OUR ADVERTISEMENT

Monday, July 4, 2011

2 mayat tanpa kepala dicampak depan syarikat akhbar

CULIACAN (Mexico): Dua mayat lelaki tanpa kepala dicampakkan di hadapan pejabat dua syarikat akhbar, di barat Mexico, semalam, kata pendakwa raya.

“Kami mengesyaki dua kejadian itu berlaku serentak... Di pejabat akhbar Noroeste terdapat mayat yang dipancung tanpa kepala. “Terdapat satu lagi mayat tanpa kepala ditemui di pejabat akhbar El Debate di daerah Mazatlan,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya.

Bersama mayat itu ditemui mesej ancaman ditujukan kepada Gabenor Sinaloa, Mario Lopez Valdez dan Gabenor Mazatlan, Mayor Alejandro Higuera. Pihak berkuasa berkata mesej itu daripada adik-beradik kartel dadah, Zetas dan Beltran Leyva. 




3 comments:

SoLy SoLicious said...

sungguh ngeri...

Yunn Sarah said...

nak sedih ke takot nih ??

G3-lina said...

macam2 skunk ni.. aishh~

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com