OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label cerita artis. Show all posts
Showing posts with label cerita artis. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Tahniah ! AWAL Ashaari Sah Bergelar Suami SCHA Al Yahya


Seia Sekata Sedondon ! :)

PUTRAJAYA, 4 MEI 2012: Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, di sini sekitar jam 9.15 malam tadi.

Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.

Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Turut diserikan dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai termasuk rakan artis seperti Farah Fauzana, Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar, Syazwan Zakariah.

kredit: murai.com.my


Tuesday, November 8, 2011

Inilah Awek Aku, lawa tak??? - FAHMI DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman semua..what's up?!

Hmmm dari tajuk entri ne nampak gempak tak? hihi..tak dew maknanya...abes aku kena pelempang sulung dari tuan empunya badan tu nanti..hahaha..

So kat bawah ne aku kongsikan gambar-gambar artis wanita Malaysia when they wear the hijab...so sweeeeettt.... ;)

1. Fazura

2. Tiz Zaqyah

3. Fouziah Gous

4. Erra Fazira

5. Neelofa

6. Nora Danish

7. Lisa Surihani

8. Maya Karin

9. Fasha Sandha

10. Dato’ Siti Nurhaliza

sumber gambar: penulissenja.com

K-Pop Versi Indonesia

Malaysia dipanggil negara copy paste oleh negara yang duk sebelah tuuu..so yang ne?? malas nak komen apa2...korang nilai la sendiri yeww...check it out!... (^_^)v







Friday, July 22, 2011

Gambar terbaru Raja Farah pakai tudung

Gambar semasa perkahwinan Raja Farah

DARI jauh kelibat Raja Farah Aziz sudah memancing perhatian. Bukan disebabkan susuk tubuh yang tampak kembali langsing sebaliknya penampilan kali ini cukup berbeza daripada biasa - bertudung.

Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah.

“Baru dua bulan saya bertudung malah ini telefilem pertama saya tampil bertudung. Sebelum ini pun kalau keluar saya memakai selendang.

Mengenakan blaus yang dipadankan dengan jeans, sebagai pelengkap tudung rona merah jambu lembut menjadi pilihan aktres muda yang diamanahkan membawakan watak gadis kampung bernama Maisarah.
Akuinya lagi, walau tampak biasa peranan yang dibawakan nanti sarat emosi apabila menonjolkan keperitan hati seorang gadis yang baru mengenal cinta apabila kekasih hati sebenarnya tunangan orang.

“Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini.

“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,”

NYATA isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26 itu punya harapan tersendiri dalam mengatur rentak hidupnya malah menganggap itulah pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga.

Sebagai persediaan, Raja Farah berjinak-jinak pula dengan perniagaan tetapi segala-galanya masih dalam peringkat persediaan namun ia bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
Gambar terkini Raja Farah memakai tudung

Tegasnya lagi tatkala diajukan semula dengan peluang aktres bertudung, kata Raja Farah, produser dan penerbit hari ini semakin berfikiran terbuka malah bangga melihat ramai rakan lain yang lebih dulu berhijab tetap rancak mewarnai program TV selain aktif di layar perak.

“Banyak watak yang memerlukan wanita bertudung. Saya tidak nampak ini semua sebagai halangan berlakon. Cuma pandai-pandailah kita memilih watak selain menjaga pergaulan. Saya pasti penonton juga akan terus memberi sokongan jitu,” katanya.

Tuesday, July 19, 2011

Penampilan Lady Gaga dengan pakaian unik

Euuu...unlike! sapala nak pakai baju macam Lady Gagak ni?..tak tau la kalau ada yang betul-betul fanatik kat dia ni..menjengkelkan! memang dah nama artis barat macam-macam dorang nak peragakan, oppss sorry la kepada artis-artis Malaysia terutama yang muslim tu yang nak ikut macam stail dorang ni...seyesssly menggelikan bagi ku...sah-sah dedah sana sini kan jadi dosa tuu...















Monday, July 18, 2011

Nurul Syuhada akhirnya bergelar isteri kepada Pegawai Bank


Pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, akhirnya menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihan hati iaitu Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas dengan sekali lafaz sahaja Nurul Syuhada sah bergelar isteri kepada Raja Amir. Upacara akad nikah itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Majlis akad nikah yang diadakan pada 16 Julai 2011 bermula sekitar 8:00 – 10:00 malam berlangsung dalam suasana yang penuh eksklusif.

Raja Amir Raja Azwa merupakan Pegawai bank berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul syuhada telah berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan

Majlis di The Binjai On The Park, KLCC Kuala Lumpur dengan bertemakan Morrocan, pelamin direka oleh perancang perkahwinan terkenal Khalid & Favors By Eddy. 

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.

Pihak Raja Amir menyerahkan mas kahwin berjumlah RM777 kepada Nurul Syuhada pengantin perempuan berserta wang hantaran berjumlah RM20,111. 

Nurul Syuhada menggayakan busana kaftan Muslimah off-white beserta tudung yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwil.
Foto kredit to ohbulan






Sunday, July 17, 2011

Hubungan Jennifer Lopez dan Marc Anthony berakhir


NEW YORK: Perkahwinan aktres dan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dengan penyanyi pop Latin, Marc Anthony berakhir, lapor majalah People, kelmarin.

Pasangan itu mengumumkan perceraian mereka selepas tujuh tahun berumah tangga dan mempunyai anak kembar berusia tiga tahun, Max dan Emme.


“Kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami. Ini adalah keputusan yang sukar. Ia adalah penyelesaian yang terbaik.

“Ini adalah tempoh yang perit untuk semua yang terbabit. Kami harap tidak diganggu buat masa ini,” kata pasangan itu dalam kenyataan bersama.

Lopez, 41, dan Anthony, 42, berkahwin secara rahsia dalam satu majlis di Beverly Hills pada Jun 2004.

Perkahwinan itu berlangsung lima bulan selepas pertunangannya yang dibuat secara besar-besaran dengan Ben Affleck putus.

Lopez sudah dua kali berkahwin sebelum ini dengan pemilik restoran Ojani Noa dan bercerai pada 1998 dan perkahwinan kedua dengan penari latar Cris Judd, yang melayari alam rumah tangga daripada 2001 hingga 2003. 

Bintang salsa, Anthony pula mempunyai dua anak lelaki Cristin, 10, dan Ryan, 7, dengan perkahwinan terdahulunya bersama Ratu Cantik Universe, Dayanara Torres. 


Lopez dan Anthony dilaporkan memperbaharui ikrar perkahwinan pada 2008 selepas kembar mereka dilahir dan melakukan majlis yang sama tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinan pada 5 Jun. – Reuters/ Agensi
sumber

Saturday, July 16, 2011

Tahniah..Farah AF2 selamat diijab kabulkan...


SAMA CANTIK...Johan menyarungkan cincin di jari Farah selepas majlis akad nikah di atas Cruise Tasik, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Selepas enam tahun menyulam cinta, akhirnya bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) juga pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26, selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati Johan Johari, 26 tahun dalam majlis pernikahan ala Titanic, di sini semalam.

Pasangan itu dinikahkan pada kira-kira jam 4.35 petang oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz dengan disaksikan hampir 60 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pihak di atas bot persiaran Cruise Putrajaya. 


Dalam majlis pernikahan yang pertama kali diadakan seumpamanya, Farah turut menerima mas kahwin berjumlah RM2,500 dan wang hantaran RM25,185, selain tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senashkah al-Quran serta barangan perhiasan peribadi dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Sewaktu majlis membatalkan air sembahyang, Johan menyarungkan seutas gelang tangan dan sebentuk cincin kepada Farah, sementara penyanyi mula mencipta nama menerusi lagu Antara Dua itu turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari suaminya.

Ditemui sebaik majlis selesai, Farah berkata dia memang mengimpikan majlis pernikahan sedikit berbeza dan idea diberikan rakan agar diadakan di atas bot persiaran dirasakan cukup menarik.

“Apabila perkara ini dirujuk kepada pihak pengurusan Cruise Putrajaya, mereka bersetuju dan berkata belum ada lagi orang mengadakan majlis pernikahan di atas bot dan saya yang pertama,” katanya.

Walaupun sudah berkahwin, Farah yang kini aktif dalam bidang pengacaraan berkata, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, namun dia keberatan untuk aktif berlakon.

“Selepas berkahwin saya akan menetap bersama suami di Pulau Pinang kerana dia berasal dari sana dan mempunyai perniagaan perlu diuruskan. Bagaimanapun kami akan datang ke Kuala Lumpur jika ada urusan,” katanya.

Pada majlis itu Farah turut membuat kejutan kepada suami dengan mengumumkan dia menghadiahkan Johan, percutian ke Pulau Maldives seperti yang diidamkan suaminya sebagai bulan madu mereka.

Mereka akan ke sana minggu depan dan pulang sehari sebelum Ramadan.

sumber

Wednesday, July 13, 2011

Pelakon Samzy Kekal Hukuman Penjara, Sebat


SHAH ALAM: Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Samzy pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk danSeri Istana.

Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

Sarinah kemudiannya menghampiri Samzy yang sudah digari oleh anggota polis dan bekas pelakon yang kini menjalankan perniagaan sendiri itu memeluk wanita berkenaan bagi menenangkannya.

Samzy yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menerusi perkahwinan ahli politik itu dengan Zizie Ezette kemudiannya dibawa keluar oleh anggota polis untuk dihantar ke lokap mahkamah.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

"Pada pendapat mahkamah, tidak ada sebab yang munasabah mengapa polis meletakkan dadah dalam beg perayu. Jika dadah bukan milik perayu ia perlu disoal-balas kepada pegawai tangkapan atau pegawai penyiasat

"Jika benar dadah bukan miliknya ia perlu diberitahu kepada pihak polis seawal mungkin," katanya.

Mohtarudin juga menyifatkan pembelaan Samzy yang disokong oleh rakan serumahnya, Salehuddin Zaharuddin, 37, sebagai pembelaan yang difikirkan semula.

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh.

Terdahulu, Muhammad Faiz menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah berkenaan adalah milik salah seorang daripada individu di dalam rumah memandangkan mereka mempunyai laluan ke dalam bilik Samzy yang tidak berkunci, selain mereka semua didapati positif syabu.

"Rakan serumah perayu, Salehuddin juga memberitahu bahawa mereka telah berkongsi wang untuk membeli dadah dan menghisapnya serta tidak lagi mempunyai bekalan dadah, lalu masuk tidur sehinggalah mereka ditangkap, " katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar membidas hujahan tersebut dengan berkata bahawa, tiada sebarang penafian dilakukan oleh Samzy berhubung pemilikan beg tersebut yang ditemui di atas katil bilik perayu.

"Tiada keterangan sekiranya bilik perayu boleh dimasuki oleh orang lain ataupun sekiranya terdapat orang lain di dalam bilik tersebut," katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja kesnya dipanggil, Samzy meminta agar wartawan yang hadir membuat liputan agar mendoakannya.
"Tolong doakan saya ya..." katanya.

Saturday, July 9, 2011

Bintang bola sepak dan selebriti Indonesia kahwin di Belanda


Jakarta: Bintang bola sepak Indonesia, Irfan Bachdim melangsungkan perkahwinannya dengan selebriti, Jennifer Kurniawan, semalam.

Berita mengenainya disampaikan sendiri oleh ibu Irfan, Hester Bachdim.

Nyata Kenyataan Jennifer bulan lalu mengenai rancangan perkahwinannya bulan ini bukan gurauan.

Majlis perkahwinan mereka dihadiri keluarga serta saudara-mara Bachdim dan Kurniawan. Dalam kenyataannya di Jakarta, pengurus Jennifer, Erick berkata, pasangan itu memilih untuk berkahwin di luar negara kerana masalah perbezaan agama.

Irfan yang dilahirkan oleh ibu berbangsa Belanda dan bapa keturunan Indonesia, beragama Islam sementara Jennifer, yang ibunya warga Jerman dan bapa, Indonesia, menganut agama Kristian.

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Hester meluahkan kegembiraannya menerusi Radio Belanda.

Keluarga Irfan di Belanda menyangkal dakwaan mengatakan keluarga mereka di Indonesia keberatan membenarkan pasangan itu berkahwin. Sebelum ini, rancangan perkahwinan pasangan itu menimbulkan kontroversi apabila keluarga bapa Irfan dikatakan tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka,.

Bapa saudara Irfan, Helmi Ali Bachdim dalam wawancara dengan stesen televisyen di Indonesia menyatakan dia tidak menyokong perkahwinan anak saudaranya itu kerana kedua-duanya berbeza akidah.

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com