OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Icon Facebook yang tak pernah ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kat bawah ne salah satu icon facebook yang tak pernah wujud dan hanya rekaan semata-mata.








kat bawah ni memang wujud...hihi
sumber:isuhangat.net

Wednesday, June 15, 2011

Pengguna Britain dan AS mula tinggalkan Facebook


Di London, pengguna Facebook dikatakan mula meninggalkan laman rangkaian sosial popular itu, lapor satu laporan, semalam.

Pengguna di Britain dan Amerika semakin kurang menggunakan laman itu manakala khidmat laman sesawang lain seperti Twitter dan LinkedIn makin popular. Bulan lalu, 100,000 rakyat Britain meluputkan akaun Facebook mereka. Namun, laman itu masih berkembang secara global dan mempunyai kira-kira 600 juta pengguna.
Pakar mendakwa ia akan bernilai RM300 bilion dalam tempoh beberapa bulan dan dijangka memasuki pasaran saham AS awal tahun depan.

Saturday, June 11, 2011

Punca akaun facebook dapat di hack

1. Kecuaian Pengguna

Inilah penyebab utama akaun Facebook dihack dan diakui di seluruh dunia. Apakah anda menyimpan dengan baik password Facebook anda? Apakah anda mengikuti saranan dari Facebook untuk mengkombinasikan huruf kecil dengan angka dan huruf besar? Apakah anda membuka link atau pautan halaman dari teman anda yang bahkan tidak tahu asal usul link tersebut? Apakah anda mengikuti kuiz yang ratingnya rendah atau malah tidak ada? Peluang untuk menghack akaun Facebook ada dimana-mana dan kesalahan pengguna itu sendirilah yang membuat akaun Facebook dengan mudah sahaja dihack.

2. Link web Bervirus

Maksudnya jika anda melihat teman anda meletakkan link sebuah web, jangan terus diklik! Boleh jadi itu adalah link bervirus yang disembunyikan melalui Shorter URL atau pemendek URL. Juga kemungkinan ada button “Like” bervirus pada web-web tertentu. Sebaiknya anda hanya mengklik link dan button Like dari web yang rasmi dan dipercayai. Lebih baik lagi jika anda menginstall Norton Internet Security atau AVG atau Avast kerana antivirus-antivirus ini memiliki ciri-ciri Web Scanner yang akan mengamati apakah link itu bervirus atau tidak.

3. Aplikasi Menyesatkan

Jangan terpancing dengan kuiz-kuiz Facebook yang isinya lucu tapi rating-nya rendah atau bahkan tidak ada. Jangan pula terpancing dengan Facebook Apps seperti “Ubah Tampilan Facebookmu dalam Seminit!” atau “Siapa yang membuka profail kamu?” atau “Who’s your no.1 Fan?”. Ingat, ketika kita hendak mengikuti kuiz atau Apps tersebut selalu ada peringatan dari Facebook yang mengatakan bahawa kuiz atau Apps ini akan mengambil informasi seperti profail, rakan, tarikh lahir, album gambar dan semuanya yang berhubungan kita akan dapat dibuka oleh aplikasi ini. Dari sinilah kracker dapat mencuri segudang informasi dari profail kita dan pada beberapa keadaan juga akan mencuri data akaun kita.

4. Keylogger
Keylogger adalah peranti yang dapat merakam petikan keyboard kita. Keylogger boleh berupa software ataupun hardware. Kalau berupa hardware, boleh dikesan dengan mudah. Lihat saja ke lubang keyboard di belakang PC, kalau ada sesuatu yang ‘terbonjol’ atau bentuknya aneh, maka itulah Keylogger berbentuk Hardware.

Kalau software, ini sukar apalagi kalau di cyber cafe yang tidak dipasang antivirus. Namun boleh anda boleh menggunakan Virtual Keyboard. Caranya klik START, All Programs, Accesories dan cari Virtual Keyboard di sana.

Keylogger boleh juga masuk dengan sendirinya kalau kita sembarangan mengklik iklan di internet. Oleh itu selalu hati-hati dan waspada dengan web-web yang anda kunjungi.

5. “Remember Password”
Ini adalah ciri-ciri yang selalu ada di setiap browser. Tujuannya baik, supaya pengguna tidak perlu susah-susah menaip password di web yang dituju. Tapi jangan pernah lakukan ini di cyber cafe ataupun di area hotspot!

Jika ciri-ciri ini diaktifkan di tempat-tempat awam maka dari sinilah peluang untuk menghack akaun Facebook. Untuk mematikannya, sebagai contoh di Firefox klik Tools, kemudian Options. Pilih Security kemudian hilangkan tanda check di “Remember Password For This Site” dan klik OK.

6. Cookies

Cookies adalah ‘jejak-jejak’ pelayaran pengguna di internet. Di Cookies ini juga tersimpan data-data sensitif seperti data log in web.

Hapuskanlah selalu Cookies ini setiap kali selesai menggunakan internet, sebagai contoh di Firefox klik Tools kemudian klik Clear Recent History. Pilih Everything di sudut kanan atas dan check semua kotak, kemudian klik OK.

Atau anda boleh juga mengaktifkan ciri-ciri Private Browsing dengan menekan button Ctrl + Shift + P. Private browsing ini sangat tepat dilakukan di area hostpot kerana area hotspot adalah ‘ladang’ bagi para kracker untuk mencuri data-data kita. 
Sumber:isuhangat

Monday, May 23, 2011

Facebook disaman kerana Intifada

Photobucket


Lihat betapa risaunya Israel jika umat Islam bersatu menentang mereka.

CEO Facebook Mark Zuckerberg dituntut saman lebih dari US$1 Billion ke atas page facebook melawan Israel bernama ‘Third Intifada’.

Bulan lepas, Facebook menutup page ‘Third Intifada‘ yang memiliki 500,000 penggemar. Facebook dikatakan ‘lalai’ kerana tidak segera menyahut bantahan untuk menghapuskan page tersebut.

Sebelum itu, menjadi isu hangat di Israel dan Barat meminta agar Facebook melarang ‘mengizinkan halaman Facebook ‘Third Palestinian Intifada’ dan page serupa yang menyokong kekerasan dan kematian Yahudi’.

Saman itu diajukan kepada pengadilan tinggi oleh Larry Klayman yang merupakan ‘Warga Amerika yang berasal dari Yahudi’. Seperti dikuti TechCrunch, lelaki ini ‘aktif melihat masalah keamanan Israel’.

Facebook menolak kes ini kerana jaring sosial ini menganggapnya ‘tidak berasas’. “Kami yakin kes ini tidak berasas dan kami melawannya,” kata jurucakap Facebook.

Facebook menutup halaman itu, setelah Menteri Diplomasi Awam Yuli Edelstein mengirimkan surat pada Zuckerberg yang mendesaknya untuk menghapus halaman itu.

Facebook mengatakan, page itu awalnya boleh ditoleransi kerana dikenali sebagai “panggilan protes damai’ namun seruan jihad kemudiannya muncul.

*sesungguhnya umat Islam yang bersatu padu akan lebih digeruni oleh musuh. 


Saturday, May 21, 2011

Status facebook dengan 'like' terbanyak di dunia

Berikut merupakan pemilik status fb yang mempunyai status fb dengan like terbanyak di dunia.



Dia adalah seorang rapper Lil Wayne yang telah berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan Likes terbanyak di dunia dalam masa 24 jam dan juara kedua dimiliki Oreo.





*Rekod peribadi yang pernah aku dapat pun hanya 30-39 likes..ni kan pula yang b'lemon-lemon like ^_^


Saturday, January 22, 2011

Facebook akan berakhir pada 15 Mac???


Berita yang disebarkan oleh WeeklyWorldNews.com, sebuah website tabloid yang mengatakan facebook akan ditutup pada 15 Mac menjadi isu hangat di kalangan facebooker dan laman twitter di luar negara.
Mark Zuckerberg dilaporkan bahawa Facebook akan di “shut down” pada 15 Mac kerana dia dah terlalu stress menjalankan operasi Facebook.
Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.
Berikut adalah snipet dari artikel di WeeklyWorldNews.com
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Namun begitu berita hangat Facebook akan shut down pada 15 Mac tersebut hanyalah hoax seperti dinyatakan di website hoax yang dipercayai iaitu hoax-slayer.com.
Portal weeklyworldnes.com, saya katakan website tabloid yang sukakan publisiti sebab kalau dilihat artikel-artikel nya yang ‘hot’ lain seperti Alien spaceships to attack earth in 2011 danMegan Fox is a man .
Apa pun kita nantikan lah sama-sama ya, kalau difikirkan logik pun takkan Mark Zuckerberg akan mengakhiri kegemilangan laman sosial yang dia bangunkan secara susah payah tersebut dan baru meletup tu berakhir begitu sahaja..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com