OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, June 15, 2011

Ibu dipaksa berbogel

Islamabad - seorang ibu dipaksa berbogel dan diarak di sekitar kampung selepas anak lelakinya dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang sehingga hamil, kata polis semalam.

Sumber polis berkata, seorang penduduk Kampung Neelor Bala, Mohammad Salman, menuduh dua anak lelaki mangsa meniduri isterinya. Mohammad bersama adik-beradiknya kemudian cuba bersemuka dengan suspek - dikenali sebagai Rashid dan Kazim - tetapi pemuda terbabit melarikan diri dan meninggalkan ibu mereka.

Kata polis, wanita terbabit kemudian diheret keluar dari rumah sebelum pakaiannya dikoyakkan. “Wanita itu kemudian dipaksa berjalan di sekitar kampung berkenaan,” katanya.

Polis kini menjalankan siasatan selepas mendapat tahu insiden itu daripada penduduk kampung. Dua lelaki kini ditahan untuk soal siasat, manakala keterangan ibu berusia 50 tahun itu turut diambil.

4 comments:

Unknown said...

prgh..sampai paksa bogel..

EiZaRaZiErYa said...

uish...akai xdak ka...
bukn ibu dowang yg salah...yg nk d'aibkn owg tue 2..soh bogel apesal...eishh...emo btl bace nie..

anakdenesor said...

@EiZaRaZiErYa

toi 2..bkn salah ibu..knpe die yg kne mcm 2..xpuas ati tol..

firdaus zaman said...

ya...dunia mmg xadilllllllll....

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com