OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Betulkah Cinta Itu Buta? Mana Matanya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Perihal cinta menjadi entri pertama blog fahmi di sini hari ne.. :))))
Betulkah cinta itu buta?....kalau buta mana matanya?...haha stress gila pertanyaan ne, hey fahmi tu perumpamaan jela..ok back to title..cinta boleh membuat derita menjadi bahagia, benci menjadi sayang dan salah pun jadi betul. Sungguh kuat aura cinta ne kan???

Tapi masih ramai yang tak setuju bahawa cinta itu buta, ya aku la antara orang yang tak setuju tu!..melainkan orang yang bercinta itu sendiri yang sudah terkena 'virus cinta' yang mereka rasakan. Kononnya di sanalah syurga..mahligai kayangan yang akan membawa kebahagian untuk selama-lamanya. Yalah ketagih cinta kan? mana kita nak halang, dalam erti kata lain memang kemaruk cinta la sangat. Sehinggakan demi cinta mereka sanggup membuat perkara 'gila' apabila jalan percintaan tidak berakhir dengan kebahagiaan. Bukankah meraka yang bercinta ne sebenarnya buta?

Cinta sebenarnya tak buta kerana baik buruk yang mereka rasakan tentang cinta itu sebenarnya datang dari mereka sendiri untuk mentafsir apa itu cinta. Cinta itu suci dan tinggi tarafnya kerana cinta adalah anugerah Allah yang tiada nilainya untuk dijadikan pegangan. Cinta yang 'diterbitkan' bukan sahaja kepada mereka yang berpasang-pasangan yang berlainan jantina malah cinta dianugerahkan untuk melahirkan rasa kecintaan kita kepada Pencipta, Nabi, keluarga, guru, rakan dan semua yang berada di sekeliling kita supaya kita lebih mensyukuri kenikmatan cinta yang diberikan olehNya.

So don't say love is blind okay..tapi up to korang semua nak kata apa pasal cinta. (~_^)v

Meh klik puisi cinta --> filem ketika cinta bertasbih.


Tuesday, November 8, 2011

23 Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta

tuan punya belog...saja nak enterframe...

Terdapat 23 tanda seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita yang menjadi pujaan hatinya.


Love 1.

Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love 2.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3.

Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6.

Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love 7.

Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9.

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

Love 10.

Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Love 11.

Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12.

Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

Love 13.

Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14.

Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15.

Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17.

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18.

Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20.

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21.

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (huh!..tapi masih wujudkah lelaki yang macam ne? ;) )

Love 22.

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.



sumber: pemaniskata.blogspot.com

Thursday, November 3, 2011

Puisi Indah Filem Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Tik tok tik tok...fahmi di sini tak tau nak buat entri pasal apa petang ni, sampai usha2 you tube entah ceta apa yang aku tengok aku pun tau yang penting hepi2...jumpa pulak video pendek menarik yang disunting dari filem yang penuh pengajaran iaitu Ketika Cinta Bertasbih dan kini mendapat tempat untuk dijadikan entri pada petang ni. Check it out!..layanzz...





Cinta...cinta..cinta...apa itu cinta????

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta...

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika ku datangi,
Aku jadi malu pada keterangan ku sendiri...

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...

Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta...

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...


*Setiap baris ayat diungkapkan begitu mendalam maksudnya dan sesungguhnya cinta itu akan lebih indah kerana Allah...


Friday, May 20, 2011

Lelaki suka....tapi lelaki tidak suka perempuan yang....

gambar hiasan

Assalamualaikum & salam keamanan buat semua pembaca FDS...dari tajuk entri korang mesti  dah tau apa yang akan aku share kali ni, just kesinambungan daripada entri aku minggu2 lepas tentang apa yang perempuan suka & tidak suka pada lelaki tapi kali ni kita terbalikkan pula pasal apa yang lelaki suka & tidak suka pada pompuan. Check it out...

Lelaki suka:
  1. Wanita yang bersikap kelakar
  2. Berbudi pekerti
  3. Murah hati
  4. Senyuman manja
  5. Tahu memasak
  6. Pandai dalam menggayakan pakaian
  7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
  8. Tidak mudah naik angin
  9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
  10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
  11. ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
  12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
  13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
  14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
  16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
  17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
  18. Yang tidak suka berleter
  19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
  20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
  21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
  1. Wanita yang suka mengumpat
  2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
  3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  4. Merokok!
  5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
  7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
  8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
  9. Wanita yang bersikap hipokrit
  10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
  11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
  12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
  14. Tidak bertanggungjawab langsung
  15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
  16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
  17. Boros berbelanja
  18. Tidak tahu/malas memasak
  19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.
  20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

*sekadar renungan bersama...lelaki & perempuan masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Jadi pandai-pandailah memilih pasangan hidup yoo agar kehidupan sweet2 belaka ^_^

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com