Remaja dari Groningen, 183 km di Utara Amsterdam itu sebelumnya ada mengadu mengalami sakit perut semasa keluar bersiar-siar bersama-sama rakan sekelasnya.
Guru yang menyedari remaja ini akan melahirkan bayi, segera memanggil ambulan. Remaja tersebut dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat di salah sebuah bangunan berhampiran.
Ibu muda itu kemudiannya dibawa ke hospital namun enggan mendedahkan siapakah ayah kepada bayi tersebut.
Remaja tersebut sebelum ini tinggal bersama-sama dengan ayah dan abangnya selepas ayahnya dilaporkan berjaya memperolehi hak penjagaan anak berikutan penceraian dengan ibu mereka.
Kakak tiri kepada remaja tersebut, 30 memberitahu akhbar "Saya beri amaran kepadanya! Saya benar-benar terkejut dengan apa yang telah terjadi!"
Dalam, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Polis Belanda,"Remaja tersebut telah mengandung sejak berumur 11 tahun, ini bermakna ada berlaku perbuatan jenayah".
"Di bawah akta 244, Undang-undang Belanda, hubungan seksual terhadap remaja di bawah 12 tahun boleh dikenakan hukuman. Malah, perkara ini akan dilaporkan kepada Lembaga Perlindungan kanak-kanak. Bersabit terhadap dua keadaan ini, Polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan siapakah bapa kepada bayi yang baru dilahirkan ini".
2 comments:
hii!!mcm2 kes sekarang nie..
ohhh.. mude nye... x sempat nk rase zaman kanak2..
Post a Comment