OUR ADVERTISEMENT

Monday, November 14, 2011

Jadikan Bilik Anda Seperti Pentas Berprestij | Make Your Lights Synchronize With Music

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Korang minat tak dengan muzik?..tapi jangan melebih pula, berpada-pada ok. Aku nak kongsi sikit macam mana nak buat lampu lip lap lip lap diiringi ngan muzik macam clubbing, dalam erti kata lain lampu yang menyala ikut rentak muzik la gituuuu. Best woo..bagi yang berminat boleh ikut la. Aku dah pasang kat dalam bilik aku satu.




So korang tengok la yew sendiri kat dalam video di bawah ni.


So, amacam? best tak?...lagi best kalau korang kasi colourful sikit lampu led tu, baru bergemarlapan bilik korang tu seolah-olah anda berada di atas stage yang berprestij gitu..haha...over!

Tuan punya blog: hampa gila dah berapa biji lampu LED aku terbakar gara-gara volume muzik yang kuat..haha..have fun! :)

Sunday, November 13, 2011

Keputusan Penuh AIM 18 | Anugerah Industri Muzik 2011


Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 telah melabuhkan tirainya di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam yang banyak menyaksikan persembahan artis-artis terhebat tanah air. Di bawah merupakan keputusan penuh AIM 18. 

ARTIS BARU TERBAIK AIM 18
-Najwa

LAGU POP TERBAIK AIM 18
-Sedetik Lebih – Anuar Zain

LAGU NASYID TERBAIK AIM 18
-Nora feat VOU – Pedoman

LAGU POP ETNIK TERBAIK  AIM 18
-Adibah Nor (Joget tak Senang Hati)

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) AIM 18
-Anuar Zain (Sedetik Lebih)

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) AIM 18
-Yuna (Penakut)

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU AIM 18
-Tiga Suara (beribu sesalan)

KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka AIM 18
-Keith Yong & Nick Lee – Utusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)

RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam AIM 18
-Utusan Aizat Amdan (Aizat)

VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah AIM 18
-Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)

LAGU ROCK TERBAIK AIM 18
-API  (Pelita)

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK AIM 18
-Najwa (Got To GO)

LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA AIM 18
Ku Menunggu (Rossa)

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah AIM 18
-Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)

LAGU  TERBAIK AIM 18
-Yuna (Penakut)

ALBUM TERBAIK AIM 18
-The Malaysian Philharmonic Orchestra (Sheila Majid)

Artis Kembara AIM 18
Yuna

Artis Mobile Celcom Terbaik AIM 18
6ixth Sense

Anugerah Sri Wirama AIM 18
Puan Beh Suat Peng

Tahniah kepada semua pemenang!

sumber: mummycute.com


Friday, November 11, 2011

Breakfast @ 11.11.11 - Resepi Mama ~ Popia Pisang Berintikan Milo

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan ketuk-ketuk 11...haha..tak boleh blah ayat aku ne kan..padahal baru sekali bagi resepi. Nak dipendekkan ceritalah kepada makcik2 dan akak2 sekalian resepi ne eksklusif dari mama fahmi di sini sendiri mungkin sempena 11.11.11 ne..tak tau lah aku, yang penting teruskan membaca k..keh3...perasaan gumbira ne nak kongsi resepi manalah tau resepi mak aku ne mengena di hati juri-juri kat rancangan MasterChef Malaysia tu...huk3...


Meh kita buat sama-sama...simple ja..tak payah nak comot2 muka macam bini-biniku gangster yang nak try resepi baru tu...hihi


sarapan pagi@11.11.11


Bahan-bahan:
  1. Pisang
  2. Kulit Popia
  3. Milo
  4. Gula

Cara-caranya:
  1. Pisang dipotong secara melintang dan dikerat kepada 6 bahagian.
  2. Letakkan pisang yang sudah dikerat tadi di atas kulit popia yang terbentang luas..hehe
  3. Tabur sedikit milo dan sedikit gula di atas pisang tu. (bergantung ngan citarasa korang la)
  4. Gulung kulit popia bersama pisang yang telah dibubuh milo dan gula tadi.
  5. Jangan tutup/lipat kedua-dua belah gulungan, biarkan terbuka.
  6. Goreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
  7. Sedia untuk dihidang...nyummmm2...


Jom terjah Dapur Tanpa Sempadan...ini baru blog resepi ;)

Tanda-Tanda Kecil Kiamat Sudah Lengkap

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam Jumaat penghulu segala hari...semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya serta mendapat berkat dariNya. Firman Allah yang bermaksud, "dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada Ku. (Surah Al-Dzariyat ayat 56). Sesungguhnya firman Allah ini mengingatkan kita bahawa tujuan kita diciptakan di dunia ini adalah untuk menyembah serta mentaatiNya.

Di bawah merupakan tanda-tanda kecil kiamat di mana jika kita lihat tanda-tanda kecil tersebut rata-ratanya sudah kita saksikan sendiri.



  1. Ramainya anak luar nikah
  2. Zina bermaharajalela
  3. Bermaharajalelanya alat muzik
  4. Dusta berleluasa & tidak tepat dalam penyampaian berita
  5. Ramai saksi palsu
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia
  7. Penaklukan baitulmuqaddis
  8. Menghiasi masjid & membanggakannya
  9. Pemimpin terdiri dari orang yang fasik & jahil
  10. Munculnya kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan
  11. Banyak berlakunya gempa bumi
  12. Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja
  13. Orang yang terhina mendapat kedudukan terhormat
  14. Lelaki mentaati isterinya tetapi mendurkai ibunya
  15. Kurang sifat amanah
  16. Banyak wanita berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang

"Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang berada di dalam kubur " 
(Surah Al-Hajj : ayat 7)


Thursday, November 10, 2011

Icon Facebook yang tak pernah ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kat bawah ne salah satu icon facebook yang tak pernah wujud dan hanya rekaan semata-mata.








kat bawah ni memang wujud...hihi
sumber:isuhangat.net

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com