AMERICAN TOURISTER COLLECTION- CLASSIC& SMART
Anda seorang berkarier dan pentingkan profesionalisme? Inginkan koleksi beg yang menjadi simbol seorang yang berjaya? Jenama beg American Tourister Collection menawarkan rangkaian beg bimbit, bagasi dan sling bag yang sesuai untuk anda berstatus eksekutif muda berjaya. Koleksi kali ini hadir dalam dua tema iaitu Classic dan Smart. Rangkaian Classic hadir dengan rekaan chic, elegan dan classy. Terdapat dalam tiga warna iaitu hitam, kuning pasir serta ungu. Manakala koleksi Smart direka kontemporari dan penuh fungsi. Ia dibuat dengan polister tahan lasak. Terdapat dalam warna hitam, ungu dan kelabu.
MASSIMO DUTTI SS2011
Setiap musim, jenama Massomo Dutti sentiasa hadir dengan koleksi yang memenuhi setiap gaya hidup anda. Baik rekaan klasik mahupun kontemporari, jenama ini menyakini setiap kehendak anda. Musim ini setiap koleksi Massimo Dutti dibaluti dengan rona-rona Mediterranean yang mana setiap rekaan menumpukan pada mainan tekstur dan garisan. Koleksi kali ini juga berilhamkan topografi pulau-pulau dan pasir di gurun yang nyata pilihan sempurna untuk gaya hidup urban.
PHILOSOPHY MEN PARIS! COLLECTION
Seperti koleksi jenama ini sebelum ini yang sentiasa membawakan motif serta simbol beberapa negara, kali ini philosophy-Men muncul dengan koleksi berinspirasi bandar yang diberi jolokan kota cinta, Paris. Mengambil ilham jalanan, arkitektur serta simbol seperti menara Eiffel, rangkaian kafe di jalanan kota itu telah diterjemahkan pada setiap helaian pakaian dan aksesori philosophy-Men musim ini.
ADIDAS ORIGINALS ‘BLUE DENIM’
Baru-baru ini Adidas Originals telah melancarkan koleksi first-in-house denim iaitu adidas Originals Blue Collection atau sebelum ini dikenali dengan blue label coleection Originals A.039. Ia hadir dalam variasi teknik cucian dengan rekaan moden klasik yang menyerlahkan warisan asli denim serta disesuaikan dengan modern fits terkini. Rangkaian di bawah Adidas Originals Blue Collection terdapat dalam beberapa potongan utama seperti classic relaxed fit yang dikenali sebagai CONDUCTOR atau REKORD, dan modern slim carrot fit khas untuk lelaki.
-maskulin
No comments:
Post a Comment