OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, May 18, 2011

Pelajar melelong dara di Internet?


Seorang pelajar Belgium telah melelong daranya di dalam satu lelongan dalam talian (internet) dan kini mendapat bidaan lebih £45,000 (lebih RM 200 ribu).


Gadis 21 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Noelle ini telah melelong tubuhnya untuk dibida di laman web Yantra escort girl yang berpusat di Amsterdam pada Mac lalu.

Kini, selepas dua bulan, dia telah menerima satu tawaran dari seorang pembeli misteri.

"Ia hanyalah sekadar seks", kata Noelle, pelajar Belgium yang berjaya melelong daranya selepas dua bulan bidaan dibuat. Dia tidak mahu untuk dikenali kerana tidak mahu ibu bapanya mengetahui perkara itu.

Pemenang yang telah 'membelinya' untuk 24 jam, perlu memenuhi permintaannya untuk menemaninya ketika membeli-belah dan makan malam di restoran pilihannya.

Dia juga mendapat perakuan doktor yang membuktikan Noelle terbukti masih dara, dan dia menegaskan akan melakukan seks hanya akan dengan kondom.

Noelle menggambarkan dirinya di laman web itu sebagai 'seorang gadis pemalu dan sangat manis, tetapi mempunyai sedikit fikiran nakal'.

Noelle ketika melelong dirinya di laman web agensi teman Yantra, di mana jurucakapnya memberi jaminan akan memeriksa mana-mana pembida yang 'bahaya'.

Laman web itu menunjukkan gambar-gambar Noelle, yang mempunyai sepasang mata coklat, ketingggian 5 kaki 8 inci, saiz pakaian 10 dan bra bersaiz B.

Noelle turut berkata akan memberikan lima peratus pendapatannya dari lelongan seks ini kepada badan kebajikan untuk 'membuktikan dia bukan seorang pelacur'.


7 comments:

Raja Syakirah Raja Omar said...

macam-macam wohh dunia sekarang =,="

.nurulsyafiza. said...

mcm ni pon ade ek..adooii..manusia2...:)

PinKy MoMMa said...

rugi la suami dia nnt hehehe ;)

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Raja Syakirahya..makin m'jadi2..huhu

Muhammad Khairul Fahmi said...

@nUreuL SteLLa tu laa..sggup m'gadaikan maruah..
tak tau malu p'puan ni...huhu..

Muhammad Khairul Fahmi said...

@PinKy MoMMa mmg rugi s'rugi2nya..hihi..
tak guna klu muka cantek tp mahkota diri dah t'gadai kan sis... ;)

AyeeHerssey said...

astagfirullahalazim,.. nie msti bkan islam nie. . haha .eeh comform laa , .ish3, ada gak org g2 arr. .fahmi ko uitm ka ?, sma lar kta tue . haha

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com