Hari ini 1 Julai bersamaan 29 Rejab merupakan hari ulang tahun kelahiran my papa,
en. Musa Hj. Kambar...harapan daripada anaknda mu ini serta abang-abang dan kakak ku semoga papa sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya...dikuatkan segala kudrat untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diperintahkan olehNya...semoga papa sentiasa dimurahkan rezeki...Amin Ya Rabbal Alamiiin...
Puisi Untukmu Ayah
Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.
Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.
Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
YOU ARE MY HERO!
6 comments:
selamat hari jadi pa..
selamat hari jadi tuk papa awak jua ^^
selamat hari dilahirkan kpda papa fahmi,...semoga sentiasa di dlm rahmatNYA
hepi befday utk papa :D
selamat hari lahir papa..
semoga pnjg umr dan mendapat apa yg dihajati.. :)
peace
doakan Ayah2 kita semua pnjang umur & sentiasa dilindungi Allah.. amin..
Post a Comment