanya saluran yang dipasang menyusuri tulang belakang itu, lebihan cairan di kepala dapat dialirkan ke perut untuk dicerna.

"Rakan-rakan saya merasa aneh mendengar saya mencerna cairan otakku sendiri. Tapi saya tidak peduli, disebabkan kualiti hidup saya semakin baik sejak ada alat itu di kepala saya," kata Melissa seperti dilaporkan Dailymail.

Kini remaja yang mempelajari fotografi itu boleh menjalani hidupnya secara normal seperti pelajar yang lain. Gangguan penglihatan dan sakit kepala yang dulu dialaminya, kini tinggal kenangan hasil idea cemerlang para doktor yang menanganinya.


Thursday, July 21, 2011

Nenek ini boleh hidup tanpa duit


Berlin - Seorang nenek di Jerman hidup sihat, Sdn, dan bahagia setelah dirinya menderma seluruh wangnya 15 tahun yang lalu.

Heidemarie Schwermer, meninggalkan rumahnya di Dortmund dan saat ini berjalan dari bandar ke bandar hanya berbekal beg, telefon, dan laptop.

"Saya telah mencari cara bagaimana boleh hidup tanpa wang, saya boleh mendapat apa-apa yang saya perlukan dengan Sistem barter dan mendapatkan hadiah," ujar janda berusia 69 tahun itu, kenyataannya yang diambil oleh Orange.

Schwermer, yang telah mengeluarkan buku berjudul "The Star Money Experiment" menolak untuk menerima royalti daripada penerbit buku.

"Saya menyuruh penerbit untuk menderma royalti saya, hal itu akan membuat kebahagiaan bagi banyak orang," tambahnya.
Schwermer meninggalkan rumahnya pada 1996 lalu saat anak-anaknya meninggalkannya kerana sikap Schwermer yang jengkel terhadap masyarakat yang rakus.

"Saya tidak pernah kekurangan makanan, pakaian atau pun teman dan saya pun tidak stres. Saya tidak dikuasai oleh wang, cukai atau keserakahan," ujarnya

"Saya bahkan lebih sihat, sejak 15 tahun, saya tidak pernah pergi ke doktor dan saya pun tetap sihat, saya bahkan tidak perlu bimbang akan masa depan saya, saya menikmati setiap detik dari hidup saya," tegasnya.




Sisa makanan Putera Charles dijual dengan harga RM4000


Ada-ada saja hobi yang dijalani Michael dan Francesca Bannet. Pasangan suami-isteri asal Inggeris ini mempunyai kegemaran mengumpulkan sisa makanan para selebiriti dunia.

Namun, siapa sangka jika hobi yang termasuk dalam hobi aneh ini justeru boleh menghasilkan wang.

Baru-baru ini mereka berjaya melelong sedikit puding sisa makanan Putera Charles dengan harga 300 poundsterling (RM4 ribu).

Sisa puding pewaris takhta nombor wahid Kerajaan Inggeris ini merupakan salah satu koleksi yang dimiliki Michael dan Francesca. Kedua-duanya bahkan membuka muzium untuk menyimpan pelbagai makanan sisa para selebriti dunia dari berbagai kalangan.

Menurut berita yang dilaporkan dari Dailymail, mereka mengumpul makanan sisa selebriti dunia, ketika berniat mengumpulkan wang demi membantu kos perubatan kanak-kanak yang diserang kanser pada 2004 lalu.

Tuesday, July 19, 2011

Wiper kereta guna tangan

Dengan kuasa bulan aku akan menghukum mu...uitt..ni bukan sailormoon keyh, seorang pemandu di China menggerakkan wiper dengan tangan. Berjimat la katakan..




maaflah gambar tak berapa clear..


Rumah tidak dapat dijual kerana ribuan ular berada di bawah rumah

gambar ihsan google

Agen yang menjual rumah murah disukai masyarakat. Namun teori ini tidak berlaku bagi rumah dengan lima bilik di Idaho. Rumah tersebut dijual beserta ribuan ular yang hidup di bawah rumah.

Tahun lalu, pemilik rumah yang berada di Idaho, Amerika Syarikat itu menyerah dengan keadaan yang ada ini sehingga melarikan diri.

Akibatnya, rumah itu jatuh ke pihak penyita. Tambahan, pemilik rumah merasa penyitaan jauh lebih baik daripada hidup dengan ular yang merayap di sekitar langit-langit rumah dan dinding.

Selanjutnya, rumah itu diambil alih oleh pihak pemberi pinjaman iaitu Chase Bank. Asosiasi broker Todd Davis dari Realty Quest kembali berusaha menaklukkan tugas untuk menjual kembali rumah itu.

Tugas itu sangat berat mengingat keadaan ekonomi pasar. Tambahan masalah ular yang hidup sembarangan di rumah itu membuat penurunan harga rumah dari US$175 ribu menjadi US$109 ribu menjadi tidak berdampak apapun.

“Saya rasa, saya perlu seorang pecinta ular,” ujar Davis. Atau seseorang dengan sifat yang sedikit berbeza, tambahnya lagi.

Selain bayangan yang mengerikan bahawa penghuni hidup bersama dengan kumpulan ular, sebuah video YouTube mengungkapkan bekas penghuni yang bercerita bahawa dirinya selalu khuatir tidur di malam hari. Dia takut kerana tidak tahu bila tempat tidurnya diserbu ular.

Joe Collins, direktur Pusat Herpetologi Amerika Utara, Kansas, mengatakan bahawa kemungkinan besar rumah itu dibangunkan di atas sarang ular. "Ular memiliki kesetiaan yang tinggi dengan sarangnya," ujar Collings. Apalagi, ular memiliki sifat yang tidak tahan sejuk.


Wow! Bom masih aktif digunakan sebagai loceng


Satu kumpulan kesedaran bahaya di Uganda terkejut bukan main apabila mengetahui satu bom yang tak meledak digunakan sebagai loceng ketika mereka mengunjungi satu sekolah untuk mengajarkan anak-anak cara mengetahui bom, demikian seperti yang dilaporkan seperti dalam sebuah akhbar tempatan.

Organisasi Anti-Mine Network melihat beberapa guru memukul bom itu dengan batu untuk memanggil pelajar agar masuk ke dalam kelas di sekolah yang memiliki 700 pelajar di satu daerah kampung, menurut sumber Daily Monitor.

"Bom ini masih aktif, yang maksudnya jika kena pukul lagi kuat ,maka bom itu akan meletup dan mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga," kata Wilson Bwambale, koordinator organisasi tersebut kepada surat khabar itu seperti mana yang dikutip Reuters.

Bwambale mengatakan bahawa mereka akan meletupkan bom tersebut di satu daerah yang tertutup.

Tentera Uganda telah berperang dengan dua pemberontakan selama dua tahun yang lalu dan bom masih banyak di tempat peperangan tersebut.

Itu adalah bom kedua yang telah ditemui oleh Anti-Mine Network di salah sebuah sekolah Uganda dalam 6 bulan yang lalu.

Satu bom lagi yang ditemui sewaktu digunakan oleh budak-budak pada waktu makan sebagai mainan dan ditaruh di ruang penyimpanan selama pembelajaran berlangsung.



10 Benda teraneh yang pernah dilempar ke dalam padang bola sepak

Bola sepak merupakan permainan yang terbesar di dunia yang menjadi tumpuan seluruh dunia amnya lebih-lebih lagi jika sesuatu perlawanan tersebut melibatkan team atau kelab antarabangsa yang mempunyai fans masing-masing. Ketidakpuashatian akan melanda dalam kalangan fans itu sendiri jika team yang mereka sokong mengalami kekalahan teruk, perpindahan kelab dan seumpamanya...jadi bagi menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada team yang mereka sokong atau kepada pihak lawan, mereka akan membaling sesuatu objek ke dalam padang seperti apa yang korang tengok di bawah ni.


1. Bola Pantai

Terjadi di Skotlandia pada pertandingan Celtics vs Glasgow.


2. Kepala Babi


Ini merupakan hasil kekesalan fans Barcelona terhadap Luis Figo, kerana Figo berpindah ke Real Madrid yang merupakan musuh utama Barcelona. Yucksss!


3. Scooter


Ini terjadi pada saat pertandingan Inter Milan vs Atalanta. Sebelum pertandingan bermula, fans Inter Milan mencuri scooter dari fans Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium. Scooter di simpan di tempat kosong di dalam Stadium San Siro.


4. Arnab


Ini terjadi di Yunani, ketika pertandingan tim Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung.


5. Vibrator (penggetar)


Penyokong fanatik di Argentina melemparkan vibrator ke dalam padang.


6. Babi


Ini terjadi pada salah satu kelab di Poland.


7. Botol Wiski


Terjadi di Spanyol tahun 2006, ketika pertandingan Atletico Madrid vs Sevilla.


8. Donat


Penyokong Hajduk Split (Croatia) memprotes presiden kelab mereka dengan melempar donat ke dalam padang. Kebetulan Presiden Kelab mereka mempunyai perusahaan kuih donat.


9. Granat Tangan

Dalam pertandingan pada tahun 1966 pertandingan antara Millwall dan Brentford di Den Lama, seseorang dari penonton melemparkan granat pada Brentford kiper Brodie Chic, yang mendarat tepat pada tujuan.

Setelah mendapatkan lemparan dari penonton, Brodie meminta pengadil garisan untuk datang mengecek benda apa yang dilempar untuknya, setelah pengadil garisan mengecek bahawa benda itu granat, ia langsung mengisyaratkan semua pemain untuk meninggalkan padang dengan secepat mungkin.


10. Bola Tenis


Para penggemar Hull City memutuskan untuk melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox melawan Bolton untuk mendapatkan perhatian media Lloyd, Dan itu berhasil.


Monday, July 18, 2011

Kapal terbang ada kolam renang

Tiada siapa yang boleh berenang di langit, tapi korang boleh berenang di dalam kapal terbang. 6 Jun lalu, McMinnville, Tennessee, pembukaan sayap dan gelombang air dunia yang mempunyai empat kawasan permainan dan termasuk pesawat Boeing 747 membolehkan impian kita untuk berenang seperti di ruangan angkasa menjadi kenyataan.



 

 




10 nama tempat terpanjang di dunia

1. Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (Thailand)




Nama tersebut diberikan oleh Raja Buddha Yodfa Chulaloke dan disunting oleh Raja Mongkut.


Erti dari nama tersebut adalah "Kota para malaikat, kota yang besar, kota permata yang abadi, kota yang tidak mampu dikalahkan milik Dewa Indra, ibukota dunia yang terbesar, dikurniai dengan 9 permata yang berharga, kota yang bahagia, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar yang menyerupai tempat tinggal syurgawi di mana para dewa yang dijelmakan semula berkuasa, kota yang diberikan oleh Indra dan dibangunkan oleh Vishnu karma.




2.Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu(Selandia Baru)




Nama sebuah bukit dalam Bahasa Mäori di Selandia Baru. Tempat ini tercatat dalam Guiness World Records sebagai tempat dengan nama terpanjang di dunia (85 huruf).




3. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (Inggeris)




Sebuah desa dalam Bahasa Welsh di daerah Anglesey, Wales, Inggeris.




4. Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (Massachusets, US)




Tasik dalam Bahasa Nipmuc ini merupakan tasik dengan nama terpanjang di Amerika Serikat. Tasik ini terletak di Massachusets.




5. Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik (Kanada)




Tasik yang diberi nama menggunakan Bahasa Inuktitut ini berlokasi di Manitoba dan Nunavut, Kanada.




6. Przedmieście Szczebrzeszyńskie (Poland)




Daerah ini merupakan sebuah desa di Lublin Voivodeship, di Poland bahagian timur. Desa ini hanya memiliki 386 orang penduduk.




7. Beaujeu-Saint-Vallier-Pierrejux-et-Quitteur (Perancis)




Daerah ini berada di Haute-Saône wilayah Franche-Comté, Perancis sebelah timur.




8. Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfo ntein (Afrika Selatan)




Nama sebuah penternakan 200 km sebelah barat Pretoria, Afrika Selatan di barat laut.




9. Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä (Finlandia)




Nama sebuah paya di Finland ini merupakan nama tempat yang terpanjang dalam 1 kata di Finland.




10. Gorsafawddacha idraigodanheddogleddollônpe nrhynareurdraethceredigione (Inggeris)




Ini adalah nama stesen kereta api kecil di Gwynedd, Wales sebelah barat. Nama ini dipilih untuk mengalahkan populariti Desa Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch yang juga berada di daerah Wales.


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com