OUR ADVERTISEMENT

Showing posts with label Hangat. Show all posts
Showing posts with label Hangat. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Cubaan Terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara putus cinta?


“Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun.

“Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan.



Thursday, November 17, 2011

Jambatan Dalam Air dibina Inspirasi Dari Kisah Nabi Musa


Lazimnya jambatan dibina di atas permukaan air bagi membolehkan pengguna melintasi sungai, parit, tasik dan sebagainya untuk ke seberang.

Lain pula ceritanya di Belanda, disifatkan sebagai sebuah "jambatan halimunan", jambatan yang dibina berinspirasikan kisah Nabi Musa membelah lautan itu dibina di bawah permukaan air.

Jurucakap pereka jambatan unik itu, Ad Kils berkata, konsep halimunan ini dapat menghalang musuh daripada melihat kita melintasi air dan konsep ini boleh dipraktikkan di dalam sistem pertahanan.




Seorang budak lelaki kelihatan seolah-olah tenggelam di dalam air ketika melalui jambatan tersebut.

Ditanya bagaimana jika air melimpah masuk ke dalam ruangan jambatan, Ad Kils menjawab, "anda tak perlu bimbang, kerana ia hanya risiko yang kecil".


kredit: freemalays.blogspot

Wednesday, November 16, 2011

Kerbau jadi haiwan kesayangan dibela di dalam rumah


Seekor kerbau sepanjang 8 kaki dan tinggi 6 kaki yang diberi nama Bailey Junior bagaikan selebriti di sekitar pekan Spruce Grove di Alberta Kanada.

Haiwan seberat 1,820 pound (826 kg) itu barangkali merupakan haiwan terbesar di dunia yang pernah menjadi haiwan kesayangan manusia. Malah ia turut dibela di dalam rumah.


Jim dan Linda Sautner mula memelihara Bailey sejak ia kehilangan ibunya. Kerbau berwarna hitam itu diberikan susu botol sedari kecil lagi dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.


Kini kerbau berusia 3 tahun itu turut dibawa bersiar-siar ke seluruh pekan dan bandar bertemu dengan rakan-rakan Jim, malah turut dibawa ke bar untuk minum beer bersama tuannya.

Jim turut mengubahsuai keretanya bagi membolehkan kerbau kesayangan keluarganya itu dibawa bersiar-siar dengan kereta. Keretanya diubahsuai agar mampu menampung ruang dan berat Bailey.


Check it out!




sumber: freemalays

Tuesday, November 15, 2011

Teh termahal di dunia dibuat daripada tahi beruang panda

Biasa kita dengar tentang kopi "tahi musang" yang begitu mahal harganya. Namun berbeza kali ini apabila seorang lelaki di China cuba memecahkan rekod harga teh termahal di dunia yang diperbuat dari tahi Beruang Panda.

Pensyarah salah sebuah kolej itu, An Yanshi telah mengumpulkan lima tan tinja Beruang Panda untuk mencipta sejenis teh yang baru.

Dia yakin bahawa tinja tersebut yang memiliki aroma unik mampu membuatkan teh ciptaannya nanti menjadi kegemaran kepada mereka yang bercita rasa tinggi dan membolehkan ia dijual sehingga £50,000 (RM252,432) sekilogram.




Yanshi menjelaskan "Beruang Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang cekap dan ia hanya menyerap sekitar 30 peratus sebarang zat makanan yang dimakan. Ini bermakna, tinja haiwan ini kaya dengan serat dan nutrient"

"Ia memiliki aroma yang matang, kepedasan serta tersendiri semasa melalui proses penapaian."

Yanshi yang mengumpulkan tahi beruang menggunakan lori dari pusat ternakan Panda gergasi di Chengdu, daerah Sinchuan Selatan China mensasarkan untuk memegang Guinness World Record sebaik sahaja pusingan pertama tehnya sedia untuk dijual.

Kopi paling mahal di dunia setakat ini dibuat daripada bijian kopi yang dimakan, disepara cernakan serta dikeluarkan semula oleh sejenis musang Indonesia.

Kopi Luwak, atau "Civet Coffee" dijual sehingga £100 (RM504.80) untuk setiap 0.45kg di United Kingdom

sumber: freemalays

Kucing Tersangkut 3 Hari, 20 Kaki di Puncak Pokok Kaktus



Alaa...ciannya...


Beberapa orang penduduk bimbang dengan nasib seekor kucing yang tersangkut di puncak sebatang pokok kaktus setinggi 20 kaki sejak lebih tiga hari.


Kejadian yang berlaku di Salt River, Arizona itu menyaksikan penduduk beberapa hari mencari jalan untuk menurunkan kucing tersebut.


Menurut salah seorang penduduk, JD Robbins "kucing itu barangkali telah dikejar oleh anjing hutan. Walaupun tersangkut begitu lama, ia tetap kelihatan tenang"


Dilaporkan bahawa kucing malang tersebut sudah tersangkut di puncak pohon kaktus tersebut sejak tiga hari tanpa makan dan minum di bawah panas terik matahari di kawasan gurun tersebut.

Segelintir pakar menyatakan bahawa adalah lebih berbahaya untuk menyelamatkan kucing tersebut - manakala pihak bomba pula menasihatkan tidak perlu, kerana ia akhirnya pasti akan turun sendiri.

Dakwaan tersebut tenyata benar apabila kucing tersebut akhirnya memberanikan diri untuk turun sendiri tanpa sebarang bantuan manusia sambil gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar Fox9 TV.

Check it out video di bawah.


sumber: freemalays.blogspot


Tuesday, November 8, 2011

K-Pop Versi Indonesia

Malaysia dipanggil negara copy paste oleh negara yang duk sebelah tuuu..so yang ne?? malas nak komen apa2...korang nilai la sendiri yeww...check it out!... (^_^)v







Wednesday, November 2, 2011

Suamiku Songsang

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

sumber:HarianMetro

Sunday, July 24, 2011

Otak penipu sebenar - illusi optik


Salah satu fakta yang membuktikan bahawa otak andalah yang melihat dunia ini! Mata sekadar menjadi organ untuk mengesan cahaya dan menghantar isyarat elektrik di dalam bentuk 'impulse' ke otak, namun otak anda yang menentukan apakah rupa dunia ini mengikut persepsi otak. Sebuah gambar yang sama memberikan dua anggapan yang berbeza mengikut tafsiran otak - illusi optik

Mungkin kita biasa mendengar ungkapan "mata anda menipu anda". Namun otak lah penipu sebenar.
sumber


15 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan

KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.

Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.

Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.

“Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.

“Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.

“Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.

“Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.

“Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.

“Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.

“Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.

“Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.

Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.

“Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.

“Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.

Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.

“Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya.
sumber: hmetro

Makhluk ganjil ditangkap di China


BEIJING - Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi

-kosmo

Saturday, July 23, 2011

Menyelam dekat mulut ikan yu gergasi


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang penyelam bertindak berani dengan menyelam dekat mulut seekor ikan yu gergasi di luar perairan Isla Mujeres, di Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej penyelam itu dirakamkan oleh seorang jurugambar, Mauricio Handler.

Handler menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk merakamkan gambar yang menakjubkan di dasar laut.

Ikan yu gergasi mempunyai mulut selebar 1.5 meter dan 350 barisan gigi.

Panjang haiwan itu boleh mencecah lebih 12.65 meter manakala beratnya lebih 21.5 tan.

Namun, ia tidak berbahaya kepada manusia. - Agensi

-kosmo

Anak David Beckham tinggal di rumah mewah


Los Angeles - Kebanyakan bayi lain melihat dunia dengan sekadar tinggal di atas katil bayi sahaja tetapi anak perempuan pasangan bintang bola sepak, David Beckham yang baru dilahirkan isterinya, Victoria nampaknya memiliki kelebihan tersendiri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Anak keempat Beckham yang bernama Harper Seven itu kini tinggal di sebuah rumah mewah yang disewa oleh ibu bapa mereka di Malibu.

Rumah itu milik pemenang anugerah Oscar iaitu pengarah filem, Steven Spielberg.

Anak Beckham itu dilahirkan Victoria yang merupakan bekas penyanyi Spice Girls pada 10 Julai lalu menerusi pembedahan di sebuah hospital di sini.

Pasangan itu mendiami sementara di kediaman itu yang disewa dengan harga A$150,000 (RM439,050) sebulan.

Mereka dilaporkan menyewa rumah agam Spielberg sehingga mereka dapat mencari kediaman sendiri di sini.

Kediaman mewah milik pengarah filem Schindler List itu dilengkapi tujuh bilik tidur, 10 bilik air, sebuah bilik tayangan, sebuah kolam mandi dan halaman yang luas.

Beckham yang merupakan bintang bola sepak England kini bermain untuk kelab LA Galaxy di sini.

Sebelum ini Beckham mempunyai tiga anak lelakinya yang bernama Brooklyn, 12, Romeo, 8, dan Cruz, 6. - Agensi
-kosmo

Wow..Game Angry Birds akan segera difilemkan


“Orang sangat kenal dengan karakter burung kecil berukuran 6 inci ini ketika mereka memainkannya dan itu menjadikan hubungan yang emosional. Ini adalah hal yang sangat luas yang belum pernah saya lihat sebelumnya dan ianya sangat menarik dan akan membawanya ke Hollywood,” katanya. (Rovio)

Rovio, pencipta aplikasi permainan Angry Birds makin agresif. Setelah melontarkan burung-burungnya yang marah ke kedai mainan, Rovio kini mensasarkan ke panggung wayang. Ya, Angry Birds, permainan terpopular ini akan diangkat ke layar lebar.



Demi mewujudkan rancangan itu, Rovio sudah memberitahu David Maisel sebagai produser dan perunding projek ini. Maisel adalah bekas pegawai Marvel Studios yang berjaya mengangkat Iron Man dan The Incredible Hulk ke layar lebar.

"Suara-suara di luar soal filem Angry Birds kini menjadi kenyataan," kata Maisel. Menurutnya, proses pembuatan filem Angry Birds ini sudah berjalan.

Pada masa ini, aplikasi permainan Angry Birds telah dimuat turun lebih dari 250 juta kali sejak dilancarkan pada 2009. Tahun lalu, Angry Birds menjadi aplikasi terpopular yang dijual di iTunes, kedai milik Apple. Angry Birds sekarang juga sudah boleh didapati di PC melalui Google Chrome.


CEO Mikael Hed sangat gembira dan teruja berkenaan kerjasama ini. Dia tidak sabar menunggu proses pembuatan filem ini selesai. Namun, Hed mengakui Maisel bukan pilihan pertama. Dia berharap George Lucas yang memimpin projek ini. "kerana Lucas tak boleh, David orang yang terbaik untuk bekerjasama ketika ini," ujarnya.

Rovio juga terus melebarkan sayap bisnesnya. Mereka tertarik masuk ke bisnes animasi dan ingin membuat filem pendek. Cita-cita mereka ingin seperti Pixar studio yang sukses membuat Toy Story, Cars dan Up.

Friday, July 22, 2011

Gadis ini mempunyai saluran getah dari otak ke perut


Seorang gadis berusia 17 tahun nyaris buta akibat tekanan berlebihan di kepalanya. Penglihatannya diselamatkan setelah doktor membuat saluran di kepala, yang mengalirkan cairan otak terus ke perutnya.

Melissa Peacock, gadis asal Bradford Inggeris ini mengalami keadaan langka yang dikenali intracranial hypertension. Tekanan tinggi akibat kelebihan cairan otak itu memberi impak pada salah satu saraf mata.

Keadaan itu awalnya diketahui dari penglihatannya yang mulai kabur di usia 9 tahun. Selanjutnya dia mengeluh asyik pening dan sakit kepala, sehingga ibunya, Carolynne membawanya ke doktor untuk membuat rawatan.

Mendapati tekanan yang tinggi di otak, doktor sempat mengatakan Melissa menderita tumor mematikan di otak. Namun setelah hasil scan keluar, bukan jaringan tumor yang didapati di kepalanya tetapi kelebihan cairan otak.

Keadaan itu kemudian diatasi dengan prosedur standard iaitu menyedut cairan dari dalam kepala. Sayangnya, tidak lama setelah disedut cairan itu muncul lagi sehingga penyedutan harus dilakukan sehingga 8 kali.

Tak sanggup melihat Melissa yang kesakitan setiap kali cairan kepalanya disedut, doktor berfikir untuk melakukan prosedur yang sifatnya permanent. Doktor akan memasangkan saluran getah penghubung untuk mengalirkan cairan itu ke perut.

Salah satu hujung saluran itu ditanam di otak, manakala hujung yang lain berada di bahagian sisi Melissa. Dengan adanya saluran yang dipasang menyusuri tulang belakang itu, lebihan cairan di kepala dapat dialirkan ke perut untuk dicerna.

"Rakan-rakan saya merasa aneh mendengar saya mencerna cairan otakku sendiri. Tapi saya tidak peduli, disebabkan kualiti hidup saya semakin baik sejak ada alat itu di kepala saya," kata Melissa seperti dilaporkan Dailymail.

Kini remaja yang mempelajari fotografi itu boleh menjalani hidupnya secara normal seperti pelajar yang lain. Gangguan penglihatan dan sakit kepala yang dulu dialaminya, kini tinggal kenangan hasil idea cemerlang para doktor yang menanganinya.


Kuasa make up mengubah rupa lelaki kepada...

Korang boleh tengok sendiri bagaimana make up boleh mengubah rupa seseorang...model versi lelaki tu..nak jadi transformer yang ayu..haha..



















MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com