OUR ADVERTISEMENT

Friday, March 11, 2011

Santapan Jumaat: Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Waheeda, Ezlynn & Ella di bawah 1 lagu

Santai dihari Jumaat penghulu segala hari ni...meh layan nasyid ni, bestt..artis2 yang mendendangkannya pun gempak2...


MOHON PADANYA SUJUD PADANYA

Duhai insan yang mulia
Ingatlah kepada-Nya
Yang telah memberimu
Nikmat di dunia

Apakah engkau sedar
Pemberian-Nya itu
Penuh mengandung makna
Tidak terkira

Andainya kau mengerti
Bersyukurlah kau sayang
Kerana hidup ini sekelip mata
Berubahlah semuanya seperti kehendak-Nya
Cuma amalan soleh
Melindungimu

Chorus:
Ingatlah rakan ingatlah sayang
Kudratnya Tuhan
Maha Segala
Sucikanlah jiwamu dengan amal & taqwa
Tanpa rasa curiga
Kepada-Nya jua

(2x)
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Mohonlah kepada-Nya
Sujud Pada-Nya

Tuesday, March 8, 2011

Hadiah 'terindah' sempena hari jadiku

Hai obat hai obat mari beli obat
kalau lambat2 tak dapat
hai obat hai obat mari beli obat
kalau salah obat melompat

Obatlah ini buat akar kayu
jika salah sapu badan licin tumbuh bulu
obat angin merdu angin kuskus mata kelabu
mari beli obat ini....gerenti puas hati

Siap nyanyi2 lagi dalam hati time ambil hadiah ubat ni kat kaunter pengambilan ubat..huhu..inilah hadiah paling 'terindah' yang tidak pernah aku dapat sepanjang ulang tahun kelahiran ku...kamu tau kenapa??..since aku tengah epi2 menyambut hari kelahiran ku yang ke-20...selepas jew jam12am, 6/3 ari tu..aku terus bersin non-stop (bukanlah 24jam non-stop)..tak sah kalau tak bersin 3-4 kali bersin dalam 1 masa...sakit dada dibuat..gatal2 hidung..rasa rimaslah time tu...sampai lenguh segala sendi2 aku ni...dan akibatnya, demam berjaya menakluki diriku..huhu

Terpaksalah tak attend 2 hari kuliah..kemarin & hari ni..itu pun kalau ari ni aku sembuh sepenuhnya. Kalau tak terpaksa minta extend lagi surat MC ku tu. Btw, doakan aku cepat sembuh dan kembali study seperti biasa...Amin~

Sunday, March 6, 2011

Usia ku genap 20 tahun


Alhamdulillah..kini aku berusia 20 tahun. Sungguh besar pengorbanan buat  ibu ku yang telah melahirkan aku ke dunia ini. My dad adalah inspirasiku, heroku..Tanpa kamu tiadanya fahmi di sini. Love you so much!...


Aku yang bukan lagi belasan tahun..huhu..aku still sayangkan umur ku yang belasan tahun yang telah ku lalui, redahi, harungi, jalani, jejaki dan seumpamanya kerana di sanalah bermulanya titik2 perjalanan ku yang membawa ku ke saat ini seperti sekarang. Aku tidak dapat mencipta sejarah tetapi sejarah akan sendirinya tercipta apabila aku sudah melalui sesuatu peristiwa itu. Apa yang sudah ku rasai 19 tahun lalu ada manis dan pahitnya. Manis, akan ku jadikan lebih manis dan pahit sebagai stepping stone ku untuk improve segala kekurangan diri yang ku ada.


Semoga apa yang ku azamkan sehingga usiaku menjangkau 20 tahun ini akan tercapai jua akhirnya. Doa adalah peneman ku setiap masa..biar pun siang malam silih berganti, ku harap aku dapat menempuhi jalanan hidup ini dengan penuh kesempurnaan demi menuju kebahagiaan serta kejayaan dunia & akhirat...InsyaAllah..



Ingat ku dalam doamu…semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan tubuh badan kepada kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin…

Thursday, March 3, 2011

Aku kena 3 saman?

Sejak bila pula aku pandai kena saman2 ni..hahaha..aik tergelak pula aku ni, serius larr..aduii kena 3 saman lagi tu, baru ja aku check tadi kat internet. Ni buktinya..
Anda mempunyai 3 saman seperti berikut

1. Langgar anak ayam yang sedang makan goreng pisang kat tepi jalanraya # RM300.00

2. Langgar katak yang sedang mandi di tengah jalanraya # RM399.00


3. Dan yang ketiga, anda telah melanggar seekor lembu betina yang hendak menyeberangi jalan [nie mahal sikit sebab dia jenis kacukan] # RM5000.00

Ni siap dengan warning lagi, suruh aku bayar before hujung bulan ni...huhu


ni aku heran tiba2 ada pula kesalahan baru selain tiga kesalahan di atas..
tapi aku tabik la, cuba korang tengok kesalahan aku dalam kotak border merah tu...korang bacalah sendiri yerrk..

Hahahahahah...mau ja aku ketawa sekuat hati....actually check saman ni untuk korang yang ada lesen ja, aku belum amik lesen lagi..aku just try2....tau2 ada plak saman lawak yang aku kena bagi ni....

 Sebab tu setiap board yang kuar ada text macam kat atas ni... tapi aku ignore ja, tup2 kena bagi saman terhebat...hahaha

Nak check saman korang??? klik ja kat sini

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??


Kali ini pula aku sertai segmen bro Ben Ashaari, BA tentang kegilaan trafik...jom ramai-ramai kita sibukan trafik blog kita macam blog bro BA kita ni =)

Assalamualaikum..
Hurm cerita pasal kematian ni aku memang sensitif sikit :( Tidak ada apa2 yang dapat aku katakan, namun kita harus tahu bahawa setiap benda yang hidup itu pasti akan mati, "kullu nafsin za ikatul maut" dan ingatlah bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Allah tidak akan sekali-kali melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya. Surah Al-Munafikun ayat 11. Intisari dari ayat tersebut jelas membuktikan bahawa Allah tidak akan sesekali melambatkan atau mempercepatkan kematian seseorang itu walau sesaat pun.

Kat bawah ni aku kongsikan video lagu ketuhanan yang betul2 menyentuh perasaan. ~Hayatinya ~


Tambah Ilmu, Tambah Amal
Wassalam

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com