OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label Blogging Time. Show all posts
Showing posts with label Blogging Time. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Ku bertandang untuk seketika....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....



Fahmi di sini lama tak update blog, bukan malas tapi atas kesempitan & kesuntukan waktu yang bisa membataskan untuk kita terus bersama seperti sebelumnya. Tambahan lagi dekat-dekat nak exam ni, lappy digunakan untuk buat assignments (kononlaaa..) tapi itulah hakikatnya. Stress kerja bertimbun? study untuk final lagi? tu biasalah kan sebagai seorang pelajar...tekanan dah menjadi asam garam. (~_^)v 


InsyaAllah lepas exam nanti, dah cuti semester ku akan kembali aktif berblog, sebab ramai tanya expeseli kat fb, kenapa fahmi tak update blog lagi???...so jawapan sama yang ku berikan, insyaAllah akan kembali aktif jika ada kesempatan waktu. Sabar menanti yew, sayang kamu semua...hihi (~_^)v



So...dikesempatan ini fahmi di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, jika sepanjang ku berblog ni pernah menyakiti hati mana-mana pihak, huluran salam maaf ku pohon, ku hanya manusia biasa yang tak bisa lari dari kesilapan...
0-0 keyh...dan SALAM MERDEKA KE-54...cintailah dan hormatilah negara kita.


Sekian Wassalam...harap kita bertemu lagi...

Thursday, July 21, 2011

Members blog fahmi di sini cecah 1K..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah..tanggal 21/7 bersamaan 19 Syaaban ni follower members blog fahmi di sini sudah berada dalam lingkungan 4 angka...jutaan terima kasih kepada korang semua yang sudi jadi member blog aku ni. Jasa baik korang hanya Allah saja dapat membalasnya..teruskan bersama blog ni :)


Member bertuah ke-1000 --> cik^syera

Member bertuah ke-999 --> ~sHaR!Na~


SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI masih lagi berlangsung..
klik banner di bawah untuk lebih lanjut...


Wednesday, July 20, 2011

PENGOMEN KENCANG BLOG FAHMI DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat dan semoga segala urusan kita sentiasa dipermudahkan olehNya. So entri aku kali ni berkenaan dengan pengomen kencang yang seyesly kiut-kiut dan ganteng-ganteng gitu ya..hehe..aku ada print screenkan seperti di bawah.



Itu dia CikHaniBhulat kita yang sememangnya bulat berada di ranking pertama, jangan marah yeww...hihi..meh serang blog dia...

klik header untuk ke blog CikHaniBhulat

*Thanks kepada korang yang sudi komen blog aku yang tak seberapa ni, terus bersama fahmi di sini... (~_^)v

Sunday, June 12, 2011

Alexa Ranking: Blog FAHMI DI SINI naik 1K+ tangga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....


Kelmarin aku telah buat kajian sendiri ngan blog aku ni di alexa...yala, tak kan kita asyik nak dengar dan hanya menyaksikan tentang keberjayaan blog en.ben tu jew yang dah top 200 di Malaysia ni. Korang harus ambil setiap entrinya berkenaan alexa ranking tu sebagai satu cabaran untuk kita. Mesti kita kagum ngan dia..wow tahniah en.ben!..ayat femes la tu, tapi aku pun slalu gak cakap camtu kat dia..hehe...


Kalau en.ben boleh mengapa tidak kita?? mesti pahit getir itu pernah dilaluinya dalam dunia blog ni, bukan senang beb nak jadi senang dan cabaran itu selalunya disulami dengan halangan..bukan 'selalu' tapi memang begitulah sejak azalinya..dah namanya cabaran kan...bak kata pepatah bersakit-sakit dahulu lepas tu baru bersenang-senang kemudian...setuju??...


Ok..berbalik kepada cerita asal aku tadi...Alhamdulillah, kurang 24 jam blog aku naik 1,614 tangga..terkejut gila aku..hah? tak terkejut sebab korang pun selalu begini?? tak pa la..aku just nak kongsi kegembiraan aku ni ngan korang jew walaupun blog aku ni berada di ranking beribu-ribu lemon di Malaysia ni tapi aku bersyukur dengan peningkatan yang mendadak ni..target untuk mencapai di kedudukan yang lebih baik tetap diteruskan.


11 Jun 2011 - masa: 2.23 PM

12 Jun 2011 - masa: 8.20 AM


Alexa ranking ni sebagai catalyst untuk korang berada dalam dunia blog ni..penambah semangat gitu untuk korang terus berblogging..alexa ranking ni juga sebagai batu pengukur sejauh mana blog kamu berada di ruangan cyber ini...en. ben cakap, "Tak menang DIGI pon dah rasa berbaloi sbb ranking ni ditentukan oleh GOOGLE sendiri .. Bukan undian yer.." 
Happy blogging untuk korang semua (~_^)V


Nak tengok gambar-gambar yang join segmen aku di blog ni? klik sini..


Friday, June 10, 2011

TERIMA KASIH BEN ASHAARI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Fahmi di sini nak ucapkan ribuan terima kasih kepada en.ben kerana menjadi penyumbang trafik yang terbanyak kat blog aku ni...sapa tak kenal en.ben ni kan, femes gitu...korang tengok stats blog aku di bawah ni keyh ;)



Ranking pertama tu..thanks juga sudi masukkan link blog fahmi di sini ke dalam bloglist en.ben...

Thursday, June 9, 2011

Koleksi Header Blog Fahmi di Sini

Inilah koleksi header blog aku dari mula-mula aku buat blog hingga sekarang...

Mantan Header 1

 Mantan Header 2

 Mantan Header3

Mantan Header 4

 Mantan Header 5

berkhidmat hingga sekarang =)

Thanks kepada korang yang tetap setia ngan blog aku yang tak seberapa ni (~_^)V
jom join segmen aku ni...


Saturday, June 4, 2011

THANKS PENULIS SENJA...



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Macam biasalah pagi-pagi dah layan blog lepas seja bekfast..teh tarik tuu...emm dipendekkan cerita just want to say makasih kepada blogger penulis senja yang tengah menaik skg ni sebab review & pilih blog fahmi di sini dalam list 10 blog bertuah bulan jun ni. Terima kasih sekali lagi.

Orang bagi penghargaan ngan kita mesti ucap terima kasih kan.. =)

Ok..kalau korang nak join segmen pertama dari fahmi di sini, klik sini

Thursday, May 19, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Segmen pertama dari blog abgteror. Segmen kali ini, abgteror akan cuba mengumpulkan sebanyak mungkin blogger-blogger untuk untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist'nya mengikut negeri masing-masing.

nak join klik banner di atas

Hanya perlu menjawab empat (4) soalan di bawah :
  1. Dimana anda dilahirkan? --> Hospital Beaufort, Sabah
  2. Dimana anda dibesarkan? --> Weston, Beaufort, Sabah
  3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror. --> Sabah Negeri di Bawah Bayu..I luv sabah!
  4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut. --> of course lah sebab aku anak jati Sabah (^_^)/ ...di sininya kepulauan borneo berada yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati & i'm proud to be sabahan =)

Wednesday, May 11, 2011

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru


Assalamualaikum & selamat malam semua..malam ni sempat lagi join segmen dari bro aried untuk blogger-blogger baru. Kira aku ni blogger baru la kan....^_^
nak join??...klik banner di atas 

Tujuan Segmen Khas ar-rifke.com untuk:
1) Berkenalan dengan blogger baru.
2
) Merapatkan diri dengan blogger baru.
3) Memudahkan kita sesama blogger berkenalan antara satu sama lain iaitu sama ada sesama kita mahupun dengan rakan-rakan bloggers yang lain.

Okay di bawah ni beberapa soalan yang mesti dijawab:
Berapa lama dah blogging?
Sejak 21 Januari 2011 (3 bulan 20 hari)

Kenapa suka blogging?
Mau cabar diri sendiri untuk berkarya melalui hasil buah pemikiran sendiri...selain itu, kita dapat genk yang ramai di alam maya dan kita boleh berkongsi apa sahaja melalui blog ni.

Blog kamu mengenai apa?
First nak tulis pasal diari, tapi dah buat transformasi dari blog yang ber'genre'kan diari ke blog ber'genre'kan perihal benda sekeliling dan apa yang berlaku pada masa sekarang. 

Harapan dalam dunia blogging
Setiap blogger mesti nak blog dorang tu dikenali ramai kan?..begitulah juga aku, walaupun masih baru dalam dunia blogging ni, aku harap segala perkongsian info yang aku shared dapat mengeratkan lagi hubungan antara blogger dengan blogger yang lain.

Thursday, April 7, 2011

cONtEsT.....{ cAbUtAN bERtUAH uNTuk SeMuA mEMBe2 pRiNCe..}

Join contest dari mr.prince...semalam joined segmen dari dia juga
nak join contest ni??..klik sini


tagged my pren: fadzil, cik blogger, zahara


mod menaip: so tired...baru lepas habis study...esok ada test & kuiz..wish me luck =)

Wednesday, April 6, 2011

[ SEGMEN ] Prince Nak Promote Header Saya Yang Cantik Dan Hensem




Assalamualaikum....
selamat malam semua...hurm dah pagi rupanya..
buka jar belog & tgk kat bloglist, hackerz91 buat segmen...
prince nak promote header yang cantik & hensem tauuu...
apa lg..terus join lar
aq memang rajin ikut segmen2 ni...hehehe...

 nak join??? klik sini
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
my header....


 soalan yang wajib dijawab dalam segmen ni..

sebab apa prince patut promote header aku yang tak seberapa ni?
---nak blogger2 di luar sana tau tentang kewujudan belog aku ni..
---dorang boleh search belog aku melalui url yang terpampang kat header aku ni..
---i like my header sebab gambar aku kat header tu..photoshoot kat rumah..hehe
---dan of course lar header aku ni lain dari yang lain..cehhh perasan..hehe

masuk kategori mana..lelaki/perempuan?
---opkos lar lelaki...


mod menaip: ngantuk..ok..smt mlm & smt pagi..daaa =)

Saturday, March 19, 2011

cool wif sunglass

Cermin hikmat cermin terkini,
Keluaran dari insan ternama,
Kalau korang nak join giveaway ni,
Klik kat sini belog pinky momma...

haha...hancus punya pantun...hihi...meh ramai2 join GA ni..
cam besa blogger yang buat GA/contest/segmen akan suh kita lekatkan banner dorang kat entri kita...
mcm pic kat bawah ni..comel kan..sis ni aku panggil "my sis belog"..haha pandai2 ja aku bagi nama tu...jummm join.."jangan di kasi lama" (sabah slank)..hihi =)
tarikh tutup malam ni jam 23:59...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taraaa....
it's me okay...hehehe...bla..bla..bla...

tagged geng aku:

Saya Join Bloglist Yuyu Zulaikha


Assalamualaikum...semakin rancak pulak kan aku ikut segmen2 yang dibuat oleh blogger2 femes..ari tu abg BA, lepas tu sis nisa menaip dan sekarang ni pulak buat julung2 kalinya ikut pula segmen sis yuyu zulaikha yang ayu ni..hihi..just have fun with them in this blogging world =)

Korang nak join kew?? hurmm klik kat sini
limted edition tau...siapa cepat dia yang dapat...hehe..

Friday, March 18, 2011

RANDOM GIVEAWAY PART 2 by Nisa Menaip



Wah for the first time join giveaway dari sis nisa ni..ala2 contest juga lah kan sis??..hihi..tertunggu-tunggu juga aku dibuatnya kalau ada sebarang segmen@contest & sewaktu dengannya yang dibuat oleh sis manis kita ni..sebab tu aku bloglist kan blog sis nisa ni kat blog aku supaya dapat new update kalau ada entri baru..bukan tu saja, i like her style kalau kat depan DSLR, macam modeling...btw i loike her blog.


korang nak join...meh lah kita join ramai2...klik jew kat sini okay...keep it up =)

Tuesday, March 15, 2011

Thank you so much to my followers!



Alhamdulillah follower aku akhirnya mencecah 5 3 angka..3 angka ja pun..huhu..tp aku gumbira sangat kerana korang semua sudi follow belog aku yang tak seberapa ni..by the way, tahniah kepada follower belog aku yang ke-100, iaitu Maha Mahu juga kepada semua followers yang lain. Tanpa kamu apalah ertinya belog aku ni. Terus bersama belog aku ni keyh...insyaAllah, selagi jantung masih berdegup, badan boleh bergerak, otak waras berfikir, tangan bisa menaip, aku akan terus berkongsi cerita tentang apa saja yang terbaik untuk kita kongsi bersama.


Mari ramai2 kita terjah follower aku yang ke-1000 ni...

Maha Mahu...nice name

tak kurang hebatnya dia ni mempunyai ramai follower...
best tauu belog dia ni..macam2 ada =)

Sunday, March 13, 2011

Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing

[info]


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...sebelum 'monday blue' menjelama ni nak release tension sikit buka blog, tup2 ternampak pula bloglist followers aku ni dorang buat entri 'jom jenjalan dengan jejariruncing..sebelum ni memang aku dah penah dengar blogger jejariruncing ni, dengan follower'nya yang ramai serta pageview'nya yang sekelip mata meningkat. Cayalah sis...

Kenapa aku suka baca blog jejariruncing ni adalah disebabkan entri-entrinya yang sesuai dibaca oleh segenap lapisan umur. But most popular entry for me in her blog is fashion because it seems as medium to girls get the new fashion to them. Kira up to date lar..

My name is Muhammad Khairul Fahmi. U all nak tau dari mana aku dapat tau blog jejariruncing ni??..hurmm time tuh aku mau try search my blog dari homepage google, muhammad khairul fahmi..sekali aku taip nama aku tuh dengan hasrat sekiranya ada pautan blog aku yang dipaparkan, namun hasil pencarian yang banyak kuar ialah, Khairul Fahmi, Khairul Fahmi, Khairul Fahmi....aku taip lagi khairul fahmi, saja jar nak try apa yang kuar lagi selepas tu...hohoho...kat sana ada pulak kuar 'khairul fahmi sudah berpunya'..search lagi...macam spy pulak aku time tuh...terlari niat..kekek....tup2 jumpalah blog jejariruncing empunya c khairul fahmi goal keeper tersohor kat Malaysia ni..hehehe..apa lagi aku terusss follow....

Hurm sis elia, sebenarnya aku tak ada idea lah nak cadangkan untuk blog sis tu, coz has been completed...cuma aku nak sis buat lagi contest soon...hihi..itu saja.\


Soalan?? emm...agaknya bila sis elia nak naik pelamin?

Saturday, February 26, 2011

Ku sangka ke-1000 rupanya ke-1001

First, aku nak terjah ja blog bro meuz ni, tup tup...tengok followers dia dah mencecah 999 followers, takut juga aku dibuatnya ngan line kecemasan ni..hihik.. tanpa membuang masa, aku terus follow blog bro meuz ni, pastu aku macam terdengar bunyi bunga api kat luar hostel ni, tanda kemenangan ku menjadi followers ke-1000..ohh tidak! jangkaan ku meleset, rupanya aku menjadi followers ke-1001..hahahaha...mungkin aku terlambat brapa saat ja untuk tekan button done dari followers ke-1000 tu..huhu..tapi tak apalah..bagi aku blog en.meuz (aik tiba2 tukar title) ni dah melonjak naik..aku suka tengok arrangement setiap kolum blog en. gulai tempoyak kita ni..hihi..nice, cool & remaja...penuh ilmiah =) go on bro...


hurm..tapi smart apa jadi rakan subahat ke-1001 ni kan?..hehehe...


updated : 11.55PM

penghargaan buat diriku..walaupun pilihan bro meuz iaitu follower ke-999&1000
dia tetap bagi link blog aku kat entrinya...makacihh...


[klik di sini]

Tuesday, February 22, 2011

Yeahh..blog aku tersenarai lagi...

Lepas ja habis kuliah, terus beli makanan kat cafe..lepas tu datang kat bilik buka my beloved lappy...macam biasalah buka blog then tengok segmen@contest bloglist bergambar yang aku ikut semalam tu kat blog bro meuz dan sis falia, tup..tup..sekali lagi blog aku disenaraikan dalam bloglist blogger femes si macho & si kiut iaitu gulai tempoyak ikan patin dan falia shazana...hehehe...
kat blog bro meuz
kat blog sis falia

Exchange link dan gambar

Haaa ni lagi 1 segmen@contest dari blog bro meuz gulai tempoyak ikan patin yang aku baru join..wassup bro..hehehe..nak join?? korang klik ja banner kat bawah ni untuk terma & syarat..cehhhh...hehe

dum da dum da dum da dum da.....
photoshoot kat umah..ngeee~~

Monday, February 21, 2011

Saya Join Bloglist Falia Shazana

Best pula ikut segmen2 begini dalam dunia blog ni, kali ni join bloglist bergambar pula ngan sis cute kita ni...manis senyumannya..hihi...jom korang ramai2 kita join segmen ni untuk kebaikan kita bersama juga. Korang klik di sini untuk maklumat lanjut.
Klik banner di atas untuk terjah blog sis kita ni...


Nah, ni gambar aku..hihi..
amacam??? ngeee~~


MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com