OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label artis barat. Show all posts
Showing posts with label artis barat. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Anak David Beckham tinggal di rumah mewah


Los Angeles - Kebanyakan bayi lain melihat dunia dengan sekadar tinggal di atas katil bayi sahaja tetapi anak perempuan pasangan bintang bola sepak, David Beckham yang baru dilahirkan isterinya, Victoria nampaknya memiliki kelebihan tersendiri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Anak keempat Beckham yang bernama Harper Seven itu kini tinggal di sebuah rumah mewah yang disewa oleh ibu bapa mereka di Malibu.

Rumah itu milik pemenang anugerah Oscar iaitu pengarah filem, Steven Spielberg.

Anak Beckham itu dilahirkan Victoria yang merupakan bekas penyanyi Spice Girls pada 10 Julai lalu menerusi pembedahan di sebuah hospital di sini.

Pasangan itu mendiami sementara di kediaman itu yang disewa dengan harga A$150,000 (RM439,050) sebulan.

Mereka dilaporkan menyewa rumah agam Spielberg sehingga mereka dapat mencari kediaman sendiri di sini.

Kediaman mewah milik pengarah filem Schindler List itu dilengkapi tujuh bilik tidur, 10 bilik air, sebuah bilik tayangan, sebuah kolam mandi dan halaman yang luas.

Beckham yang merupakan bintang bola sepak England kini bermain untuk kelab LA Galaxy di sini.

Sebelum ini Beckham mempunyai tiga anak lelakinya yang bernama Brooklyn, 12, Romeo, 8, dan Cruz, 6. - Agensi
-kosmo

Thursday, July 21, 2011

Laman web rasmi Lady Gaga diceroboh


Semenjak kebelakangan ini, nasib yang menimpa penyanyi sensasi Lady Gaga ternyata kurang baik. Setelah beberapa halaman video lagunya dinyahaktifkan di laman YouTube, kini laman web rasminya pula telah diceroboh.

Ternyata individu yang telah menceroboh laman web penyanyi berkenaan dikenal pasti seorang penggodam yang berasal dari Amerika Syarikat dengan menggunakan nama SwagSec.

Lebih malang lagi, penggodam tersebut bukan sekadar menceroboh sahaja, malah turut mencuri ribuan data dan maklumat yang terdiri daripada senarai nama dan alamat e-mel peminat penyanyi itu.

Dengan kegiatan pencerobohan itu, pihak syarikat rakaman Lady Gaga iaitu Universal Music telah membuat aduan kepada pihak polis dan meminta mereka supaya menyiasat dalang yang melakukan perbuatan berkenaan.

"Penggodam berkenaan telah mengambil maklumat menerusi pangkalan data di laman web www.ladygaga.co.uk serta beberapa e-mel yang dihantar, namun tiada sebarang kata laluan atau maklumat kewangan yang dicuri," jelas kenyataan yang dibuat oleh pihak Universal Music.

Selain menceroboh laman web dan mencuri maklumat, penggodam tersebut juga turut membuat ancaman bunuh terhadap Lady Gaga dan menuduh penyanyi itu adalah seorang lesbian.
sumber

Tuesday, July 19, 2011

Penampilan Lady Gaga dengan pakaian unik

Euuu...unlike! sapala nak pakai baju macam Lady Gagak ni?..tak tau la kalau ada yang betul-betul fanatik kat dia ni..menjengkelkan! memang dah nama artis barat macam-macam dorang nak peragakan, oppss sorry la kepada artis-artis Malaysia terutama yang muslim tu yang nak ikut macam stail dorang ni...seyesssly menggelikan bagi ku...sah-sah dedah sana sini kan jadi dosa tuu...















5 Artis jelita yang menghidapi Kanser Payudara

Kanser payudara menjadi benda yang seram bagi wanita,Penyakit 'pembunuh' nombor dua selepas kanser rahim atau serviks ini ialah disebabkan oleh genetik dan gaya hidup yang tidak selamat.

Gambar di bawah ni merupakan lima artis cantik yang berjuang untuk melawan kanser payudara yang mereka alami.

1. Sheryl Crow




Dia disahkan menghidapa kanser payudara ketika memasuki usia 48 tahun,pada 2006, katanya dia bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Di tengah tekanan yang dihadapinya sangat menyakitkan itu,dia berpisah dengan Lance Armstrong,yang juga seorang pesakit kanser.Demi kehidupan dia yang menyeksa, dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat sambil menjalani terapi penyembuhan. 


2. Kylie Minogue




Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.

Pernah berjuang melawan kanser, dia menerima tawaran sebagai ikon kempen kanser payudara yang diadakan di Breakthrough Breast Cancer. Dalam kempen itu, dia rela digambar tanpa mengenakan bra demi meningkatkan kesedaran wanita ke atas penyakit tersebut.

3. Christina Applegate




Pada Ogos 2008, melalui jurucakap ,Christina Applegate memberi tahu kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser payudara, dia sengaja melakukan medical check out lebih awal kerana ibunya seorang penghidap penyakita kanser payudara dan servik. Apabila dia tahu awal tentang kanser tersebut membuatkan dia sembuh lebih awal.

Setelah dia sembuh ,pelakon filem 'Samantah Who' ini tergerak untuk membantu wanita yang senasib dengannya,

4. Cynthia Nixon




Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and the City'ini menerima pengesahan kanser payudara pada 2006. Setelah dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama 6 hingga 5 bulan dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.

Apabila sembuh dari sakit, dia lalu mendapat tawaran sebagai duta Susan G Komen, sebuah organisasi yang menyokong kajian kanser payudara.

5. Suzanne Somers




Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi perhatian ketika menerima laporan kanser payudara, sembilan tahun yang lalu.

Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan fikiran dia yang dapat menyembuhkan penyakitnya.

Sunday, July 17, 2011

Hubungan Jennifer Lopez dan Marc Anthony berakhir


NEW YORK: Perkahwinan aktres dan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dengan penyanyi pop Latin, Marc Anthony berakhir, lapor majalah People, kelmarin.

Pasangan itu mengumumkan perceraian mereka selepas tujuh tahun berumah tangga dan mempunyai anak kembar berusia tiga tahun, Max dan Emme.


“Kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami. Ini adalah keputusan yang sukar. Ia adalah penyelesaian yang terbaik.

“Ini adalah tempoh yang perit untuk semua yang terbabit. Kami harap tidak diganggu buat masa ini,” kata pasangan itu dalam kenyataan bersama.

Lopez, 41, dan Anthony, 42, berkahwin secara rahsia dalam satu majlis di Beverly Hills pada Jun 2004.

Perkahwinan itu berlangsung lima bulan selepas pertunangannya yang dibuat secara besar-besaran dengan Ben Affleck putus.

Lopez sudah dua kali berkahwin sebelum ini dengan pemilik restoran Ojani Noa dan bercerai pada 1998 dan perkahwinan kedua dengan penari latar Cris Judd, yang melayari alam rumah tangga daripada 2001 hingga 2003. 

Bintang salsa, Anthony pula mempunyai dua anak lelaki Cristin, 10, dan Ryan, 7, dengan perkahwinan terdahulunya bersama Ratu Cantik Universe, Dayanara Torres. 


Lopez dan Anthony dilaporkan memperbaharui ikrar perkahwinan pada 2008 selepas kembar mereka dilahir dan melakukan majlis yang sama tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinan pada 5 Jun. – Reuters/ Agensi
sumber

Thursday, July 14, 2011

Sarung Tangan Michael Jackson dilelong 48,400 US dollar


Sarung tangan Michael Jackson yang dilelang di Melbourne dengan 48,400 US dollar.

Satu sarung tangan Michael Jackson yang dilempar oleh Raja Pop tersebut ke seorang peminatnya di Australia lebih dari 10 tahun lalu dijual dengan harga lelongan di Melbourne iaitu 57,600 dollar Australia (48,400 US dollar).

Warwick Stone, seorang peraih lelongan dari Hard Rock Hotel and Casino di Las Vegas (Nevada, AS), mengalahkan lima peraih lelongan lain tersebut, kata Charlotte Stanes.

Menurut pihak Bonhams and Goodman, lelongan tersebut merupakan lelongan pertama sarung tangan milik Jackson sejak kematiannya pada 25 Jun 2009. Jackson mengunjungi Australia pada 1996 sebagai sebahagian daripada penjelajahannya di seluruh dunia.

Selama berada di Sydney (Australia), dia menghadiri pelancaran perdana filem Ghosts di George Street Cinema yang melibatkannya sebagai pelakon. Di akhir pelancaran filem itu, Jackson melempar sarung tangan bersalut kristal Swarovski tersebut ke seorang penonton, Bill Hibble yang kini sudah meninggal, kata Giles Moon, National Head of Collectables Bonhams and Goodman.

Monday, July 11, 2011

Supermodel, bilionair bercerai

PORTMAN dan Natalia berpisah selepas sembilan tahun berkahwin.

NATALIA Vodianova adalah antara supermodel paling berjaya di dunia sementara Justin Portman pula ialah aristoktrat Inggeris, mewarisi harta berjumlah berbilion-bilion paun.

Namun, kisah cinta antara Portman, yang keluarganya memiliki 110 ekar tanah di tengah London dan Natalia, wanita yang dulunya miskin dan berasal dari Russia dan kini menjadi kaya raya, sudah berakhir.

Pasangan itu yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup mereka - Lucas, sembilan, Neva, lima dan Viktor, tiga, berpisah selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.



PASANGAN itu mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Meskipun menafikan mereka akan bercerai sebelum ini, Natalia yang mempunyai harta peribadi berjumlah �15 juta (RM75 juta), akhirnya mengesahkan khabar angin itu dalam satu wawancara.

Wanita berusia 29 tahun itu memberitahu majalah ES: “Ia sungguh memilukan. Kami tidak bercakap mengenainya. Anak kami menyedari perkembangan itu. Saya tidak fikir saya akan bercakap mengenainya.”

Portman, 41, ialah adik tiri Viscount Portman, lelaki ke-53 paling kaya di Britain dengan harta berjumlah kira-kira �1.2 bilion (RM6 bilion).

Portman dan Natalia memiliki rumah di seluruh dunia, termasuk kediaman mewah di London, ladang seluas 3,000 ekar Herefordshire, rumah abad ke-14 di Sussex Barat, sebuah kediaman di New York dan sebuah rumah percutian di Uruguay.

Apabila ditanya sama ada dia kini bercinta dengan lelaki lain, Natalia mengaku: “Ya. Sudah tentu.”

Dia bagaimanapun enggan menamakan kekasih barunya.

Sejak beberapa bulan lalu dia dikaitkan dengan pelakon bermasaIah, Jonathan Rhys-Meyers, yang berlakon bersama-samanya dalam filem Belle du Seigneur.

Dia juga dikatakan rapat dengan bekas jurugambar perang, Scott Douglas yang bercerai dengan artis, Tracey Emin tahun lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.

Beberapa laman web Russia juga mendakwa Natalia semakin intim dengan pengarah televisyen Russia, Andrey Boltenko. Dakwaan itu sebelum ini dianggap karut.

Dan yang terbaru, dia dikaitkan dengan pakar kewangan, Alexander Peshko.

Keretakan pada rumah tangga Natalia dan Portman mula berlaku pada akhir 2009.

Jelitawan itu menghabiskan musim perayaan di Antigua sementara Portman pula memberi lebih banyak tumpuan pada rumah mereka di Punta del Este, Uruguay, mengawasi pembangunan tempat percutian baru.

Sumber ketika itu mendedahkan bagaimana kecewanya lelaki itu tanpa orang disayangi di sekelilingnya. Dia menyambut Krismas bersendirian dan amat merindui Natalia dan anak-anaknya.

Natalia kini hidup kaya raya, jauh berbanding dengan kemiskinan yang dilaluinya di Gorky, sebuah bandar pendalaman yang kini dikenali sebagai Nizhny Novogorod, di Russia.

Ketika berusia belasan tahun, dia membantu ibunya menjual buah-buahan di tepi jalan dan kemudian mendirikan gerai sendiri, berkongsi dengan seorang rakan.

Pada usia 15 tahun, Natalia menyertai sebuah akademi modeling dan dua tahun kemudian menjadi model untuk Viva Models di Paris.

Sejak itu dia muncul sebagai antara supermodel paling berjaya di dunia.

Tidak hairanlah dia dikenali sebagai Cinderella Russia di negaranya sendiri dan tahun lalu, Natalia meraih pendapatan lebih �2.5 juta, menjadikannya model berpendapatan paling tinggi.

Dia berkahwin dengan Portman pada November 2001 di London.

Pada September 2002, mereka mengadakan jamuan tiga hari berturut-turut di St Petersburg.

Facebook bukti wajah sebenar Megan Fox

FOX kirim gambar dari album dalam laman sosial Facebook nafi wajah disuntik Botox.

Bekas pelakon Transformers nafi suntik Botox

LONDON: Megan Fox menggunakan khidmat halaman Facebook untuk membantu mengenepikan laporan kononnya beliau mendapatkan rawatan suntikan Botox untuk menegangkan kulit mukanya.

Aktres itu menepis khabar angin dengan mengirimkan satu siri gambar melalui halaman Facebooknya dalam album bertajuk ‘Perkara yang tidak boleh anda lakukan dengan wajah apabila menerima suntikan Botox’, lapor Daily Mail.

Fox cuba membuktikan otot dahinya tidak kaku apabila beliau membuat beberapa ekspresi muka. Dalam satu rakaman, bekas bintang Transformers itu sengaja mengerutkan dahi manakala satu gambar lain menunjukkan dia membuat wajah seolah-olah sedang dilanda kebimbangan semata-mata untuk menunjukkan kedut di dahinya.

Pelakon berusia 25 tahun itu juga turut menunjukkan aksi wajah mengejutkan dalam rakaman gambar lain.

Sementara itu, dalam gambar terakhir Fox merenung ke arah kamera yang memaparkan kening beliau yang melengkung.

Dalam satu kemunculan di permaidani merah baru-baru ini, Fox kelihatan begitu sempurna dengan bibir tebal sehingga mencetuskan khabar angin kononnya aktres berkenaan menjalani pembedahan plastik atau suntikan di wajah. 

Sementara itu, dalam laporan femalefirst.co.uk. aktres itu mengakui dia tidak mengikuti amalan diet yang ketat tetapi lebih suka mengamalkan memakan banyak makanan mentah.

Pelakon yang mengahwini Brian Austin Green itu menjelaskan beliau memastikan dirinya akan makan lima kali sehari bersama vitamin dan mineral tambahan.

“Saya makan lima kali sehari dan tidak mengamalkan diet, tetapi saya mengambil makanan sihat, kebanyakannya makanan segar dan makanan sayuran tanpa tenusu,” katanya.

“Saya juga mengambil makanan tambahan seperti silika dan minyak ikan. Ia mungkin sukar dilakukan setiap hari apabila berjalan dan terbabit dalam penggambaran filem tetapi saya sentiasa mencuba,” katanya. – Agensi

Sunday, July 10, 2011

‘Ibu saya di syurga bersama Diana’

DIAMOND memeluk Kate sebaik bertemu Duchess of Cambridge itu.

CALGARY: Kanak-kanak pesakit kanser Diamond Marshall, 6, mungkin tidak dapat mencapai impiannya untuk bertemu Puteri Aurora di Disneyland.

Namun, pesakit cilik yang menghidap kanser tahap empat itu mencapai impiannya, semalam apabila dijemput hadir untuk menghadiahkan bunga kepada Duchess of Cambridge, Catherine Middleton di Calgary, Kanada. Diamond yang sangat teruja ketika bertemu Kate terus meluru ke arah isteri Putera William itu untuk memeluknya dan disambut mesra oleh wanita berkenaan.

Selain menghadiahkan bunga, Diamond turut mememberi Kate kotak berbentuk hati mengandungi gelang tanda persahabatan yang dibuatnya sendiri khas untuk Kate.

Ia adalah detik paling bahagia buat Diamond yang menderita kanser sarkoma sejak Februari lalu. Kanak-kanak malang itu sudah menjalani beberapa pembedahan, menghabiskan masa keluar masuk untuk rawatan di hospital, menjalani kemoterapi, selain mengalami keguguran rambut akibat kanser di perutnya. Diamond yang kehilangan ibu empat tahun lalu juga akibat kanser menulis surat kepada Kate untuk bertemu dengannya.
WAJAH Diamond sebelum menghidap kanser.

Suratnya yang menyentuh hati itu berbunyi: “Kepada Puteri Kate. Nama saya Diamond Ann dan saya berusia enam tahun. Saya diberi nama sempena Puteri Diana. Ibu saya, Memory kini berada di syurga bersama Puteri Diana. “Saya menghidap kanser dan menghabiskan banyak masa di hospital. Saya menonton perkahwinan anda di katil hospital. Anda kelihatan sangat cantik. Saya ingin sekali bertemu anda.” Bapa Diamond, Lyall Marshall, 37, menghubungi Yayasan Impian Kanak-Kanak dan menghantar surat itu bersama suratnya sendiri meminta bantuan yayasan berkenaan supaya memunaikan impian anaknya.

Pada awal Jun lalu pihak yayasan terbabit menghubungi bapa Diamond dan dia dipilih untuk menghadiahkan bunga kepada Kate dalam lawatannya ke Calgary.

Sementara itu, Kate dan William kini berada di California selepas tiba dari Calgary untuk lawatan dua hari di Amerika Syarikat. Pasangan itu mempunyai jadual yang padat ketika berada di negara berkenaan. - DM

Wednesday, June 8, 2011

Angelina Jolie: Sistem pelajaran sekolah teruk


Los Angeles: Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak akan ke sekolah selama-lamanya.
Mereka beruntung bukan saja mempunyai ibu bapa paling glamor di Hollywood tetapi juga bernasib baik kerana ibu mereka tidak suka sekolah.

Aktres pemenang Oscar itu percaya sistem pelajaran begitu teruk hingga meyakinkannya bahawa anaknya lebih baik menghabiskan masa di rumah. Angelina, 35, diselar kerana membawa anaknya ke seluruh dunia dan tidak menyekolahkan mereka.

Bagaimanapun, ibu enam anak itu berkata, gaya hidup mereka itu lebih banyak memberi sumbangan pelajaran untuk anak-anaknya daripada sistem persekolahan moden.

Angelina memilih untuk menggaji guru untuk enam anaknya - Maddox, sembilan, Pax, tujuh, Zahara, enam, Shiloh, lima dan pasangan kembar Knox dan Vivienne, dua.

“Saya tidak fikir kita hidup dalam zaman yang berbeza dan sistem pelajaran tidak memenuhi keperluan anak dan gaya hidup kami,” kata bintang Kung Fu Panda 2 itu dalam satu temuramah dengan akhbar The Independent, semalam.

“Kami sering menjelajah dunia dan saya adalah orang pertama yang akan berkata: “Siapkan kerja sekolah kamu secepat mungkin dan kita akan keluar membuat penerokaan. “Daripada bermain di bilik darjah, saya lebih suka mereka pergi ke muzium, belajar bermain gitar, membaca atau memilih buku yang mereka gemar.

Temannya, Pitt, 47, berkongsi pendapat dengan kekasihnya itu mengenai kebaikan gaya hidup yang mereka amalkan. Anak mereka belajar berdasarkan sistem persekolahan Perancis, Lycee. Mereka diajar di rumah oleh pengasuh dan juga guru pakar.


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com