Sama cantik sama sepadan...bagai pinang dibelah dua...secocok sedondon..kacak dan cantik itulah dia Awal dan Scha yang sah menjadi suami isteri. Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Saturday, May 5, 2012
Friday, May 4, 2012
Tahniah ! AWAL Ashaari Sah Bergelar Suami SCHA Al Yahya
Seia Sekata Sedondon ! :)
PUTRAJAYA, 4 MEI 2012: Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, di sini sekitar jam 9.15 malam tadi.
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.
Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Turut diserikan dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai termasuk rakan artis seperti Farah Fauzana, Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar, Syazwan Zakariah.
Thursday, May 3, 2012
ERA FM Kembali Rampas Takhta RADIO NOMBOR SATU Dengan 4.8 Juta Pendengar
Ini berita baik untuk semua peminat hiburan yang suka mendengar radio ketika pergi kerja, sangkut dalam kesesakan lalu lintas atau sekadar membuang masa kerana talian internet terputus, Era FM kembali merampas takhta sebagai radio nombor satu Malaysia.
Keputusan yang baru sahaja di’keluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen untuk fasa pertama tahun 2012 menunjukkan yang lima daripada lapan stesen radio kelolaan AMP menduduki carta 10 radio paling popular di’Malaysia.
Dan, senarai di’dahului oleh Era FM dengan mencatatkan jumlah pendengar seramai 4.8 juta secara keseluruhan dan di’ikuti rapat oleh Sinar FM yang mencatat 4.7 juta pendengar & di’ikuti THR (Raaga & Gegar) dengan 1.73 juta pendengar yang majoriti berada di Pantai Timur.
Sebuah lagi stesen radio kelolaan AMP, Hitz FM terus menguatkan penguasaan sebagai stesen radio berbahasa Inggeris nombor satu Malaysia dengan jumlah pendengar 2.0 juta orang — tertinggi pernah di’catatkan oleh mana mana stesen radio seumpamanya.
Tahniah buat AMP atas kejayaan menempatkan stesen stesen radio kelolaan mereka untuk menjadi yang terbaik dalam industri ini terutamanya peningkatan drastik ERA FM yang kembali menjadi kegemaran pendengar radio di’Malaysia.
kredit: rotikaya.com
TAHNIAH RADIO ERA !!!
mak jemah oiii !!! hihi
Monday, November 21, 2011
Keputusan Penuh FFM 24 | Festival Filem Malaysia 24
Senarai Pemenang Malam Anugerah Gemilang Perdana Festival Filem Malaysia FFM 24.
-Filem Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios
-Pengarah Terbaik - Syamsul Yusof – KL Gangster
-Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam – Kongsi
-Pelakon Wanita Terbaik - Siti Shahriza (Eja) – Janin
-Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Shofi Jikan – KL Gangster
-Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Faezah Elai – Cun
-Lakon Layar Terbaik - Syamsul Yusof – KL Gangster
-Cerita Asal Terbaik - Martias Mohd Ali – Libas
-Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof/Hisham Jupri – KL Gangster
-Sinematografi Terbaik - Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
-Penataan Seni Terbaik - Anuar Paharudin/Kek Ting Lim – Hikayat Merong Mahawangsa
-Penataan Bunyi Terbaik - Hisham Jupri – KL Gangster
-Pereka Kostum Terbaik - Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa
-Skor Muzik Asal Terbaik - Edry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa
-Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin
-Anugerah Pencapaian Gemilang - Datuk Michelle Yeoh
4 anugerah khas juri juga telah diumumkan
-Filem Box-Office - K.L.Gangster
-Pelakon Komedi Terbaik - Allahyarham Zami Ismail
-Filem genre seram misteri - Janin
-Kecemerlangan kecekalan seniman yang masih aktif - Sidek Hussin
Friday, July 22, 2011
Gambar terbaru Raja Farah pakai tudung
Gambar semasa perkahwinan Raja Farah
DARI jauh kelibat Raja Farah Aziz sudah memancing perhatian. Bukan disebabkan susuk tubuh yang tampak kembali langsing sebaliknya penampilan kali ini cukup berbeza daripada biasa - bertudung.
Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah.
“Baru dua bulan saya bertudung malah ini telefilem pertama saya tampil bertudung. Sebelum ini pun kalau keluar saya memakai selendang.
Mengenakan blaus yang dipadankan dengan jeans, sebagai pelengkap tudung rona merah jambu lembut menjadi pilihan aktres muda yang diamanahkan membawakan watak gadis kampung bernama Maisarah.
Akuinya lagi, walau tampak biasa peranan yang dibawakan nanti sarat emosi apabila menonjolkan keperitan hati seorang gadis yang baru mengenal cinta apabila kekasih hati sebenarnya tunangan orang.
“Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini.
“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,”
NYATA isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26 itu punya harapan tersendiri dalam mengatur rentak hidupnya malah menganggap itulah pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga.
Sebagai persediaan, Raja Farah berjinak-jinak pula dengan perniagaan tetapi segala-galanya masih dalam peringkat persediaan namun ia bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
Gambar terkini Raja Farah memakai tudung
Tegasnya lagi tatkala diajukan semula dengan peluang aktres bertudung, kata Raja Farah, produser dan penerbit hari ini semakin berfikiran terbuka malah bangga melihat ramai rakan lain yang lebih dulu berhijab tetap rancak mewarnai program TV selain aktif di layar perak.
“Banyak watak yang memerlukan wanita bertudung. Saya tidak nampak ini semua sebagai halangan berlakon. Cuma pandai-pandailah kita memilih watak selain menjaga pergaulan. Saya pasti penonton juga akan terus memberi sokongan jitu,” katanya.
Tuesday, July 19, 2011
5 Artis jelita yang menghidapi Kanser Payudara
Kanser payudara menjadi benda yang seram bagi wanita,Penyakit 'pembunuh' nombor dua selepas kanser rahim atau serviks ini ialah disebabkan oleh genetik dan gaya hidup yang tidak selamat.
Gambar di bawah ni merupakan lima artis cantik yang berjuang untuk melawan kanser payudara yang mereka alami.
1. Sheryl Crow

Dia disahkan menghidapa kanser payudara ketika memasuki usia 48 tahun,pada 2006, katanya dia bagaikan jatuh ditimpa tangga.
Di tengah tekanan yang dihadapinya sangat menyakitkan itu,dia berpisah dengan Lance Armstrong,yang juga seorang pesakit kanser.Demi kehidupan dia yang menyeksa, dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat sambil menjalani terapi penyembuhan.
2. Kylie Minogue

Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.
Pernah berjuang melawan kanser, dia menerima tawaran sebagai ikon kempen kanser payudara yang diadakan di Breakthrough Breast Cancer. Dalam kempen itu, dia rela digambar tanpa mengenakan bra demi meningkatkan kesedaran wanita ke atas penyakit tersebut.
3. Christina Applegate

4. Cynthia Nixon

Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and the City'ini menerima pengesahan kanser payudara pada 2006. Setelah dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama 6 hingga 5 bulan dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.
Apabila sembuh dari sakit, dia lalu mendapat tawaran sebagai duta Susan G Komen, sebuah organisasi yang menyokong kajian kanser payudara.
5. Suzanne Somers

Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi perhatian ketika menerima laporan kanser payudara, sembilan tahun yang lalu.
Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan fikiran dia yang dapat menyembuhkan penyakitnya.
Gambar di bawah ni merupakan lima artis cantik yang berjuang untuk melawan kanser payudara yang mereka alami.
1. Sheryl Crow
Dia disahkan menghidapa kanser payudara ketika memasuki usia 48 tahun,pada 2006, katanya dia bagaikan jatuh ditimpa tangga.
Di tengah tekanan yang dihadapinya sangat menyakitkan itu,dia berpisah dengan Lance Armstrong,yang juga seorang pesakit kanser.Demi kehidupan dia yang menyeksa, dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat sambil menjalani terapi penyembuhan.
2. Kylie Minogue
Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.
Pernah berjuang melawan kanser, dia menerima tawaran sebagai ikon kempen kanser payudara yang diadakan di Breakthrough Breast Cancer. Dalam kempen itu, dia rela digambar tanpa mengenakan bra demi meningkatkan kesedaran wanita ke atas penyakit tersebut.
3. Christina Applegate
Pada Ogos 2008, melalui jurucakap ,Christina Applegate memberi tahu kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser payudara, dia sengaja melakukan medical check out lebih awal kerana ibunya seorang penghidap penyakita kanser payudara dan servik. Apabila dia tahu awal tentang kanser tersebut membuatkan dia sembuh lebih awal.
Setelah dia sembuh ,pelakon filem 'Samantah Who' ini tergerak untuk membantu wanita yang senasib dengannya,
Setelah dia sembuh ,pelakon filem 'Samantah Who' ini tergerak untuk membantu wanita yang senasib dengannya,
4. Cynthia Nixon
Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and the City'ini menerima pengesahan kanser payudara pada 2006. Setelah dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama 6 hingga 5 bulan dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.
Apabila sembuh dari sakit, dia lalu mendapat tawaran sebagai duta Susan G Komen, sebuah organisasi yang menyokong kajian kanser payudara.
5. Suzanne Somers
Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi perhatian ketika menerima laporan kanser payudara, sembilan tahun yang lalu.
Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan fikiran dia yang dapat menyembuhkan penyakitnya.
Monday, July 18, 2011
Nurul Syuhada akhirnya bergelar isteri kepada Pegawai Bank
Majlis akad nikah yang diadakan pada 16 Julai 2011 bermula sekitar 8:00 – 10:00 malam berlangsung dalam suasana yang penuh eksklusif.
Raja Amir Raja Azwa merupakan Pegawai bank berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul syuhada telah berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan
Majlis di The Binjai On The Park, KLCC Kuala Lumpur dengan bertemakan Morrocan, pelamin direka oleh perancang perkahwinan terkenal Khalid & Favors By Eddy.
Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.
Pihak Raja Amir menyerahkan mas kahwin berjumlah RM777 kepada Nurul Syuhada pengantin perempuan berserta wang hantaran berjumlah RM20,111.
Pihak Raja Amir menyerahkan mas kahwin berjumlah RM777 kepada Nurul Syuhada pengantin perempuan berserta wang hantaran berjumlah RM20,111.
Nurul Syuhada menggayakan busana kaftan Muslimah off-white beserta tudung yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwil.
Sunday, July 17, 2011
Keputusan Penuh Anugerah Planet Muzik (APM) 2011
- Album Terbaik: Energi (Kotak)
- Artis Lelaki Terbaik: Faizal Tahir (Adrenalin)
- Artis Wanita Terbaik: Rossa (Harmoni Jalinan Nada & Cerita)
- Lagu Terbaik: Awan Nano (Hafiz)
- Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki): Sandhy Sondoro (Bunga Mimpi)
- Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita): Amanda Imani (Selamilah Cinta)
- Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru) :Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet (Kalau Berpacaran)
- Duo/Kumpulan Terbaik: Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah (3 Suara)
- Lagu Serantau Paling Popular: Angkasa (Hady Mirza)
- Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad): Datuk Siti Nurhaliza
- Kolaborasi Terbaik: Dayang Nurfaizah & Marcell (Sayang)
- Lagu Singapura Paling Popular: Angkasa (Hady Mirza)
- Artis Singapura Paling Popular: Hady Mirza
- Lagu Terbaik Singapura: Lagu Teman (The Lion Story feat Zahidah)
- Lagu Terbaik Malaysia: Awan Nano (Hafiz)
- Lagu Terbaik Indonesia: Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)
- Anugerah Khas Planet Muzik: Melly Goeslaw
Wednesday, June 8, 2011
Angelina Jolie: Sistem pelajaran sekolah teruk
Los Angeles: Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak akan ke sekolah selama-lamanya.
Mereka beruntung bukan saja mempunyai ibu bapa paling glamor di Hollywood tetapi juga bernasib baik kerana ibu mereka tidak suka sekolah.
Aktres pemenang Oscar itu percaya sistem pelajaran begitu teruk hingga meyakinkannya bahawa anaknya lebih baik menghabiskan masa di rumah. Angelina, 35, diselar kerana membawa anaknya ke seluruh dunia dan tidak menyekolahkan mereka.
Bagaimanapun, ibu enam anak itu berkata, gaya hidup mereka itu lebih banyak memberi sumbangan pelajaran untuk anak-anaknya daripada sistem persekolahan moden.
Angelina memilih untuk menggaji guru untuk enam anaknya - Maddox, sembilan, Pax, tujuh, Zahara, enam, Shiloh, lima dan pasangan kembar Knox dan Vivienne, dua.
“Saya tidak fikir kita hidup dalam zaman yang berbeza dan sistem pelajaran tidak memenuhi keperluan anak dan gaya hidup kami,” kata bintang Kung Fu Panda 2 itu dalam satu temuramah dengan akhbar The Independent, semalam.
“Kami sering menjelajah dunia dan saya adalah orang pertama yang akan berkata: “Siapkan kerja sekolah kamu secepat mungkin dan kita akan keluar membuat penerokaan. “Daripada bermain di bilik darjah, saya lebih suka mereka pergi ke muzium, belajar bermain gitar, membaca atau memilih buku yang mereka gemar.
Temannya, Pitt, 47, berkongsi pendapat dengan kekasihnya itu mengenai kebaikan gaya hidup yang mereka amalkan. Anak mereka belajar berdasarkan sistem persekolahan Perancis, Lycee. Mereka diajar di rumah oleh pengasuh dan juga guru pakar.
Monday, May 30, 2011
Salma Juara Mentor Musim ke-5
Protege Erra Fazira ketepi cabaran Shiha, Iqa
SHAH ALAM: Protege Erra Fazira, Salmah A Asis, 21 atau Salma muncul sebagai juara musim kelima rancangan realiti Mentor sekali gus mengetepikan dua finalis lain pada konsert akhir yang dipancarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Malawati, di sini, malam semalam.
Anak jati Sabah itu membawa pulang ganjaran utama, wang tunai RM100,000 serta kereta Chevrolet Cruze selepas menewaskan protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Binti Mohd Zikir, 24 (Shiha) dan anak didik Edry Abdul Halim, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25 (Iqa).
Salma yang memberikan persembahan konsisten sejak tirai Mentor dibuka pada 6 Mac lalu mampu mendahului saingan apabila mengumpul kutipan markah sebanyak 85 mata berbanding Shiha, (67) dan Iqa, (56).
Shiha yang dilihat memberikan saingan sengit terpaksa berpuashati dengan RM30,000 dan Vespa LX150 selaku naib juara manakala Iqa menerima RM10,000. Setiap mentor juga menerima jumlah wang sama seperti anak didik masing-masing.
Pada pertandingan akhir itu, Salma mendendangkan lagu baru daripada Taja MUH, Aku Permata serta Listen dendangan asal Beyonce Knowles. Bersama gurunya, mereka menyampaikan Jendela Hati dan Jaclyn Victor sebagai pasangan duet bagi lagu Cinta & Rindu.
Shiha pula menguji vokal dengan mendendangkan lagu baru ciptaan Ajai, Bila Bertemu Mu selain Kisah Hati manakala bagi segmen duet bersama mentornya, mereka memilih Rindu disusuli paduan suara dengan Black, Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis.
Iqa pula menyampaikan lagu ciptaan mentornya sendiri berjudul Di Penghujungnya selain Ku Mohon selepas bergabung suara dengan Edry menerusi lagu Ganas manakala pilihan duet ialah bersama Faizal Tahir dengan lagu Karma. -BH
*Tahniah Salma! bulih bah kalo ko...(~_^)v
Saturday, May 21, 2011
Khairul Fahmi sudah bertunang
Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca setia FDS..
Mesti dah ramai yang kenal penjaga gol bola sepak kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara iaitu Khairul Fahmi telah bertunang dengan pilihan hatinya Elia, pada 17 Mei baru-baru ni. Elia di dalam blognya berkata, Tema Arab yang dipilihnya dalam majlis pertunangan mereka bertujuan untuk menimbulkan kelainan dalam majlis yang bersejarah itu.
Semoga ikatan pertunangan akan berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan dapat mendirikan rumah tangga yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Nak lebih lanjut jom terjah ke blog cik Elia ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)





