OUR ADVERTISEMENT

Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDILADHA 1432H / 2011M

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat..




Di kesempatan ini fahmi di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada warga blog dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia...mesti skang ne baik di kampung mahupun di bandar upacara penyembelihan kerbau, sapi atau kambing sedang rancak dijalankan..kan?...semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya.

Tidak lupa kepada jemaah haji yang sedang mengerjakan rukun Islam kelima pada ketika ini semoga mendapat haji yang mabrur.

Dalam kita menikmati pelbagai juadah di hari raya ne jangan lupa pada yang tiada keyh...doakan untuk mereka semoga tenang di sana. Apa-apa pun kemeriahan hari raya aidiladha ne sambutlah dengan penuh kesyukuran dan sedikit pengorbanan untuk kita berjimat cermat..wahh cam pesanan dalam tv pulak kan..hehe...no bazir-bazir keyh...ne pesanan tuk diri sendiri juga dan untuk korang semua.

Pa2 pun..semoga Allah sentiasa memberikan laluan yang mudah dalam kita mengejar kebahagian dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. ;)


Salam Ikhlas daripada Muhammad Khairul Fahmi Musa.



Friday, November 4, 2011

Al-Quran Menjawab Keluhan Manusia



Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh...salam jumaat penghulu segala hari diharap sahabat handai sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya dan insyaAllah kita tidak tergolong daripada orang yang sering mengeluh dengan ujian, cabaran & seumpamanya dalam kita meneruskan kekhalifahan di muka bumi Allah ini.

Tatkala berdepan dengan ujianNya timbul beberapa keluhan atau persoalan yang sering melanda dalam fikiran kita. Sama ada melafazkannya secara lisan atau keluhan di dalam hati. Walaubagaimanapun Al-Quran dapat merungkai semua persoalan (keluhan) yang sering kita hadapi. Sesuailah dengan sifat Al-Quran yang memberi petunjuk dan jalan yang lurus.


Manusia bertanya: Mengapa aku diuji?


Al-Quran menjawab :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)


Manusia bertanya: Mengapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?


Al-Quran menjawab :
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)

Manusia bertanya: Mengapa aku diberi ujian seberat ini?


Al-Quran menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)


Manusia bertanya: Bolehkah aku kecewa?
Al-Quran menjawab :


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)

Manusia bertanya: Bolehkah aku berputus asa?


Al-Quran menjawab :
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)


Manusia bertanya: Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?


Al-Quran menjawab :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)


Manusia bertanya: Bagaimana untuk menguatkan hatiku?


Al-Quran menjawab :
“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)



Manusia bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?


Al-Quran menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)



u/p: entri ni aku pernah terbitkan sebelum ni..sebagai konklusinya untuk renungan kita bersama :)

Thursday, November 3, 2011

Puisi Indah Filem Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Tik tok tik tok...fahmi di sini tak tau nak buat entri pasal apa petang ni, sampai usha2 you tube entah ceta apa yang aku tengok aku pun tau yang penting hepi2...jumpa pulak video pendek menarik yang disunting dari filem yang penuh pengajaran iaitu Ketika Cinta Bertasbih dan kini mendapat tempat untuk dijadikan entri pada petang ni. Check it out!..layanzz...





Cinta...cinta..cinta...apa itu cinta????

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta...

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika ku datangi,
Aku jadi malu pada keterangan ku sendiri...

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...

Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta...

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...


*Setiap baris ayat diungkapkan begitu mendalam maksudnya dan sesungguhnya cinta itu akan lebih indah kerana Allah...


Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #8 | Heart Beats!





Suamiku Songsang

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.

“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

sumber:HarianMetro

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com