OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

MALAYSIA LAWAN INDONESIA FINAL | KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011


JARINGAN GOL: MALAYSIA (1-1) INDONESIA
PENALTI: MALAYSIA (4-3) INDONESIA

Alhamdulillah...Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Harimau Muda, Malaysia kerana berjaya menerkam emas daripada disambar oleh Garuda, Indonesia dengan kemenangan sepakan penalti 4-3. Ratusan ribu penyokong membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Sebelum kemenangan penalti, Malaysia terikat seri satu sama dengan pasukan lawan apabila gol Malaysia dijaringkan oleh Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35, manakala gol dari pasukan Indonesia dijaringkan oleh Gunawan pada minit ke-5.


Kekalahan Indonesia pada edisi ini begitu parah tambahan pula beraksi di tempat sendiri dengan harapan dapat membawa pingat emas yang disandarkan oleh 270 Juta rakyat Indonesia. Kehampaan, ketidakpuashatian dan ada yang menangis pada penyokong Garuda dapat disaksikan di kaca tv semalam dan berikutan itu, penyokong lautan merah dengan sekelip mata meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini Indonesia dikecam habis-habisan dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Khamis lepas (17/11/2011), apabila penyokong Indonesia yang berada di stadium tersebut tidak menghormati lagu "Negaraku" yang sedang berkumandang sebelum sepak mula. Malah apa yang aku sendiri saksikan di tv pada final semalam pun sebelum sepak mula, penyokong Garuda ini mengulangi perkara yang sama, lagu "Negaraku" yang berkumandang sebelum sepak mula diharu birukan dengan bunyi bising dan tiupan wesel.


Namun semua itu tidak akan mematahkan semangat Harimau Muda, kerana bahaman demi bahaman berlaku di atas padang walaupun cakaran demi cakaran yang dilakukan oleh burung Garuda pada masa tambahan begitu ketara. Sehingga Malaysia dan Indonesia terikat dengan seri satu sama dan melayakkan perlawanan kepada sepakan penalti. For the last, yeahhh Malaysia juaranya!


Inilah wira-wira negara yang berjaya mengharumkan nama negara!


Penjaga gol:
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan:
Mahali Jasuli
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Fadhli Shas
Mohd Amer Saidin
Fandi Othman
Asraruddin Putra
Zubir Azmi.

Tengah:
Baddrol Bakhtiar(kapten)
Wan Zaharulnizam
K.Gurusamy
Shukur Jusoh
Irfan Fazail
Yong Kuong Yong
Nazmi Faiz.

Penyerang:
Syahrul Azwari
Thamil Arasu
Izzaq Faris
Fakri Saarani



MALAYSIA TERHEBAT!




Friday, November 18, 2011

Video MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011 | Gol Malaysia oleh Syahrul Azwari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekalung tahniah kepada pasukan Harimau Muda, Malaysia kerana telah berjaya menewaskan pasukan Garuda, Indonesia dengan jaringan 1-0 yang telah diadakan di Stadium Gelora Bong Karno semalam.

Mari sama-sama kita saksikan apabila penjaring ulung negara Syahrul Azwari yang telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke-18.


Syahrul Azwari
sumber gambar: facebook


MENARIKNYA TENTANG NOMBOR 18 DAN SYAHRUL AZWARI
  • Syahrul Azwari berumur 18 tahun.
  • Memakai Jersi 18 untuk pasukan Harimau Muda Kebangsaan.
  • Menjaringkan gol menentang Indonesia pada minit ke-18
  • Entri ni aku published pada 18 hari bulan..hahaha...Malaysia boleh!


Saturday, July 23, 2011

Keputusan Terkini | MALAYSIA VS SINGAPURA


MALAYSIA 3 - SINGAPURA 5
(new update)
------------------------------------------------

MALAYSIA 1 - SINGAPURA 4


Separuh masa pertama, gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sabli di minit pertama, manakala gol Singapura dijaringkan oleh Alexsander Duric di minit ke-8, Qui Li di minit ke-

22, Mustafic di minit ke-44 dan Shi Jiayi di minit ke-45.

Pada separuh masa kedua, pemain dari Malaysia, Safiq Rahim da
n Singapura, Ismail Yunos dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Bahrain.

Makluman: Nama-nama pemain dan minit gol di atas adalah apa yang aku dengar sendiri di dalam tv. Minta maaf jika tersalah info.



Thursday, July 14, 2011

ARSENAL 4 MALAYSIA 0: HARIMAU MALAYA HILANG TARING


Arsenal peraga kelibat garang baham skuad negara 4-0

HARIMAU Malaya hilang taring, malam tadi buat memaksa anak didik Datuk K Rajagobal berundur dari Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan menggigit jari selepas dibaham Arsenal 4-0 dalam perlawanan Siri Jelajah EPL Asia 2011.

Empat gol daripada Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky di hadapan 53,000 penonton tidak banyak menceriakan penyokong tempatan yang harus membicarakan betapa tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan menyentap cabaran tuan rumah yang akur betapa jauh jurang antara mereka dan bekas juara Inggeris itu.

Skuad negara akan menentang Liverpool, Sabtu ini dan juara lima kali Eropah itu akan hadir dengan kemenangan 4-3 ke atas Guangdong Sunray Cave di China, malam tadi.



sumber

Tuesday, July 12, 2011

MALAYSIA VS. ARSENAL: Malaysia akan bermain secara 'menyerang dan menyerang'


Rajagobal mahu Harimau Malaya turun dengan ‘hati besar’ hadapi Arsenal
“BERMAIN dengan strategi bertahan bukan formula terbaik menentang lawan hebat seperti Arsenal. Jadi, kami akan bermain secara menyerang dan menyerang,” kata jurulatih negara Datuk K Rajagobal menjelang pertemuan aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris itu, malam esok.

Mengakui lebih meminati Manchester United dan menjadikan aksi persahabatan itu sebagai medan menguji pemain, Rajagobal mengharapkan pemain yang melangkah masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti turun dengan ‘berhati besar’ dan tidak gentar dengan reputasi lawan itu.

“Saya dan pemain tidak sabar menanti perlawanan ini kerana ia medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing kerana saya menjadikan perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool (Sabtu) sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia,” katanya dalam sidang media bersama pengurus Gunners, Arsene Wenger di Subang, semalam.

Rajagobal yang mengakui berkongsi falsafah dengan Wenger mengenai bakat dan potensi pemain muda berjanji mencatur permainan menarik serta menghiburkan, sekali gus cuba memberi tentangan sengit kepada lawan yang diketuai Robin Van Persie.

Penyerang terbanyak Piala AFF, Safee Sali tidak akan diturunkan kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tetapi jurulatih Harimau Malaya itu mengakui ia bukan masalah besar kerana ada beberapa calon pengganti.

“Begitu juga penjaga gol, Khairul Fahmi (Che Mat) yang sudah pulih dan sedia beraksi. Namun, saya mungkin memberi peluang kepada semua pemain untuk mengutip pengalaman berharga dalam perlawanan istimewa dalam karier mereka,” katanya.

Malaysia pernah menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 1975 hasil jaringan Mokhtar Dahari, tetapi lawan menebus kekalahan itu dengan angka jaringan sama ketika pada 1999 menerusi Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit
.

Sunday, May 29, 2011

Barcelona Julang Trofi Liga Juara-Juara Eropah


LONDON: Barcelona menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Manchester United 3-1 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi. 

Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.

Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian. -BH


Wednesday, May 25, 2011

Arsenal datang Malaysia 13 Julai

TENGKU ABDULLAH (kanan) menerima jersi skuad Arsenal
daripada Tom Fox di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.


ARSENAL menjadi pasukan Liga Perdana England kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan.

Terdahulu, naib juara musim ini, Chelsea telah pun me- ngesahkan akan turun bertemu skuad kebangsaan di gelanggang sama pada 21 Julai.

Tidak cukup dengan itu, Li- verpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad kebangsaan pada 16 Julai tetapi sidang media pengesahannya dijangka dibuat awal bulan depan.

Ia menjadikan pertengahan Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat pemi- nat bola sepak negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.

“Bagi saya ia secara tak langsung merupakan suatu platform buat skuad negara kita mendapat perlawanan pendedahan yang cukup baik. Pasti ia sesuatu yang tidak dijangka para pemain kita.

“Ini satu peluang keemasan buat setiap pemain, terutamanya pemain muda. Tiga perlawanan hebat dalam seminggu. Saya rasa pasukan England atau Brazil pun tak dapat peluang sebegini.

“Jadi harap pemain gunakan sepenuhnya peluang ini. Kalau masih muda, saya pun nak bermain sama,” kata Tengku Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh Jelajah Asia Arsenal 2011 di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di www.ticketpro.com.my.

Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai.

Pesan Tengku Abdullah: “Biarpun saya penyokong Arsenal sejak kecil, saya tetap jiwa Malaysia. Harap lebih ramai hadir berjersi kuning daripada berjersi merah. Semangat negara perlu didahu- lukan daripada keghairahan peribadi.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah ranca- ngan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.

“Ini merupakan kali keempat Arsenal ke Malaysia setelah kali pertama pada 1968 dan kali terakhir kira-kira 12 tahun lalu iaitu 1999.

“Sempena ulang tahun ke- 125 kelab, kami mahu memula- kan pramusim dengan perancangan rapi dan akan menurunkan pemain dari skuad utama untuk perlawanan di Kuala Lumpur nanti,” kata Fox.

-kosmo


Entri berkaitan: CHELSEA BERTEMU MALAYSIA 21 JULAI


Thursday, May 19, 2011

Bola sepak: Chelsea bertemu Malaysia 21 Julai


Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dijadualkan menentang Malaysia pada 21 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam siri lawatannya ke Asia.

Pengarah Urusan ProEvents yang juga penganjur perlawanan, John Merritt, berkata tiket perlawanan akan mula dijual esok, di mana pembelian menerusi dalam talian pada 30 Mei ini.

Sementara itu, Liverpool turut dijangka berada di Malaysia Julai depan, bagaimanapun, tarikh perlawanan antara kesebelasan utama negara masih belum diumumkan.

- AFP

~MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA~



MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com