OUR ADVERTISEMENT

Saturday, June 18, 2011

Paksa minum sampai mati


MARANG - Impian seorang bapa melihat anaknya sembuh selepas menderita hampir empat tahun akibat penyakit misteri tidak kesampaian apabila anaknya menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan daripada bomoh wanita dari Thailand, semalam.

Faizul Harun, 26, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menjalani rawatan lebih empat jam bermula jam 7.45 malam kelmarin dengan bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah, 43, di rumah wanita berkenaan di Kampung Pulau Rusa, Merchang di sini.

Kejadian malang itu berlaku apabila mangsa tidak sedarkan diri selepas dipaksa minum air dalam jumlah banyak oleh bomoh berkenaan yang mendakwa bertujuan mengeluarkan makhluk halus daripada badan mangsa.

Selain dipaksa minum air dari sebuah tong yang mampu mengisi 10 liter cecair, Kak Yah turut memasukkan air ke dalam mulut mangsa menerusi getah paip kononnya untuk mengeluarkan makhluk halus yang enggan meninggalkan tubuh mangsa.

Bapa mangsa, Harun Senek, 56, dari Kampung Gong Beris di sini, berkata, mereka mendapatkan khidmat Kak Yah selepas dimaklumkan ahli keluarga lain wanita itu mampu mengubati penyakit buatan orang.


6 comments:

senyumSOYA said...

masyaAllah..macam2 la bomoh ni.. bnda x masuk akal pun dia boleh buat kat orang

siti hidayah said...

tag awak untuk GA.

sini >> http://dayahpunyerbelog.blogspot.com/2011/06/first-giveaway-by-cik-putih.html

Unknown said...

haha..napa la x cari ustad jak..kan senang..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
farahin nasir said...

yg nie pun sy bace.. kejam..
trok btol bomoh ha.. agak2 r nak brubat pun..

LUKIMIA ATAU BARAH OTAK?

Honey Bhulat said...

mmg mampu pon mengubat org kak yah..mgubat org sampai mati..mana ada org boley tanding dia..adoi...pe punya bomoh la..bomoh ke pembunuh tu =]

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com