OUR ADVERTISEMENT

Thursday, June 16, 2011

Bawa kereta baru dalam van


Van yang digunakan untuk membawa kereta Mazda 626 milik dua lelaki Kazakhstan

HAMBURG - Dua pemilik kenderaan dari Kazakhstan memiliki cara luar biasa untuk mengangkut kenderaan baru mereka dari Jerman dengan menyumbatnya ke dalam van bagi menjimatkan kos berbanding mereka menggunakan treler. Apabila mereka tidak dapat memasukkan kereta Mazda 626 itu ke dalam van dengan cara biasa, mereka membaringkan kereta itu di bahagian sisinya bagi dimuatkan ke dalam van berkenaan. Dua lelaki yang berasal dari negara yang sama dengan penulis karakter komik Borat, Sacha Baron Cohen meletakkan tilam di bawah kereta itu dan diimbangkan dengan kusyen.


Kereta Mazda 626 yang dibaringkan pada bahagian sisinya dalam van

Mereka bercadang membawanya pulang kira-kira 3,540 kilometer dari Bargteheide, dekat Hamburg. Namun, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chmielewski, 28, ditahan polis dalam perjalanan ke Kazakhstan selepas mereka melihat van itu melilau dari kiri ke kanan.

Dua lelaki berkenaan yang berjaya memasukkan kereta berkenaan dengan bantuan beberapa rakan turut melindungi muatan dibawa apabila mereka menutup cermin tingkap van terbabit dengan surat khabar.

Jurucakap polis berkata, van dan kereta itu disita dan dua lelaki berkenaan diarahkan supaya mendapatkan pengangkutan yang bersesuaian untuk membawa kereta itu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.


1 comment:

vampire's lovex said...

hohhh giler...

van sama saiz bawak keta lain..sama je macam kambeng bawak kambeng lain atas belakang dia..huahaha..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com