OUR ADVERTISEMENT

Monday, May 30, 2011

Salma Juara Mentor Musim ke-5


Protege Erra Fazira ketepi cabaran Shiha, Iqa

SHAH ALAM: Protege Erra Fazira, Salmah A Asis, 21 atau Salma muncul sebagai juara musim kelima rancangan realiti Mentor sekali gus mengetepikan dua finalis lain pada konsert akhir yang dipancarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Malawati, di sini, malam semalam.

Anak jati Sabah itu membawa pulang ganjaran utama, wang tunai RM100,000 serta kereta Chevrolet Cruze selepas menewaskan protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Binti Mohd Zikir, 24 (Shiha) dan anak didik Edry Abdul Halim, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25 (Iqa).

Salma yang memberikan persembahan konsisten sejak tirai Mentor dibuka pada 6 Mac lalu mampu mendahului saingan apabila mengumpul kutipan markah sebanyak 85 mata berbanding Shiha, (67) dan Iqa, (56).

Shiha yang dilihat memberikan saingan sengit terpaksa berpuashati dengan RM30,000 dan Vespa LX150 selaku naib juara manakala Iqa menerima RM10,000. Setiap mentor juga menerima jumlah wang sama seperti anak didik masing-masing.

Pada pertandingan akhir itu, Salma mendendangkan lagu baru daripada Taja MUH, Aku Permata serta Listen dendangan asal Beyonce Knowles. Bersama gurunya, mereka menyampaikan Jendela Hati dan Jaclyn Victor sebagai pasangan duet bagi lagu Cinta & Rindu.

Shiha pula menguji vokal dengan mendendangkan lagu baru ciptaan Ajai, Bila Bertemu Mu selain Kisah Hati manakala bagi segmen duet bersama mentornya, mereka memilih Rindu disusuli paduan suara dengan Black, Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis.

Iqa pula menyampaikan lagu ciptaan mentornya sendiri berjudul Di Penghujungnya selain Ku Mohon selepas bergabung suara dengan Edry menerusi lagu Ganas manakala pilihan duet ialah bersama Faizal Tahir dengan lagu Karma. -BH

*Tahniah Salma! bulih bah kalo ko...(~_^)v

9 comments:

Ali ridha said...

langsung tak tengok semalam.dah bosan dengan program realiti.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

aphal ad tagline lena tuh,hehe

syazwani ab said...

hahah !
bulih bah kalo ko .
apa maksud ek ??

*btw , follow sini :)

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Ali ridha sebenarnya gua pun tak tengok..
ni dpt tau dr tenet ja..hihi

Muhammad Khairul Fahmi said...

@amir aizat bgus la...hihi...
tnx singgah sini...

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Wanimksud dia...kalau awak boleh jer tu...hihi

tnx...makasih dtg sini =)

FyNa said...

hahahaha... sy dah mmg expect dah.. Bagus Bah !!

Ziyyad Fahmi said...

aku suka salma .. hihik

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com