OUR ADVERTISEMENT

Friday, May 27, 2011

Sebab Allah menurunkan bencana ke atas manusia


Umat Islam perlu sedar ia satu peringatan, amaran agar kembali ke pangkal jalan. 

Tiada siapa yang dapat menghalang kekuasaan Allah. Punca pelbagai bencana alam yang berlaku adalah disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia itu sendiri. Sebahagian manusia hari ini seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini.
Disebabkan kerenah dan krisis yang berlaku di kalangan manusia itulah juga barangkali Allah sengaja menimpakan bencana ke atas segelintir hamba-Nya sebagai ujian dan takdir yang tidak dapat ditolak.
Allah berfirman dalam surah as-Syura, ayat 30 yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu.”

Sebagai hamba yang sentiasa meyakini akan keadilan Tuhan, maka sudah sewajarnya kita sama-sama merenungi dan menghayati apa yang tersirat di sebalik mafhum ayat di atas.

Sesungguhnya hanya dengan keyakinan, iltizam, istiqamah dan keinsafan yang mendalam saja akan membolehkan kita mencari kekuatan dalam diri bagi mengimarahkan bumi Allah dengan perbuatan yang diredai kerana kita hanyalah makhluk Allah yang dipinjamkan sementara untuk menetap di alam fana ini.
Daripada Tarmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu: 
  • Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja. 
  • Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
  • Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 
  • Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya. 
  • Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 
  • Apabila suami terlalu mentaati isteri. 
  • Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising. 
  • Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid. 
  • Apabila pemimpin sesebuah kaum itu adalah orang dihina oleh kaumnya sendiri. 
  • Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu. 
  • Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya. 
  • Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis. 
  • Apabila ramai lelaki memakai sutera. 
  • Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki. 
  • Apabila wanita mula bermain alat muzik.

1 comment:

Mylady said...

Dunia pun dah sampai ke penghujung usianya..semoga kita dapat memperbaiki amalan kita sebagai bekalan untuk kesana...

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com