OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Cas telefon guna air mendidih

Sebuah syarikat Jepun telah membangunkan charger telefon dengan menggunakan air mendidih dalam periuk. Alat tersebut mampu mengubah panas dari air yang mendidih menjadi tenaga elektrik yang berguna untuk menambah daya bateri telefon bimbit atau peranti keci lyang lain.

Ini merupakan gadget terbaru yang dikeluarkan oleh TES New Energy. Pada awalnya periuk yang merupakan alat untuk memasak air berpasangan songket USB yang berguna sebagai alat yang dapat merefleksi panas menjadi aliran elektrik.

Hal tersebut memang ditujukan untuk negara-negara membangun, yang terinspirasi oleh tsunami Jepun baru-baru ini. Sebuah periuk direka untuk digunakan di atas api dari kayu bakar yang normal.

Para pemaju mencatat bahawa suhu api unggun boleh mencapai lebih dari 900 darjah, jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan untuk mendidihkan air. Sehingga banyak tenaga yang terbuang di atmosfera atau hilang dalam pemanasan periuk. Demikian yang dipetik Cellular News.

Gadget tersebut yang mereka buat adalah untuk menukar sebahagian daripada tenaga panas yang terbuang menjadi arus elektrik langsung. "Peranti ini boleh mengisi semula telefon rata-rata dari 3 hingga 5 jam," kata mereka
.

Saturday, July 9, 2011

Robot Cantik berkhidmat sebagai jururawat di hospital Jepun



Jepun memang cukup terkenal sebagai negara 'gila' teknologi. Baru-baru ini, sebuah perusahaan setempat memperkenalkan prototipe robot jururawat yang direkabentuk menyerupai jururawat hospital. Robot jururawat bernama 'The Actroid-F' ini diharapkan dapat digunakan untuk membantu perawatan dan layanan pesakit.


Pemilik The Actroid-F Robot jururawat yang cantik ini adalah perusahaan robot Kokoro, perusahaan tersebut bukan hanya memfokuskan ciptaan fungsi robot, namun juga berupaya mewujudkan bentuk fizikal robot yang mungkin cantik dan menarik seperti The Actroid-F, robot cantik ini.




Pereka robot membuat kulit sintetis dari silikon sehingga akan memberikan sentuhan lembut bagi jururawat yang dirawat. Meskipun ttidak dapat berjalan atau duduk, robot ini terlihat begitu nyata dengan ekspresi wajah yang dihasilkan. Robot cantik ini dapat berbicara, tersenyum, dan berkedip sesuai dengan tetapan komputer.


Sementara itu, Japan Times Online menulis, pemerintah Jepun juga memperkenalkan prototipe robot jururawat yang unjurannya mulai bekerja bagi kepentingan umum lima tahun mendatang. Tapi, belum diketahui wujud robot jururawat versi pemerintah ini. Yang pasti, pemerintah dan pengembang di Jepun masih terus melakukan percubaan dan merumuskan standard keamanannya.



Awan buatan Qatar Piala Dunia 2022

Walaupun Jepun menawarkan teknologi yang hebat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bolasepak 2022, Jepun akhirnya kalah dengan Qatar yang sudah terpilih sebagai tuan rumah untuk World Cup 2022.


Pertanyaannya, apa yang ditawarkan oleh Qatar sebagai tuan rumah World Cup 2022? Setidaknya para pemain bolasepak tidak akan kepanasan walaupun suhu di Qatar sangat panas.




Qatar merancang membuat sebuah awan buatan (artificial cloud) di stadium bolasepak mereka dimana awan tersebut dikontrol melalui remote control dan boleh bergerak untk menutupi arah sinar matahari supaya stadium sentiasa teduh.


Mirip seperti sebuah belon raksasa yang diisi dengan helium dan menggunakan 4 buah mesin yang menggunakan sinar matahari sebagai sumber tenaga.


Video:


sumber

Friday, July 8, 2011

Senyuman Blink-Blink


Sebahagian remaja di Jepun, ada cara lain untuk memamerkan gigi ‘cemerlang’ mereka.Supaya barisan mutiara kelihatan putih cemerlang, biasanya orang akan mencuba teknik ‘bleaching’ atau memutihkan gigi. Namun bagi sebahagian remaja di Jepun, ada cara lain untuk mempamerkan gigi ‘cemerlang’ mereka.

Sebuah trend baru ‘gigi lampu’ (LED Teeth) menjadi popular di negara Sakura. Light Emitting Diode (LED) merupakan sumber cahaya semi konduktor yang sering digunakan di banyak peranti. Kini, LED ditempalkan di gigi (seperti kawat gigi), ia akan menyala ketika pengguna tersenyum.



Seperti dikutip dari laman MailOnline pengguna lampu gigi boleh mendapatkan komputer nirkabel yang digunakan untuk mengawal lampu menyala, membuat gigi berubah warna, misalnya dari hijau menjadi merah atau membuatnya blink-blink. Tentu saja, peranti ini paling sesuai bekerja di tempat gelap.
Aksesori moden ini diciptakan oleh dua designer Jepun dan digunakan dalam iklan komersial penjualan pakaian Laforet Harajuku untuk musim dingin. Motoi Ishibashi dan Daito Mababe yang menciptakan teknologi ini membuat video ‘Party in Your Mouth’ di mana sekumpulan anak sekolah mempamerkan gigi bewarna mereka.

Idea awal dari teknologi senyuman ‘LED’ ini muncul ketika Ishibashi melihat video ‘LED Throwies’, lampu kecil yang ditempalkan di magnet kemudian dibuang pada permukaan logam. “Ini seperti grafiti menyala,” ujar Ishibashi.




Trend ini juga sudah mulai popular di Amerika Syarikat.


sumber

Tuesday, July 5, 2011

Gaun ini diperbuat daripada kondom

Sebelum anda mengetahui gaun ini diperbuat daripada apa, jawab pertanyaan ini..apakah anda ingin membeli dan mengenakan gaun seperti ini?



Di Toronto, di beberapa pusat membeli-belah dibuka toko yang menjual gaun yang diperbuat daripada kondom. Produk ini sangat cepat menarik minat orang ramai terutama sekali para remaja yang mulai membelinya.


Gaun kondom ini juga boleh didapati di pasar dan pameran, namun populariti terbesar gaun kondom ini adalah di Jepun dan China. Satu gaun berharga dari $100 sehingga $1000.







Sunday, March 13, 2011

Kartun tsunami akhbar tempatan cetus kontroversi

Satu ja yang aku nak cakap di sini iaitu.."TAK WAJAR"..ok choppp! so, kat bawah ni kartun lukisannya...

Lukisan yang memaparkan kononnya superhero popular Jepun iaitu "Ultraman" berlari menyelamatkan diri daripada ombak tsunami yang besar

Walaubagaimanapun, pihak akhbar tempatan berkenaan telah pun memohon maaf melalui laman webnya berhubung kontroversi tersebut.


Tak mengapa ini sebagai satu pengajaran kepada semua pihak media tempatan. Perkara yang baik dijadikan teladan dan perkara yang buruk dijadikan sempadan.

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun

Jepun hari ini dikejutkan dengan gempa bumi yang berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu. Gempa bumi tersebut telah mengakibatkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta, meruntuhkan bangunan dan segala yang ada di laluannya di sepanjang perairan dekat pusat gempa.


Homepage google yang turut membuat pemberitahuan amaran tsunami 
"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan" 



Subhanallah..sungguh besar kekuasaan-Nya...


"Tidak ada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kamu diberitahu tentang itu supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan ingatlah, Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri" 
(Surah Al-Hadis: 22-23)

Gambar2 bencana tsunami yang berlaku di Jepun... 
















Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau yang Maha berkuasa dan Maha Menentukan segala-galanya, Engkau lindungilah negara kami dan negara-negara Islam amnya daripada malapetaka dan bala bencana. Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, January 24, 2011

Alahai nasi lemak di Jepun


Bentō (弁当 atau べんとう ?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk bekal makanan berupa nasi dan lauk-pauknya. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makan tengahari, makan malam, atau bekal berkelah. Serbaguna la kiranya.....


Ciri khas bentō adalah susunan lauk dan warna biar sedap dipandang untuk mengundang selera. Bekas bento selalunya bertutup, kotak berbentuk segi empat dari plastik. Isteri dan ibu-ibu di Jepun mementingkan kekemasan dan kekreatifan dalam menyusun lauk dan nasi bentō, walaupun begitu bentō boleh dibeli di mana-mana.

aduhaiiii...jepun oh jepun..dari penciptaan dorang yg tidak boleh dimakan sehingga yg boleh dimakan semuanya nampak canggih...i respect la jepun ni...










MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com