DIAMOND memeluk Kate sebaik bertemu Duchess of Cambridge itu.
CALGARY: Kanak-kanak pesakit kanser Diamond Marshall, 6, mungkin tidak dapat mencapai impiannya untuk bertemu Puteri Aurora di Disneyland.
Namun, pesakit cilik yang menghidap kanser tahap empat itu mencapai impiannya, semalam apabila dijemput hadir untuk menghadiahkan bunga kepada Duchess of Cambridge, Catherine Middleton di Calgary, Kanada. Diamond yang sangat teruja ketika bertemu Kate terus meluru ke arah isteri Putera William itu untuk memeluknya dan disambut mesra oleh wanita berkenaan.
Selain menghadiahkan bunga, Diamond turut mememberi Kate kotak berbentuk hati mengandungi gelang tanda persahabatan yang dibuatnya sendiri khas untuk Kate.
Ia adalah detik paling bahagia buat Diamond yang menderita kanser sarkoma sejak Februari lalu. Kanak-kanak malang itu sudah menjalani beberapa pembedahan, menghabiskan masa keluar masuk untuk rawatan di hospital, menjalani kemoterapi, selain mengalami keguguran rambut akibat kanser di perutnya. Diamond yang kehilangan ibu empat tahun lalu juga akibat kanser menulis surat kepada Kate untuk bertemu dengannya.
WAJAH Diamond sebelum menghidap kanser.
Pada awal Jun lalu pihak yayasan terbabit menghubungi bapa Diamond dan dia dipilih untuk menghadiahkan bunga kepada Kate dalam lawatannya ke Calgary.
Sementara itu, Kate dan William kini berada di California selepas tiba dari Calgary untuk lawatan dua hari di Amerika Syarikat. Pasangan itu mempunyai jadual yang padat ketika berada di negara berkenaan. - DM
1 comment:
tercapai jugak impian budak tu nak jumpa Kate Middleton... =D
Post a Comment