YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.
BUKIT BERUNTUNG: “Kami pernah digelar orang gila dan pengamal ilmu sesat kerana makan kaca,” katanya pemandu treler, Johari Mohamad yang boleh mengunyah serpihan kaca tanpa mencederakan diri.
Selain Johari, 37, isterinya, Halimatussadiah Ghazali, 32, dan beberapa rakannya berkemampuan mengunyah serpihan kaca sama ada daripada lampu kalimantang atau cermin dihancurkan umpama menikmati kacang.
BATU teras gunung.
Johari berkata, dia boleh mengunyah kaca apabila memegang batu dipanggil ‘teras gunung’ yang didakwanya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.
“Tapi perkara ini berlaku kerana kuasa Allah, bukan dari keyakinan terhadap batu itu, namun perkara begini menjadikan saya dan rakan yang mempunyai ‘teras gunung’ dipandang pelik segelintir orang.
“Batu ini ada keindahan dan manfaat tersendiri kepada orang yang mengetahuinya tetapi keyakinan mengenai itu tetap datang daripada Allah,” katanya.
1 comment:
apa jadah la.. bek makan kacang dri mkn kaca.. ehehe
Post a Comment