not MY CAT
JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.
Kejadian berlaku semalam apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.
Pemilik kucing, Mohmad Shah Tamyis, 52, berkata dia tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.
“Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.
“Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.
“Namun akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan kemunculan jelmaan terbabit, kucing kesayangan saya, Pussy yang berusia enam bulan menjadi mangsa,” katanya.
Menurut Mohmad Shah, dia hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.
“Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.
“Akibat kejadian itu, dia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.
“Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Mariam Yusof berkata, tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.
Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.
“Sebelum ini saya terdengar kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,” katanya.
*Masih ada rupanya manusia di negara ni yang percaya dengan benda-benda karut macam ni. Aku paling anti dengar manusia...(opss layak ka digelar manusia) yang sanggup menyeksa binatang tanpa belas kasihan. Sedarlah sikit, binatang tu pun makhluk Tuhan..ada otak kenalah guna dengan sewajarnya.
10 comments:
ape kobondo la pecaye mende cmtu..xpepasal kucing jadik mangse
nak tgk gmbr kucing die,heheh
@Ashraf Jalil ntahlah dorang ni..dah zmn moden masi ada yg p'caya benda tahyul ni..huhu
@amir aizat alaa..blum photoshoot g..haha
ciannya kat kucing tu...tah apa2 la manusia ni..boleh percaya benda2 macam tu..yang kesiannya, haiwan yang manja tu menjadi mangsa...
kucing punyer comel sanggup dorang dera...
dorang memg xde otak, kesian kucing tu :(
kucing pon dye nk dera..haish..manusia zaman skunk ni..pelik laa...
salam perkenalan, I FOLLOW..!! hehe
ggrr! giler la kan cye bnde camtu . kesian meow!;( Kalau ada kat tmpat tu dah lama kena sembelih org tu sume.:P ~cakap mcm brani jek!~
ish3x...Na'uzubillahiminzalik...mnta d jauhkn...ksian kucing ba jdi bhn draan...kjam sngguh..( bwt kcing abg pmi ( yg kcing siam tu ka?? ), hhe..thniah dpt ank kcing..n ksian..2 ekor sdh xda...hhhu..
Post a Comment