OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label hawa. Show all posts
Showing posts with label hawa. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Dah Diberi Cantik Berseri, Mengapa Ingin Diubah?


Kecenderungan mengubah rupa bentuk kejadian diri turut dikaitkan dengan keadaan luaran serta naluri dalaman pelaku tersebut. Menurut Dr. Khairi Rahman, Perunding Psikologi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang individu melakukan pengubahan rupa bentuk diri mereka seperti melakukan pembedahan plastik, botox, membesarkan buah dada dan sebagainya.

Antara punca yang mendorong insan merubah asal kejadian mereka adalah tekanan dari persekitaran. Individu terbabit dikelilingi oleh orang yang pernah melakukan pembedahan atau suntikan contohnya, mengkhabarkan kebaikan dan manfaat yang diperoleh daripada perbuatan tersebut. Ini akan menimbulkan rasa ingin mencuba tambahan pula telah melihat hasilnya di depan mata.

Wang. Ia faktor paling dominan yang merealisasikan hasrat individu untuk melakukan pengubahan rupa bentuk. Bagi orang yang mempunyai kewangan kukuh, mereka lebih terdorong melakukannya kerana tiada halangan dan kemaslahatan.

Selain itu, media banyak mempengaruhi masyarakat untuk melakukan perkara ini. Paparan yang menarik serta pengesahan daripada pakar mewujudkan keberanian masyarakat untuk mencuba. Terdapat pakar perubatan yang berkerjasama dengan media untuk memyampaikan keberkesanan teknik yang digunakan, kos yang rendah dan risiko yang minimum untuk melakukan surgery memberikan rangsangan kuat kepada umum.

Tambahnya lagi, di samping faktor-faktor luaran yang disebutkan, ada satu faktor yang menjadi tunjang kepada perlakuan ini. Ia adalah keyakinan diri. Beliau menjelaskan, orang yang berada pada tahap sederhana jarang terdorong untuk melakukan perbuatan ini. Dari segi psikologi, mereka dapat menerima seadanya apa-apa yang dikurniakan kepada mereka.


sumber

Friday, July 8, 2011

Ubah ciptaan Allah: Umpama mencabar kuasa-Nya


Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW baik dari segi akhlak mahupun rupa paras. Kita tidak perlu berasa sedih dan susah hati lantaran dikurniakan rupa paras yang tidak cantik, tubuh badan yang tidak menarik, malah dijadikan sebagai seorang lelaki ataupun wanita. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan adalah unik dan sempurna kejadiannya.

Sememangnya Allah SWT menjadikan kita dengan pelbagai rupa dan gaya. Mana mungkin Allah yang Maha Mencipta menjadikan setiap manusia mempunyai wajah yang sama. Sedangkan cap jari yang Allah ciptakan kepada setiap hambanya juga berbeza.

Sebenarnya di situlah berkuasanya Allah SWT yang mampu dan berhak menjadikan sesuatu mengikut kemahuan-Nya. Jadi tidak perlulah mempersoalkan tentang ciptaan Allah atas kejadian kita. Terimalah anugerah dan kurniaan itu seadanya dengan rasa syukur tanpa perlu mengubahnya atas faktor nafsu.

Menurut Dr Asiah Ali, Mantan Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, apabila membincangkan isu berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT, ia lebih difokuskan kepada para wanita kerana mereka tidak boleh lari daripada perasaan ingin cantik dari sudut penampilan diri dan juga kesihatan dalaman. Beliau berpendapat, tuntutan zaman sekarang yang terlalu banyak iklan-iklan kecantikan turut menyumbang kepada kemahuan masyarakat untuk mengubah bentuk asal rupa dan juga kejadian diri sendiri.

"Wanita digalakkan untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suami. Bagaimanapun, dalam kita berhias untuk kesihatan dan kecantikan, pastikan ia tidak mengubah bentuk asal kita. Kadang-kadang, ada wanita yang niat asalnya adalah untuk tatapan suami tetapi akhirnya telah terpesong niatnya," Jelas beliau.

sumber


6 Gologan Perempuan yang 'kurang' layak dijadikan isteri


1. Al -Anaanah:Banyak keluh kesah. Selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi kereta tak cukup, dan lain-lain. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memahami perasaan suami, tidak hormat kepada suami apa lagi berterima kasih kepada suami. Apa yg suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yg tidak mencukupi.


2. Al-Manaanah:Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat senang membicarakan suami: tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam kepadanya.


3. Al -Hunaana:Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami sendiri.


4. Al- Hudaaqah:Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya mendapatkannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa si suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari dari rumah, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti hamba, bukan sebagai pemimpinnya kerana yang dipentingkannya adalah kehendak dan kepentingan dia saja.


5. Al -Hulaaqa:Sibuk bersolek atau tidur atau bersantai-santai dll sehingga lalai melaksanakan ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah tangga, meluangkan masa dengan anak-anak dan seumpamanya.


6. As-Salaaqah:Banyak berbicara dan mengumpat. Siang, malam, pagi dan petang si isteri asyik mengumpat. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak elok dimatanya. Zaman sekarang ni mengumpat bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam lagi . Yang jelas si isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


Wednesday, May 25, 2011

Apakah ciri-ciri WANITA SYURGA?



  1. Bertakwa
  2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
  3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
  7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
  11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
  12. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  13. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
  14. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Sunday, May 22, 2011

Pesanan untuk orang cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendakNya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak kemungkaran untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya tersasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!


Friday, May 20, 2011

Lelaki suka....tapi lelaki tidak suka perempuan yang....

gambar hiasan

Assalamualaikum & salam keamanan buat semua pembaca FDS...dari tajuk entri korang mesti  dah tau apa yang akan aku share kali ni, just kesinambungan daripada entri aku minggu2 lepas tentang apa yang perempuan suka & tidak suka pada lelaki tapi kali ni kita terbalikkan pula pasal apa yang lelaki suka & tidak suka pada pompuan. Check it out...

Lelaki suka:
  1. Wanita yang bersikap kelakar
  2. Berbudi pekerti
  3. Murah hati
  4. Senyuman manja
  5. Tahu memasak
  6. Pandai dalam menggayakan pakaian
  7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
  8. Tidak mudah naik angin
  9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
  10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
  11. ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
  12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
  13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
  14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
  16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
  17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
  18. Yang tidak suka berleter
  19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
  20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
  21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
  1. Wanita yang suka mengumpat
  2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
  3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  4. Merokok!
  5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
  7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
  8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
  9. Wanita yang bersikap hipokrit
  10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
  11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
  12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
  14. Tidak bertanggungjawab langsung
  15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
  16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
  17. Boros berbelanja
  18. Tidak tahu/malas memasak
  19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.
  20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

*sekadar renungan bersama...lelaki & perempuan masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Jadi pandai-pandailah memilih pasangan hidup yoo agar kehidupan sweet2 belaka ^_^

Wednesday, May 11, 2011

Mengapa perempuan mudah menangis?



Sebagai renungan bersama~

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama".
  • Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
  • Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
  • Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
  • Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
  • Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
  • Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
  • Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
  • Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
  • Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
~ I LUV MY MOM ~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com