OUR ADVERTISEMENT

Friday, June 3, 2011

Mandi, lepas tu perkosa teman wanita

gambar hiasan


Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, Ampang kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum
singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.


Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu. “Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” katanya.


Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ. Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.


Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian. Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.


Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.



6 comments:

Unknown said...

dekat keramat ? woah. org keramat memang jahat2. ehehhee.

Mylady said...

aish..kecik2 lagi dah berani ikut lelaki keluar sampai pagi2 buta...

Muhammad Khairul Fahmi said...

@EYFAalias kesian dowh pompuan tu..huhu

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Mylady tula remaja skg..dah t'hantuk baru t'ngadah..uuuu

Blog Fatin Fadhillah said...

adoiii lahhh... akak umur dah 22 pun tak berani kuar lepas kul 12 mlm... huhuhu... jd kn iktibar k? jgn mudah terpedaya! :)

Muhammad Khairul Fahmi said...

@Fatin Fadhillah Mat Ayob bgus la sis, g pun pompuan xmolek kuar mlm2 ni..huhu..

yup ini sbgi pengajaran tuk kta smua... =)

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com