OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label fesyen lelaki. Show all posts
Showing posts with label fesyen lelaki. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Tips Menjaga Penampilan Diri Bagi Lelaki Versi FAHMI DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri khas buat lelaki dan tak salah kalau para wanita juga membacanya, nanti dapat sampaikan pesanan kat kawan aka boyfriend kamu tu atau sesiapa jela yang merangkap sebagai apa. Hey dude, aku pun ekceli tak lah pandai sangat nak bagi tips penampilan yang korang perlu jaga tu..tapi sedikit ilmu yang aku ada ne dapatlah kita kongsi bersama.

Penampilan tu amat penting walau di mana jua kita berada, orang selalu cakap dari luar tu la orang dapat menilai siapa diri kita sebenar. Ya memang betul don't judge a book by its cover tapi ingat la wei sekarang zaman dah berubah dari cover pun orang boleh judge kita tau.

So apa yang korang perlu jaga dalam menampilkan diri di khalayak umum:


Pakaian




Ini amat penting, korang kena pandai match kan dengan situasi, seperti menghadiri dinner, majlis perkahwinan, shopping dan yang paling penting time nak date sebab yelaa orang yang kamu nak jumpa tu kan girlfriend kamu sendiri, walaupun girlfriend kamu tu mungkin menerima kamu seadanya tapi biarlah penerimaan dia tu lebih ikhlas di hatinya apabila kamu lebih berketerampilan menarik di depan matanya.




Tingkah laku




Be professional, there's nothing else I can say here yang penting korang kena bagi mood yang terbaik dalam apa jua situasi yang berlaku dan jadikan orang yang berada di sekeliling kita senang dengan keberadaan kita. Hormat kepada yang tua dan mengasihi kepada yang muda.




Time nak makan




Guys..jangan gelojoh sangat, makan dengan perlahan so senang nak hadam makanan yang kamu makan tu, nanti tercekik siapa yang susah...hmm tak rock la bro!..uittt femes sangat ka dengan rock yang kamu ada tu, kalau macam amy search, awie, linkin park tak apalah. Apa-apa pun tak salah kamu nak kekalkan identiti kamu sebagai rock tu tapi biarlah bertempat. Mungkin di rumah kamu dah biasa makan gelojoh dan famili kamu pun dah faham, tapi start dari rumah la kamu kena bersopan time makan supaya tak terbawa-bawa nanti time makan kat luar, nanti apa orang kata, macam tak makan 10 tahun!..haha..1-0..peace no war!


Lagi satu jangan malu bawa tisu sendiri sebagai persediaan walaupun tisu ne sinonim dengan perempuan ja, manalah tau tempat yang kamu makan tu tidak menyediakan tisu, alih2 tie atau baju yang jadi mangsa pengelapan, kan dah tak kacak!




Komunikasi
Be confident ketika bercakap!..nada suara tu kena pandai adjust..yang penting setting style komunikasi anda ketika bercakap dengan parents, guru-guru dan kawan-kawan..kalau ada orang yang bercakap kasar dengan kita, tak payalah nak balas balik coz tu point dia nak bawa gaduh, try to be calm down dan lama kelamaan orang yang nak cari gaduh kat kita tu pun tiba-tiba lembut hatinya. Air dengan api mestilah api yang kalah kan.




Haruman


Body spray, bedak, deodorant, perfume kena pakai tau..tak payah la nak kasi terang kenapa kita kena pakai semua benda ne..sendiri mau ingatlah..lagi satu jangan lupa gosok gigi yew..hihi ;)




Rambut




Malaysian, Korean, Japanese, rambutan..panjang pendek...whatever it is yang penting nampak kemas. But i like korean hair style! hehe...


Tuan punya blog: ini hanya pendapat aku dan tidak mencerminkan tuan punya blog is a perfect person!..kita masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..so tak salah kan saling ingat-meningati? ;)


sumber gambar: google

Tuesday, July 19, 2011

Penjagaan Rambut untuk Lelaki


Walau pun secara umumnya lelaki jarang menghadapi masalah rambut tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan rambut anda. Penjagaan yang betul dan berskala boleh menghindarkan anda dari masalah rambut kering, kelemumur dan juga masalah rambut gugur.

1. Teknik Mencuci Rambut Yang Betul
Rambut anda perlu dicuci untuk menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Rambut anda haruslah dicuci dengan air yang bersih setiap hari. Gunakan syampu dan ‘conditioner’ setiap dua hari sekali. Anda haruslah mematuhi teknik dan arahan yang ditetapkan oleh pengeluar syampu dan ‘conditioner’ yang anda gunakan. Penggunaan yang tidak mengikut arahan atau terlalu kerap boleh merosakkan rambut anda.

2. Vitamin dan Mineral
Seperti anggota badan yang lain, rambut juga memerlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat. Antaranya ialah Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Fatty Acids dan juga Zinc. Anda boleh mendapatkan vitamin ini di farmasi atau salon-salon rambut.

3. Kelemumur
Mempunyai kelemumur memang memalukan. Lebih teruk lagi jika ianya mendatangkan masalah gatal dan gugur di bahu anda. Ianya boleh merosakkan keyakinan dan memberi tanggapan yang negatif terhadap anda. Rawatlah dengan segera. Anda boleh menggunakan produk saintifik atau pun secara traditional.

4. Rambut Kerinting
Mempunyai rambut yang kerinting bukanlah sesuatu yang mengecewakan. Terdapat banyak stail rambut kerinting yang menawan untuk anda. Meluruskan rambut terlalu kerap boleh merosakan rambut anda dan mendatangkan risiko keguguran rambut.

5. Stail Rambut Yang Menawan
Untuk mendapatkan stail rambut yang menawan, anda perlu mendapatkan khidmat tukang gunting yang profesional. Dapatkan pandangan dan cadangan dari mereka tentang gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka dan personaliti anda.

Akhir sekali, sebelum anda mengunakan produk untuk rambut anda terutamanya syampu rambut, pastikan kandungannya terlebih dahulu. Ada sesetengah produk mungkin tidak sesuai untuk anda dan menyebabkan kelemumur atau membuatkan rambut anda bertambah kering.

Monday, May 23, 2011

MASKULIN: Fesyen aksesori & ketrampilan

AMERICAN TOURISTER COLLECTION- CLASSIC& SMART


Anda seorang berkarier dan pentingkan profesionalisme? Inginkan koleksi beg yang menjadi simbol seorang yang berjaya? Jenama beg American Tourister Collection menawarkan rangkaian beg bimbit, bagasi dan sling bag yang sesuai untuk anda berstatus eksekutif muda berjaya. Koleksi kali ini hadir dalam dua tema iaitu Classic dan Smart. Rangkaian Classic hadir dengan rekaan chic, elegan dan classy. Terdapat dalam tiga warna iaitu hitam, kuning pasir serta ungu. Manakala koleksi Smart direka kontemporari dan penuh fungsi. Ia dibuat dengan polister tahan lasak. Terdapat dalam warna hitam, ungu dan kelabu.

MASSIMO DUTTI SS2011


Setiap musim, jenama Massomo Dutti sentiasa hadir dengan koleksi yang memenuhi setiap gaya hidup anda. Baik rekaan klasik mahupun kontemporari, jenama ini menyakini setiap kehendak anda. Musim ini setiap koleksi Massimo Dutti dibaluti dengan rona-rona Mediterranean yang mana setiap rekaan menumpukan pada mainan tekstur dan garisan. Koleksi kali ini juga berilhamkan topografi pulau-pulau dan pasir di gurun yang nyata pilihan sempurna untuk gaya hidup urban.

PHILOSOPHY MEN PARIS! COLLECTION


Seperti koleksi jenama ini sebelum ini yang sentiasa membawakan motif serta simbol beberapa negara, kali ini philosophy-Men muncul dengan koleksi berinspirasi bandar yang diberi jolokan kota cinta, Paris. Mengambil ilham jalanan, arkitektur serta simbol seperti menara Eiffel, rangkaian kafe di jalanan kota itu telah diterjemahkan pada setiap helaian pakaian dan aksesori philosophy-Men musim ini.

ADIDAS ORIGINALS ‘BLUE DENIM’

Baru-baru ini Adidas Originals telah melancarkan koleksi first-in-house denim iaitu adidas Originals Blue Collection atau sebelum ini dikenali dengan blue label coleection Originals A.039. Ia hadir dalam variasi teknik cucian dengan rekaan moden klasik yang menyerlahkan warisan asli denim serta disesuaikan dengan modern fits terkini. Rangkaian di bawah Adidas Originals Blue Collection terdapat dalam beberapa potongan utama seperti classic relaxed fit yang dikenali sebagai CONDUCTOR atau REKORD, dan modern slim carrot fit khas untuk lelaki.

-maskulin


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com