OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label e-Dr.. Show all posts
Showing posts with label e-Dr.. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Penjagaan Rambut untuk Lelaki


Walau pun secara umumnya lelaki jarang menghadapi masalah rambut tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan rambut anda. Penjagaan yang betul dan berskala boleh menghindarkan anda dari masalah rambut kering, kelemumur dan juga masalah rambut gugur.

1. Teknik Mencuci Rambut Yang Betul
Rambut anda perlu dicuci untuk menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Rambut anda haruslah dicuci dengan air yang bersih setiap hari. Gunakan syampu dan ‘conditioner’ setiap dua hari sekali. Anda haruslah mematuhi teknik dan arahan yang ditetapkan oleh pengeluar syampu dan ‘conditioner’ yang anda gunakan. Penggunaan yang tidak mengikut arahan atau terlalu kerap boleh merosakkan rambut anda.

2. Vitamin dan Mineral
Seperti anggota badan yang lain, rambut juga memerlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat. Antaranya ialah Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Fatty Acids dan juga Zinc. Anda boleh mendapatkan vitamin ini di farmasi atau salon-salon rambut.

3. Kelemumur
Mempunyai kelemumur memang memalukan. Lebih teruk lagi jika ianya mendatangkan masalah gatal dan gugur di bahu anda. Ianya boleh merosakkan keyakinan dan memberi tanggapan yang negatif terhadap anda. Rawatlah dengan segera. Anda boleh menggunakan produk saintifik atau pun secara traditional.

4. Rambut Kerinting
Mempunyai rambut yang kerinting bukanlah sesuatu yang mengecewakan. Terdapat banyak stail rambut kerinting yang menawan untuk anda. Meluruskan rambut terlalu kerap boleh merosakan rambut anda dan mendatangkan risiko keguguran rambut.

5. Stail Rambut Yang Menawan
Untuk mendapatkan stail rambut yang menawan, anda perlu mendapatkan khidmat tukang gunting yang profesional. Dapatkan pandangan dan cadangan dari mereka tentang gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka dan personaliti anda.

Akhir sekali, sebelum anda mengunakan produk untuk rambut anda terutamanya syampu rambut, pastikan kandungannya terlebih dahulu. Ada sesetengah produk mungkin tidak sesuai untuk anda dan menyebabkan kelemumur atau membuatkan rambut anda bertambah kering.

Thursday, May 19, 2011

Ujian darah boleh buktikan jangka hayat?

Satu ujian darah yang boleh menunjukkan berapa pantas seseorang berusia dan menawarkan kemungkinan anggaran berapa lama masa yang tinggal untuk hidup – dijangka dijual kepada orang ramai di Britain hujung tahun ini.
Kaedah ujian kontroversi itu mengukur struktur penting hujung kromosom seseorang digelar telomere, yang mana saintis percaya adalah satu petunjuk paling penting dan tepat kepantasan di mana seseorang itu berusia.

Saintis berpendapat di sebalik ujian berharga £435 (RM2,145) itu berkata tidak mustahil memberitahu sama ada ‘usia biologi’ seseorang, seperti diukur oleh panjang telomere, lebih tua atau muda berbanding usia kronologi sebenar mereka.
Penyelidik perubatan percaya ujian telomere akan menjadi popular dalam tempoh lima atau 10 tahun, namun ada sesetengah saintis yang mempersoalkan nilainya dan sama ada perlu ada kawalan etika lebih kuat berhubung peluasan penggunaannya.

Sebagai tambahan terhadap kebimbangan bagaimana penduduk akan memberi reaksi untuk satu ujian berapa ‘tua’ mereka sebenarnya, sesetengah saintis bimbang bahawa ujian telomere mungkin dirampas organisasi tidak bertanggungjawab cuba untuk menjaja ramuan anti-penuaan dan bahan kimia palsu memanjangkan usia.
Keputusan ujian mungkin juga menjadi daya tarikan baru kepada syarikat menawarkan polisi insurans hayat atau perubatan yang lebih banyak bergantung kepada risiko hayat seseorang untuk jatuh sakit atau mati lebih awal. – Agensi

Friday, February 11, 2011

Senaman mata

Melakukan latihan mata tidak hanya memperbaiki penglihatan, tetapi juga dapat mengurangi masalah yang disebabkan oleh ketegangan mata, seperti sakit kepala.
Senaman mata ini tidak memerlukan waktu yang lama serta dapat dilakukan hampir di mana saja.
Berikut 3 jenis latihan yang dapat menyihatkan mata :
1. 20-20-20 Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika sedang merasa tegang. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu masa untuk melakukan perkara ini dalam masa 20 minit, contohnya melihat benda tertentu selama 20 minit.
Untuk setiap 20 minit lakukan tugas yang seragam seperti mengadap laptop, menjahit dan sebagainya kemudian ambil waktu 20 saat untuk melihat pada objek lain yang berjarak sekurangnya 20 kaki (6 meter) dari anda.
Perkara ini memungkinkan mata anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali ke aktiviti sebelumnya dengan penglihatan yang lebih jelas.
2. Memutar mata
Seperti juga dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata anda rileks kembali. Latihan ini memungkinkan peningkatan jumlah nutrision dan aliran oksigen ke kawasan mata.


Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar searah jarum jam setidaknya 20 kali. Berkedip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.
3. Jarak fokus
Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan membangun kembali penglihatan anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, television, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh.
Untuk melakukan latihan ini, cari objek terjauh yang dapat anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata anda merasakan perbedaan fokus jarak jauh dan dekat.

Petikan daripada akhbar tempatan, Berita Harian pada 10 Mei 2007.

Wednesday, February 2, 2011

High heels – bergaya tapi terseksa???

Entri kali ni aq ingin kupaskan cikit isu ttg kasut tumit tinggi atau ‘high heels’…ntah tba2 ja

Terfikir mau diskas psl ni, btw entri kali ni hrus dibaca ole girl2 yg kiut-miut di luar sana tu…hehehe…ok, high heels adlh slh satu "trend" yang sudah lama & nampak serasi dgn wanita. Tapi mungkin ada di antara wanita luar sna yg sedar bahawa bahana pemakaian high heels ni kepada diri si pemakai. Apakah pemakaian high heels ni mbawa kepada keburukan sahaja & apakah kebaikannya pula?






Pakar tulang (orthopedics) telah lama menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan masalah di lutut, pergelangan kaki dan pada kaki. Masalah yang dihadapi boleh terjadi dengan segera ataupun dalam jangka masa yang lama. Terseliuh pergelangan kaki dan patah tulang akibat terjatuh semasa memakai kasut tumit tinggi adalah di antara dampak segera dari pemakaian kasut tumit tinggi. Manakala osteoarthritis (osteo=tulang, arthro=sendi, itis=radang) adalah dampak masalah bagi pemakaian dalam jangka masa yang panjang.

Berikut adalah antara permasalahan yang timbul dari pemakaian kasut tumit tinggi:
1. LUTUT

Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur

Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan

Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.

2.BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).

3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.




4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.




5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)
Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dlm keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.



6. PUMP BUMP
Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"




Terdapat pelbagai masalah kesihatan yg dpt disebabkan oleh pemakaian high heels. Mungkin ada yg menyatakan bahawa t’dpt juga kebaikan memakai high heels, seperti bergaya & up to date. But for me, itu terlalu sedikit jika dibandingkan dgn keburukan yg akn ditanggung. Namun terpulang kpd individu itu sendiri untuk menilai apa yg terbaik.

Friday, January 28, 2011

Oh begini rupanya proses kejadian ku...



di sini aq ‘paste’kan video animasi 3D proses kejadian manusia . . . 
Juz mau kongsi ilmu, sma2lah kta tonton yarr… 




" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

~ Maksud firman Allah dalam Surah Al-Insan : 2 ~

Sunday, January 23, 2011

Panduan untuk mengurangkan lemak & kolesterol

Pilihan Makanan 


* Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.


* Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.


* Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.


* Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya


* Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

* Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.

Penyediaan Makanan 

* Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum   dimasak. 

* Kurangkan minyak semasa memasak.

* Bakar, kukus atau rebus makanan.

* Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan


Sumber: Jawatankuasa Program Kardiovaskular, KKM
Edited by: Blogger -MKFBM

Saturday, January 22, 2011

Fakta Jantung???


1. Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita

Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.

Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.
2. Jantung bukan hanya satu pam

Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.
3. Volume Pengepam satu hari
Photobucket
Ini contoh tangki 15,000 liter . Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.
4. Panjang saluran darah
Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!
4. Denyutannya jantung

Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit.
Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?
5. Tekanan pam jantung
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.
Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com