OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label My hand. Show all posts
Showing posts with label My hand. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Tips Menjaga Penampilan Diri Bagi Lelaki Versi FAHMI DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri khas buat lelaki dan tak salah kalau para wanita juga membacanya, nanti dapat sampaikan pesanan kat kawan aka boyfriend kamu tu atau sesiapa jela yang merangkap sebagai apa. Hey dude, aku pun ekceli tak lah pandai sangat nak bagi tips penampilan yang korang perlu jaga tu..tapi sedikit ilmu yang aku ada ne dapatlah kita kongsi bersama.

Penampilan tu amat penting walau di mana jua kita berada, orang selalu cakap dari luar tu la orang dapat menilai siapa diri kita sebenar. Ya memang betul don't judge a book by its cover tapi ingat la wei sekarang zaman dah berubah dari cover pun orang boleh judge kita tau.

So apa yang korang perlu jaga dalam menampilkan diri di khalayak umum:


Pakaian




Ini amat penting, korang kena pandai match kan dengan situasi, seperti menghadiri dinner, majlis perkahwinan, shopping dan yang paling penting time nak date sebab yelaa orang yang kamu nak jumpa tu kan girlfriend kamu sendiri, walaupun girlfriend kamu tu mungkin menerima kamu seadanya tapi biarlah penerimaan dia tu lebih ikhlas di hatinya apabila kamu lebih berketerampilan menarik di depan matanya.




Tingkah laku




Be professional, there's nothing else I can say here yang penting korang kena bagi mood yang terbaik dalam apa jua situasi yang berlaku dan jadikan orang yang berada di sekeliling kita senang dengan keberadaan kita. Hormat kepada yang tua dan mengasihi kepada yang muda.




Time nak makan




Guys..jangan gelojoh sangat, makan dengan perlahan so senang nak hadam makanan yang kamu makan tu, nanti tercekik siapa yang susah...hmm tak rock la bro!..uittt femes sangat ka dengan rock yang kamu ada tu, kalau macam amy search, awie, linkin park tak apalah. Apa-apa pun tak salah kamu nak kekalkan identiti kamu sebagai rock tu tapi biarlah bertempat. Mungkin di rumah kamu dah biasa makan gelojoh dan famili kamu pun dah faham, tapi start dari rumah la kamu kena bersopan time makan supaya tak terbawa-bawa nanti time makan kat luar, nanti apa orang kata, macam tak makan 10 tahun!..haha..1-0..peace no war!


Lagi satu jangan malu bawa tisu sendiri sebagai persediaan walaupun tisu ne sinonim dengan perempuan ja, manalah tau tempat yang kamu makan tu tidak menyediakan tisu, alih2 tie atau baju yang jadi mangsa pengelapan, kan dah tak kacak!




Komunikasi
Be confident ketika bercakap!..nada suara tu kena pandai adjust..yang penting setting style komunikasi anda ketika bercakap dengan parents, guru-guru dan kawan-kawan..kalau ada orang yang bercakap kasar dengan kita, tak payalah nak balas balik coz tu point dia nak bawa gaduh, try to be calm down dan lama kelamaan orang yang nak cari gaduh kat kita tu pun tiba-tiba lembut hatinya. Air dengan api mestilah api yang kalah kan.




Haruman


Body spray, bedak, deodorant, perfume kena pakai tau..tak payah la nak kasi terang kenapa kita kena pakai semua benda ne..sendiri mau ingatlah..lagi satu jangan lupa gosok gigi yew..hihi ;)




Rambut




Malaysian, Korean, Japanese, rambutan..panjang pendek...whatever it is yang penting nampak kemas. But i like korean hair style! hehe...


Tuan punya blog: ini hanya pendapat aku dan tidak mencerminkan tuan punya blog is a perfect person!..kita masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..so tak salah kan saling ingat-meningati? ;)


sumber gambar: google

Monday, April 23, 2012

Manusia zaman sekarang | Susah Sangatkah Kalau....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

"Alaaa baru hari ni buat, bukan banyak kali pun", "bukan orang nampak pun", "orang tak kesah pun"... semua pun pun pun..itu saja korang tau !...cepat! cepat! buang ayat pujangga korang yang dalam hotak tu! nampak biadap aku cakap cengini? whatever it is, tahulah manusia ni tapi bukan semua hanya sebilangan kecil, nasihat elok-elok, sopan-sopan, jangan buat itu ini..itu juga korang buat. Macam biasalah kan, contohnya, pendrive korang dipinjam oleh someone so korang cakap jangan buka file dot..dot..dot tu yewww...hmm...kalau yang okay tu dorang tak kan buka punya tapi yang ada penyakit gatal-gatal tangan tu tetap juga nak buka file korang tu. Bagus tak payah kasi tau =)

Sedar atau tidak, acapkali (perghh ayat, terima kasih cikgu BM yang pernah mengajarku..hihi) kalau kita berjalan di mana-mana, shopping, melintas jalan raya, berada di koridor, kedai-kedai or anything yang semua dekat public ada seperkara yang membuatkan penampilan korang tu "cacat" belaka, kalau yang perempuan tu muka dah cantik, touch up sana sini atas bawah, jalan macam model macam ada red carpet saja yang korang pijak tu. Lelaki pula, muka handsome, dressing memang hot la, belum lagi + perfume yang power gila macam dunia ni kamulah yang punya.

Tapi dan tapi...soooo and soooo...soley - soley...SUSAH SANGATKAH KALAU... :


1.  Buang bekas makanan atau minuman yang korang beli tu di dalam tong sampah yang disediakan, ni tak, buang merata tempat. Budak tadika pun tau apa benda tong sampah tu tau. Malu der..Negara bersih rakyat sihat.

2. Janganlah berludah sembarangan, bukan tak boleh tapi tak sopan, carilah tempat yang tak ramai orang then berludah lah sepuas hati tapi jangan sampai nak terkeluar usus-usus korang tu. Kalau lelaki biasa dengan kejantanannya. Pernah aku nampak perempuan yang memang ayu, ingat nak buat bibir paling kiut, nak buang saliva rupanya. Adushhhh! mungkin dia ingat aku ni invisible yang memang dia ingat dah clear tak ada orang. Agak-agaklah weii...perempuan kan sinonim dengan keayuan dan kewanitaannya. Luv u all!


3. Kat tandas awam, boleh tak flush lepas guna. Bukan susah pun kan, tarik ja. Kalau tak sia-sia saja korang bayar 30 sen atau 20 sen tu. Memang jumlahnya agak sedikit tapi kalau tak ada 20 sen atau 30 sen tu, tak lengkap lah duit 1 Juta, dalam maksudnya tu. Janganlah nak kasi tayang ngan orang naj** korang tu. Semua sama jer!. As my bro said before, tak payahlah nak minat sangat ngan artis si polan bin si polan tu, taik dorang sama jugak "bau wangi". HAHA! sorry to say!. Kalau kat tandas rumah korang kenapa boleh buat? bersih semacam saja. Pikirlah sendiri =)

tomeiiinya my heliza...jangan amik!

4. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Senyum itu satu sedekah dan senyumlah asal bertempat. ^___^

Kita semua bukan perfect, tapi tak salahkan bagi nampak perfect kat mata orang lain asalkan niat baik dan bagi sikap yang boleh jadi contoh ngan orang lain tu dah cukup. Nasihat di atas juga adalah untuk penulis a.k.a tuan empunya belog sendiri. Salam sayang buat semua.

"Give a good attitude for a new person !"

Sumber gambar: Google.

Sunday, January 8, 2012

Gua Update Belog jap...entri pertama tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman2..


Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dalam tahun baru ni, semoga kawan-kawan yang kiut-miut dan hensem-hensem di luar sana dalam keadaan sihat walafiat di samping orang tersayang. Agaknya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012...yang dah pasang azam baru semoga urusan kita untuk menggapai impian tu akan menjadi kenyataan tak kiralah siang atau malas kita bertungkus-lumus untuk mendapatkannya asalkan tanggungjawab kita pada Yang Satu tidak ditinggalkan.




Fahmi di sini aka Pami Seok...hehe...dah lama tak update blog ni, so ada masa ni update la sikit apa yang perlu nak sapu-sapu segala habuk-habuk yang melekat kat belog yang dah nak usang ni...usang kew???..haha..tak la kan..mungkin kesempitan waktu dan sem baru ni menyebabkan diri ini malas nak update entri baru. Hah! begitu citernyer ;)

Nak cakap apa lagi ek??...owh yar, hmm hujung tahun lepas baru-baru ni aku dapat panggilan dari karangkraf iaitu pihak majalah remaja dan dorang cakap, tahniah anda diterima untuk menjadi calon untuk hero remaja...anda diminta untuk datang ke bangunan karangkraf (alamat tak ingat yang penting kat KL) pada 5 Januari 2012 dengan memakai seluar jeans dan baju kemeja berwarna putih..(dalam hati,,,wow! nak jadi artis!...lalala)...hahaha...tapi hajat tak kesampaian apabila pada tarikh tersebut aku dah start kuliah, dah lah seminggu awal sebelum cuti mid term hari tu aku dah MC 7 hari...nak catch up chapter2 yang belum master lagi, busy ngan kuiz test...huhu..so in conclusion, say good bye ja la..maybe belom rezeki aku walaupun pada mulanya aku sendiri yang ikut hero remaja tu dan minta tolong my dad hantar borang kat pejabat pos. Okay..stop here!..tak pasal2 aku yang berangan memanjang nanti...hehe...


So, apa yang penting, 2012 ni ku harap segalanya akan menjadi indah-indah belaka, impian menjadi realiti dan terus sukses dalam apa jua ku hadapi...tapi kalau tak ada halangan tu bukan cabaran namanya kan...kan??...so segala bekalan diri juga haruslah dipersiapkan agar halangan yang kita tempuhi untuk sampai ke mercu itu dapat diharungi dengan jayanya. InsyaAllah.

I LOVE YOU ALL ;)


Saturday, November 19, 2011

Semester Baru...Semangat Baru...Gaya Baru...

tuan belog yang tak seberapa kacak!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Sob...sob..sob..flu yang menyerang diri ini. Nak nangis pun ada jugak, tambah lagi nak buka semester baru next week ni. Go back uitm, berpisah dengan keluarga yang tercinta buat sementara waktu, hmmm tak der maknanya nak nangis-nangis segala. Dah tiga semester begini tak kan tak biasa berjauhan ngan famili. Ayah ibu, anak mu hendak pergi merantau buat seketika untuk mengutip ilmu...halalkan segala makan dan minum ku sepanjang keberadaan ku pada cuti semester di rumah ini...ecehcehcehceh...tak nak sedih-sedih XD




Minggu depan dah start kuliah, alhamdulillah masuk tu dah berada di semester 4. Setiap orang ada azam masing-masing..tak gitu?.macam tu juga aku, apa yang aku harap adalah mempunyai semangat yang kental untuk mengharungi segala macam halangan dan rintangan yang melanda..hey jebat!..haha...semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan ku dan kita semua.




Gaya baru?..apa yang nak ditonjolkan?..nak ada red carpet dengan penampilan  yang bergaya sakan sambil senyum-senyum tersipu malu dan paling tragis nak tergelincir sebab baru lepas hujan diiringi jeritan dari bukan peminat yang semua menaiki kereta ala-ala mewah dan aku jew yang jalan kaki di red carpet tu dari gate sampai hostel...hahaha. Sudah..sudah!..hmm..malas nak gaya-gaya sangat semester baru ni, biasa-biasa pun kira ok yang penting penampilan diri tu diutamakan agar elok di mata orang yang memandang. Otak pun kena 'bergaya' juga.


Whatever it is, semester baru ni ku harap memberikan sinar yang baru terhadap semua bidang yang akan ku pelajari.






"Do what you like, like what you do!"


Wednesday, November 16, 2011

Saya Nak Menang Samsung Galaxy S II Sebab..


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fahmi di sini begitu teruja apabila membaca entri kat satu laman web ni iaitu denaihati. Di mana denaihati ini menguar-uarkan contest yang dianjurkan oleh Beta.my yang ditaja oleh Mynewshub. Peserta hanya perlu membuat entri bebas dan kreatif mengapa mahukan Samsung Galaxy SII. Best kan???. Nak lebih lanjut klik sini.


Baiklah, fahmi sangat-sangat sukakan Samsung Galaxy SII ni kerana functions'nya yang pelbagai sesuai dengan kehendak pengguna. Apa yang lebih menarik reka bentuknya yang elegan dan skrinnya yang besar.


Di bawah ni merupakan spesifikasi Samsung Galaxy SII.


sumber: www.gsmarena.com


Fahmi di sini memilih entri ber'genre'kan komik sebagai pertaruhan dalam contest ni. Jadi kat bawah ni merupakan komik pendek yang fahmi di sini buat dan sunting sendiri daripada kartun upin dan ipin..hope u enjoy it! :)







 





Tuan belog: best gila kalau dapat SAMSUNG GALAXY SII ni...mau angan-angan jap..hihi




Monday, November 14, 2011

Jadikan Bilik Anda Seperti Pentas Berprestij | Make Your Lights Synchronize With Music

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Korang minat tak dengan muzik?..tapi jangan melebih pula, berpada-pada ok. Aku nak kongsi sikit macam mana nak buat lampu lip lap lip lap diiringi ngan muzik macam clubbing, dalam erti kata lain lampu yang menyala ikut rentak muzik la gituuuu. Best woo..bagi yang berminat boleh ikut la. Aku dah pasang kat dalam bilik aku satu.




So korang tengok la yew sendiri kat dalam video di bawah ni.


So, amacam? best tak?...lagi best kalau korang kasi colourful sikit lampu led tu, baru bergemarlapan bilik korang tu seolah-olah anda berada di atas stage yang berprestij gitu..haha...over!

Tuan punya blog: hampa gila dah berapa biji lampu LED aku terbakar gara-gara volume muzik yang kuat..haha..have fun! :)

Wednesday, November 9, 2011

Betulkah Cinta Itu Buta? Mana Matanya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Perihal cinta menjadi entri pertama blog fahmi di sini hari ne.. :))))
Betulkah cinta itu buta?....kalau buta mana matanya?...haha stress gila pertanyaan ne, hey fahmi tu perumpamaan jela..ok back to title..cinta boleh membuat derita menjadi bahagia, benci menjadi sayang dan salah pun jadi betul. Sungguh kuat aura cinta ne kan???

Tapi masih ramai yang tak setuju bahawa cinta itu buta, ya aku la antara orang yang tak setuju tu!..melainkan orang yang bercinta itu sendiri yang sudah terkena 'virus cinta' yang mereka rasakan. Kononnya di sanalah syurga..mahligai kayangan yang akan membawa kebahagian untuk selama-lamanya. Yalah ketagih cinta kan? mana kita nak halang, dalam erti kata lain memang kemaruk cinta la sangat. Sehinggakan demi cinta mereka sanggup membuat perkara 'gila' apabila jalan percintaan tidak berakhir dengan kebahagiaan. Bukankah meraka yang bercinta ne sebenarnya buta?

Cinta sebenarnya tak buta kerana baik buruk yang mereka rasakan tentang cinta itu sebenarnya datang dari mereka sendiri untuk mentafsir apa itu cinta. Cinta itu suci dan tinggi tarafnya kerana cinta adalah anugerah Allah yang tiada nilainya untuk dijadikan pegangan. Cinta yang 'diterbitkan' bukan sahaja kepada mereka yang berpasang-pasangan yang berlainan jantina malah cinta dianugerahkan untuk melahirkan rasa kecintaan kita kepada Pencipta, Nabi, keluarga, guru, rakan dan semua yang berada di sekeliling kita supaya kita lebih mensyukuri kenikmatan cinta yang diberikan olehNya.

So don't say love is blind okay..tapi up to korang semua nak kata apa pasal cinta. (~_^)v

Meh klik puisi cinta --> filem ketika cinta bertasbih.


Saturday, October 29, 2011

Kita Hanya Insan Biasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah setelah sekian lama memerah otak untuk berperang pada peperiksaan semester walaupun pelurunya hanya ditujukan di atas sekeping kertas putih..ku telah melepasi ‘azab pedih’ yang ku harapkan pengakhirannya akan memberikan kebahagiaan pada diri ku. Hanya kepadaMu ku berserah Ya Allah.

Ok tutup bab bab exam ne dulu, korang semua pun memang pernah rasa gak kan..hihi..banyak perkara yang aku dah ketinggalan kat dunia blog ne, maaf yew kepada korang yang tertunggu tunggu dengan entri terbaru dari blog aku ne. Tapi tak mengapalah, patah tumbuh hilang berganti..sebab berlambak blog-blog yang ber'genre'kan macam blog aku ne...bukan majoookk tau.

Nak buat perubahan sikit kat blog aku ne, hmmm pasal diari kehidupan? Fashion? Kecantikan? Hihi...blog cinta?...wow! tak sanggup la aku nak jawab soalan if ada someone tanya pasal chenta chenta ne, walaupun pengalaman tu ada tapi belum cukup untuk mendalami soal soal cinta ne, lagi pun aku sendiri belum bersedia untuk serius dalam percintaan buat masa ne. Sesungguhnya lagi indah berkasih sayang dengan famili..salam, pelok, cium tu memang dah selalu aku buat kat famili aku, expecially to my mom & dad.

Latest, banyak perkara baru yang telah ku pelajari yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mungkin inilah satu titik permulaan untuk aku melangkah sedikit ke hadapan. Perkara yang dipelajari tanpa berfikir panjang memang pengakhirannya akan memberikan kedukaan kepada diri kita sendiri, namun semua itu dapat dijadikan sandaran untuk kita belajar dari kesilapan yang dilakukan.

Inilah yang dikatakan kehidupan, semakin meningkat usia maka duri onak kehidupan juga harus dilalui dengan penuh kesabaran. Tidak guna juga andai seseorang itu hanya memiliki kebahagian di dunia tetapi kecundang di hari pembalasan. Nauzubillah...selayak-layaknya manusia yang mempunyai ilmu harus menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya yang boleh memberi kemanfaatan kepada orang lain bukan untuk dijadikan senjata bagi membunuh orang di sekeliling. Nikmat Allah kepada hambaNya boleh ditarik pada bila-bila masa andai hambaNya menyalahgunakan nikmat yang diberikan.

Bukannya diri berlagak alim tetapi sebagai manusia tidak salah untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Kadang kadang apa yang kita buat semuanya baik di mata kita, tapi di mata orang lain?...menyampah? over?..tu kita kena jaga...andai sikap atau kelakuan kita buruk di mata orang lain maka akan lebih teruk jika kita sendiri sukar untuk menerima sebarang teguran. Ya mungkin kita berpandangan bahawa buat apa nak kisah dengan orang lain, sendiri punya hal...tapi yang di Atas? Maha Mengetahui. Walaupun dari fizikal seseorang itu seperti 'malaikat' namun pada hakikatnya hatinya masih kotor.


So and so..jadilah orang yang mudah disenangi..tidak kira yang sedang hangat bercinta, rakan taulan...terutama sekali kepada keluarga kita sendiri, itu yang penting.

Hmmm setakat ne sajalah fahmi di sini berkongsi cerita, maaflah yew jika entri kali ne macam offsite sikit yang penting korang faham keyh...ada masa kita jumpa lagi...sayang kamoo semua ;)



*entri ne dah lama aku simpan kat draft seminggu selepas abes final...hihi

Friday, September 9, 2011

Ku bertandang untuk seketika....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....



Fahmi di sini lama tak update blog, bukan malas tapi atas kesempitan & kesuntukan waktu yang bisa membataskan untuk kita terus bersama seperti sebelumnya. Tambahan lagi dekat-dekat nak exam ni, lappy digunakan untuk buat assignments (kononlaaa..) tapi itulah hakikatnya. Stress kerja bertimbun? study untuk final lagi? tu biasalah kan sebagai seorang pelajar...tekanan dah menjadi asam garam. (~_^)v 


InsyaAllah lepas exam nanti, dah cuti semester ku akan kembali aktif berblog, sebab ramai tanya expeseli kat fb, kenapa fahmi tak update blog lagi???...so jawapan sama yang ku berikan, insyaAllah akan kembali aktif jika ada kesempatan waktu. Sabar menanti yew, sayang kamu semua...hihi (~_^)v



So...dikesempatan ini fahmi di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, jika sepanjang ku berblog ni pernah menyakiti hati mana-mana pihak, huluran salam maaf ku pohon, ku hanya manusia biasa yang tak bisa lari dari kesilapan...
0-0 keyh...dan SALAM MERDEKA KE-54...cintailah dan hormatilah negara kita.


Sekian Wassalam...harap kita bertemu lagi...

Thursday, July 21, 2011

Members blog fahmi di sini cecah 1K..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah..tanggal 21/7 bersamaan 19 Syaaban ni follower members blog fahmi di sini sudah berada dalam lingkungan 4 angka...jutaan terima kasih kepada korang semua yang sudi jadi member blog aku ni. Jasa baik korang hanya Allah saja dapat membalasnya..teruskan bersama blog ni :)


Member bertuah ke-1000 --> cik^syera

Member bertuah ke-999 --> ~sHaR!Na~


SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI masih lagi berlangsung..
klik banner di bawah untuk lebih lanjut...


Friday, June 10, 2011

Aku terharu tersipu malu


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Ada apa dengan tajuk entri aku ni...korang nampak tak aku tengah tersengih-sengih ni, bukan kat gambar di atas ni..siapa tak nampak......korang pk la sendiri..hihi...ok2 tamo (pengaruh ayat en.ben dah ni) nak membebel panjang..bukan apa, tadi aku tengah sibuk repair-repair blog aku yang tengah sakit sekarang ni, sambil tu aku bacalah komen-komen dari entri yang aku posted..hurmm korang jangan ingat aku tak baca pula komen-komen korang tu, kalau ada masa tu aku terus terjah blog korang tau.


Ok, ada rakan blogger aku ni bagi link kat komen entri aku tu...dia cakap entri tentang fahmi..sekali buka..aduhaiii...terharu gitu, entri yang dibuat khas untuk ku..ayat-ayat dalam entri tu juga buat aku ++cair..masuk dalam freezer jap, bukan nak bangga tapi betul-betul rasa terharu...fahmi di sini menganggap itu sebagai satu penghargaan yang tidak boleh dilupakan..selagi hayat di kandung badan, insyaAllah fahmi di sini akan terus berkongsi apa sahaja entri berguna ngan korang semua.


Inilah dia blogger yang aku maksudkan tu....cik Fazreen Misbae...terjah blog sis fazreen ni cepat-cepat..bagi salam dulu sebelum masuk rumah tu yew..thanks sis (~_^)V


Saturday, June 4, 2011

THANKS PENULIS SENJA...



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Macam biasalah pagi-pagi dah layan blog lepas seja bekfast..teh tarik tuu...emm dipendekkan cerita just want to say makasih kepada blogger penulis senja yang tengah menaik skg ni sebab review & pilih blog fahmi di sini dalam list 10 blog bertuah bulan jun ni. Terima kasih sekali lagi.

Orang bagi penghargaan ngan kita mesti ucap terima kasih kan.. =)

Ok..kalau korang nak join segmen pertama dari fahmi di sini, klik sini

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com