OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Cerita Lawak | Si Monyet & Kemalangan Jalan Raya


Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhuyung-hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

Polis : "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Polis : !!!@#$%
 

Friday, May 27, 2011

Cerita Lawak | Sperma


Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya. 

Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor itu mendapati di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada langsung air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

Lalu lelaki tua itu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna gigi di luar pun tak dapat jugak. Sungguh susah..."

Akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu. 

Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!".. Lelaki tua itu menjawab lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak... ... ... ... ..penutup botol nih... !"

Thursday, May 26, 2011

Cerita lawak | Cikgu


Kelas yang tadi bertempiaran tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu. 

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? 

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu! 

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. 

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu! 

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham? 

Murid-murid: Faham, cikgu! 

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. 

Murid-murid: (senyap) 

Cikgu: Pandai! 

Murid-murid: Bodoh! 

Cikgu: Tinggi! 

Murid-murid: Rendah! 

Cikgu: Jauh! 

Murid-murid: Dekat! 

Cikgu: Berjaya! 

Murid-murid: Usno! 

Cikgu: Salah! 

Murid-murid: Betul! 

Cikgu: Bodoh! 

Murid-murid: Pandai! 

Cikgu: Bukan! 

Murid-murid: Ya! 

Cikgu: Oh Tuhan! 

Murid-murid: Oh Hamba! 

Cikgu: Dengar ini! 

Murid-murid: Dengar itu! 

Cikgu: Diam! 

Murid-murid: Bising! 

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh! 

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai! 

Cikgu: Mati aku! 

Murid-murid: Hidup kami! 

Cikgu: Rotan baru tau! 

Murid-murid: Akar lama tak tau! 

Cikgu: Malas aku ajar kamu! 

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu! 

Cikgu: Kamu gila! 

Murid-murid: Kami siuman! 

Cikgu: Cukup! Cukup! 

Murid-murid: Kurang! Kurang! 

Cikgu: Sudah! Sudah! 

Murid-murid: Belum! Belum! 

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat? 

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai! 

Cikgu: Oh! Melawan! 

Murid-murid: Oh! Mengalah! 

Cikgu: Kurang ajar! 

Murid-murid: Cukup ajar! 

Cikgu: Habis aku! 

Murid-murid: Kekal kami! 

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! 

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula! 

Cikgu: Sudah, bodoh! 

Murid-murid: Belum, pandai! 

Cikgu: Berdiri! 

Murid-murid: Duduk! 

Cikgu: Saya kata USNO salah! 

Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul! 

Cikgu: Bangang kamu ni! 

Murid-murid: Cerdik kami tu! 

Cikgu: Rosak! 

Murid-murid: Baik! 

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! 

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu! 

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com