OUR ADVERTISEMENT

Thursday, May 19, 2011

Malaysiakini portal berita nombor satu negara

Persatuan Digital Rakyat Malaysia (MDA) mengesahkan Malaysiakini adalah portal berita nombor satu negara sepanjang bulan lalu.

Dengan 2.7 juta pelawat unik pada April, Malaysiakini mendahului the Star (2.4 juta), Harian Metro (1.6 juta) dan Utusan Malaysia (1.3 juta).

Menurut Effective Measure, yang mengumpulkan data bulanan itu kepada MDA, laman yang paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia adalah Facebook dengan 8.5 juta pelayar dan diikuti dengan Google dengan 5 juta pelayar.


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran (bawah) berkata jumlah pembaca bagi portal berita bebas itu meningkat 17 peratus berbanding Mac.

"Kami yakin pilihan raya negeri Sarawak menarik minat sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang baru itu,” katanya.

"Kenaikkan itu lebih membanggakan kerana laman itu (pada April) diserang DOS (denial of service) dan kami terpaksa menutup laluan kepada semua trafik antarabangsa selama seminggu,” tambahnya.

Serangan yang bermula dua hari selepas kempen pilihan raya 10 hari bermula dan berterusan sehingga hari mengundi.

Trafik antarabangsa lazimnya menyumbangkan sekitar 15 peratus daripada jumlah trafik kepada Malaysiakini.

MDA - adalah badan yang dianggotai kebanyakannya oleh penerbit dan agensi pengiklanan, mereka memilih Effective Measure yang berpangkalan di Australia sebagai 'pengukur kadar Internet' di negara ini yang rasmi.



sumber: malaysiakini

*Portal berita Malaysiakini adalah medium terbaik untuk rakyat Malaysia bagi mendapatkan berita2 terkini yang telus lagi sahih. Hal ini demikian Malaysiakini merupakan salah satu media elektronik yang berkedudukan 'atas pagar'..bukan seperti akhbar 'tuuut' yang disumbat dengan pelbagai bahan fitnah dan dusta yang berada pada satu pihak sahaja. Apa yang penting rakyat harus bijak menilai setiap berita yang dikeluarkan. Ini negara demokrasi, kedemokrasian akan lebih terserlah dengan adanya portal berita nombor 1 ini yang tidak berada di sebelah sana dan sini - Fahmi

No comments:

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com