Gambar semasa perkahwinan Raja Farah
DARI jauh kelibat Raja Farah Aziz sudah memancing perhatian. Bukan disebabkan susuk tubuh yang tampak kembali langsing sebaliknya penampilan kali ini cukup berbeza daripada biasa - bertudung.
Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah.
“Baru dua bulan saya bertudung malah ini telefilem pertama saya tampil bertudung. Sebelum ini pun kalau keluar saya memakai selendang.
Mengenakan blaus yang dipadankan dengan jeans, sebagai pelengkap tudung rona merah jambu lembut menjadi pilihan aktres muda yang diamanahkan membawakan watak gadis kampung bernama Maisarah.
Akuinya lagi, walau tampak biasa peranan yang dibawakan nanti sarat emosi apabila menonjolkan keperitan hati seorang gadis yang baru mengenal cinta apabila kekasih hati sebenarnya tunangan orang.
“Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini.
“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,”
NYATA isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26 itu punya harapan tersendiri dalam mengatur rentak hidupnya malah menganggap itulah pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga.
Sebagai persediaan, Raja Farah berjinak-jinak pula dengan perniagaan tetapi segala-galanya masih dalam peringkat persediaan namun ia bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
Gambar terkini Raja Farah memakai tudung
Tegasnya lagi tatkala diajukan semula dengan peluang aktres bertudung, kata Raja Farah, produser dan penerbit hari ini semakin berfikiran terbuka malah bangga melihat ramai rakan lain yang lebih dulu berhijab tetap rancak mewarnai program TV selain aktif di layar perak.
“Banyak watak yang memerlukan wanita bertudung. Saya tidak nampak ini semua sebagai halangan berlakon. Cuma pandai-pandailah kita memilih watak selain menjaga pergaulan. Saya pasti penonton juga akan terus memberi sokongan jitu,” katanya.
11 comments:
lawa die pakai tdung...
pic yg bwh tu dia nmpak "berisi" la.....
cantik la dia pakai tudung. mmg suke la artis2 yg bertudung ni... ayu je semua... no more seksa seksi :D
chanteq!
dia berisi mybe sebab dah ada isi, hehehe
wah dah berisi dia.
cntik! msti sgt bahagia kan.
arrh! nak kahwin jugak.. hehe ;D
die nie mmg cntik.ble pakai tudung lagii cntik
alhamdulillah :P
salam ziarah..terima kasih fahmi sbb sudi jenguk2 blog sy.
Artis sekarang dah ramai pakai tudung hihihi...Alhamdullilah..
kan cantik pakai tudung =)
bertudung itu sangat cantik...
;]
Post a Comment