OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, June 15, 2011

Rakam aksi meludah untuk puaskan nafsu

Polis Tokyo menahan seorang penganggur berusia 55 tahun di Tokyo kerana mempengaruhi tiga budak sekolah supaya meludah untuk merakam aksi itu, kata pihak berkuasa semalam.

Toshihiko Mizuno ditahan di Tokyo kelmarin kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh. Jika disabitkan kesalahan, Mizuno boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda kira-kira RM37,800.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Mizuno melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan pada Oktober dan Disember tahun lalu. Katanya, suspek mendekati mangsa - masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun - sambil mendakwa kononnya sedang melakukan kajian mengenai air ludah.

“Mizuno memujuk budak terbabit supaya meludah bagi membolehkannya merakam aksi berkenaan. “Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta mereka membuka mulut dengan luas untuk membolehkannya merakam bahagian dalaman organ itu,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, kejadian berasingan berlaku di luar sebuah apartmen dan di sebatang jalan. Katanya, polis percaya Mizuno melakukan perbuatan itu dengan sengaja semata-mata untuk memuaskan nafsu seksualnya.

Sementara itu, dua agensi berita, Jiji dan Kyodo, melaporkan Mizuno dipercayai berjaya mendekati kira-kira 4,000 budak perempuan sejak mula melakukan aktiviti itu lebih 17 tahun lalu. Agensi berita itu mendakwa, sepanjang tempoh itu Mizuno berjaya mengumpul aksi meludah kira-kira 500 budak perempuan.

Polis juga menemui 26 pita video di rumahnya yang merakam aksi meludah membabitkan lebih 200 budak perempuan. Jurucakap polis berkata, rakaman berkenaan dibuat di sekitar Tokyo dan bandar raya berhampiran, Saitama.

Bagaimanapun, setakat ini polis tidak dapat mengesahkan laporan dibuat dua agensi berita berkenaan.



4 comments:

EiZaRaZiErYa said...

=,=?? cm 2 pon ade ke..??

anakdenesor said...

xsenonoh tol.kn..

Afsar said...

eeewww...hihihihi...nak try la~

Sharifah Aniza Ali said...

macam2...gila meh~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com