OUR ADVERTISEMENT

Friday, July 22, 2011

Kisah Rasulullah dan Buah Limau



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam...


Artikel: ILuvIslam

7 comments:

AsyieqiN Rkey said...

santapan jiwa yang baek utk pagi jumaat..tapi wonder..camne ek nak tahan dr wat muke tahan mende masam..hmm..nak try..heheh

rosfazila said...

salam
akak tertarik dgn tajuk post ni ble walk ke ben's blog. tajuk ni buat akak rindu pd cerita ni yg akak baca time dajah 5 dulu, makasih ye dik.akak link fahmi ke http://fizarose.blogspot.com/

f.aliaa said...

subhanaAllah...sampai begitu skali akhlak Rasulullah, suka entri ni ^^

Suhazli said...

alhamdulillah..santapan rohani utk hari jumaat..

Nor Ain said...

thanks sbb share fahmi . akhlak Baginda paling mulia dan paling indah :) alhamdulilah . hope dpt cth Baginda .

ila said...

pnh dgr cite nie ..

Anonymous said...

begitu mulia hati baginda.. sgup bkorban demi para sahabat..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com