OUR ADVERTISEMENT

Friday, July 8, 2011

Ubah ciptaan Allah: Umpama mencabar kuasa-Nya


Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW baik dari segi akhlak mahupun rupa paras. Kita tidak perlu berasa sedih dan susah hati lantaran dikurniakan rupa paras yang tidak cantik, tubuh badan yang tidak menarik, malah dijadikan sebagai seorang lelaki ataupun wanita. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan adalah unik dan sempurna kejadiannya.

Sememangnya Allah SWT menjadikan kita dengan pelbagai rupa dan gaya. Mana mungkin Allah yang Maha Mencipta menjadikan setiap manusia mempunyai wajah yang sama. Sedangkan cap jari yang Allah ciptakan kepada setiap hambanya juga berbeza.

Sebenarnya di situlah berkuasanya Allah SWT yang mampu dan berhak menjadikan sesuatu mengikut kemahuan-Nya. Jadi tidak perlulah mempersoalkan tentang ciptaan Allah atas kejadian kita. Terimalah anugerah dan kurniaan itu seadanya dengan rasa syukur tanpa perlu mengubahnya atas faktor nafsu.

Menurut Dr Asiah Ali, Mantan Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, apabila membincangkan isu berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT, ia lebih difokuskan kepada para wanita kerana mereka tidak boleh lari daripada perasaan ingin cantik dari sudut penampilan diri dan juga kesihatan dalaman. Beliau berpendapat, tuntutan zaman sekarang yang terlalu banyak iklan-iklan kecantikan turut menyumbang kepada kemahuan masyarakat untuk mengubah bentuk asal rupa dan juga kejadian diri sendiri.

"Wanita digalakkan untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suami. Bagaimanapun, dalam kita berhias untuk kesihatan dan kecantikan, pastikan ia tidak mengubah bentuk asal kita. Kadang-kadang, ada wanita yang niat asalnya adalah untuk tatapan suami tetapi akhirnya telah terpesong niatnya," Jelas beliau.

sumber


5 comments:

Gieyana said...

sgt setuju..a nice article..:)

a.R said...

yep lol...

cantik sinonim dengan wanita kan... jadi tak hairan la zaman sekarang ni ramai wanita yang terlalu taksub dengan kecantikan sampai sanggup wat apa saja asal nampak cantik.. ada tu sanggup yang pinjam meminjam semata2 tuk bayaran demi kecantikan.. ada juge yang gadai maruah diri tuk dpt duit pg surgeri.. mcm2 .. tp hakikatnya, apa yang Allah tlh jadikan tu sebenarnya adalah yang paling cantik dan yang mengindahkannya tu adalah keperibadian kita sebenarnya...

Anonymous said...

cantik luaran tidak sempurna kecantikannya tanpa cantik di dalamnnya... Allah menjadikan manusia itu sudah cukup sifat & ada hikmah di sebalik kekurangan yang Allah berikan.. bersyukur dengan apa yang ada..

einz said...

hehehe......cantik.....mudah2an bukan sekadar cantik luaran tp dlmn juga.....dgn izin-NYA....

hana szied said...

yes, right ,

dalam hadis pon ad sebut , jgn ubah kecntikan, seolah2 tidak besyukur dengan nikmatnya..

tengs info :)

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com