Kajian yang dilakukan saintis menunjukkan tanda-tanda berlakunya kelemahan pada otak di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa melayari Internet.
Ia boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan di samping keupayaan untuk membuat keputusan dan merancang.
Ia juga boleh mendorong kepada tingkah laku tidak sesuai.
Penyelidik mengimbas otak 18 pelajar universiti berusia 19 tahun yang menghabiskan masa antara lapan hingga 13 jam sehari di depan Internet selama enam hari seminggu.
Pelajar berkenaan dikategorikan sebagai penagih Internet dan diperlukan menjawab lapan soalan, termasuk sama ada mereka sudah mencuba untuk berhenti menggunakan komputer dan sama ada mereka berbohong kepada anggota keluarga mengenai jumlah masa yang dihabiskan pada Internet.
Keputusan itu kemudian dibandingkan dengan sekumpulan pelajar kedua terdiri daripada 18 orang yang hanya menghabiskan masa dua jam sehari di depan Internet.
Hasilnya menunjukkan ada berlaku kedutan pada permukaan otak, tempat memproses memori, emosi, pengucapan, penglihatan, pendengaran dan kawalan motor berlaku pada kumpulan pertama.
Hasil imbasan otak pelajar itu menunjukkan semakin lama ketagihan Internet mereka berlaku, semakin serius kerosakan itu.
“Keputusan kami menunjukkan ketagihan jangka panjang terhadap Internet akan menyebabkan perubahan pada struktur otak,” kata penyeluidik.
Kajian itu dilakukan oleh pakar neurosains dan radiologi di universiti dan hospital di China.
Kira-kira 24 juta remaja negara itu dipercayai ketagih Internet. - Agensisumber
4 comments:
btol la memang addict dengan internet nie
alamak. susah bila dah ter internet addict ni =.=
btw. follow you :)
kekekekeek.. lepas ni , addicted ngn tdur pulak laaa
Taktik orang berniaga tu. Nanti keluarla alat supaya cegah otak dari berkedut. Lainla kalau 24 jam bertenet tengok gambar lucah je kerjenya.
* Kalau betul la cam tu, macamana pulak programmer2 software yg kerje dia mengadap komputer 24 jam ?
Post a Comment