OUR ADVERTISEMENT

Wednesday, July 6, 2011

Potongan mayat manusia dijual secara online


Jualan melalui internet kian bermacam-macam ragam, dari yang biasa sampai yang aneh-aneh seperti air liur gadis China atau hantu dalam botol, misalnya.

Namun yang ini bukan hanya aneh, tapi membuat bulu tengkuk seram sejuk dan memancing kontroversi. Seorang ahli anatomi bernama Gunther von Hagens, yang sohor dengan jolokan 'Doktor Kematian' menjual bahagian tubuh manusia. Penjualan dilakukan melalui online.

Dalam laman webnya, si doktor kamatian ini mengumumkan bahawa para pelanggan boleh membeli jasad tanpa daging yang diawetkan dengan zat plastik. Tapi Hagens berjanji tidak sembarangan menjual potongab tubuh tersebut.

Cuma orang tertentu yang boleh membeli daging jualannya yakni mereka yang boleh membuktikan potongan tubuh manusia itu akan digunakan untuk kepentingan kajian, pendidikan dan kesihatan.

Harganya bergantung kepada bahagian tubuh mana yang dibeli. Untuk jasad utuh ditawarkan seharga £61,733 lapor akhbar Sueddeutsche Zeuitung.

Sementara Torso, bahagian beg tubuh manusia dijual seharga £50,154. Untuk tiap potong kepala manusia harganya £19,495. Bukan hanya manusia, Hagens juga menyediakan bahagian tubuh haiwan.

Hagens memiliki teknik khusus untuk mengawetkan mayat. Caranya, memindahkan cairan tubuh dan lemak dan menggantikannya dengan plastik resin. Cara pengawetan mayat seperti ramai diminati orang selama ini dan membuatnya menjadi jutawan.

Kontroversi bermula ketika melakukan badah siasat di dewan awam di stesyen televisyen, saluran 4 pada tahun 2002 lalu. Ketika itu dia dituduh hanya mencari populariti dan sensasi. Dia juga kerap mendapat ancaman dan akan ditangkap dengan tuduhan menjalankan aktiviti haram.

Namun Hageb kembali di depan orang ramai semasa mengadakan pameran bertajuk 'Cycle of Life' Postbahnhof, Kota Berlin, Jerman pada Mei 2009.

Pameran itu memajang 200 kadaver (mayat manusia yang diawetkan) dari berbagai tahap - sebelum ditonjolkan dengan mayat-mayat yang sudah lanjut usia. Termasuk dua jasad dengan 'pose' berhubungan seksual.

Ia juga pernah mengawetkan jasad Michael Jackson dengan pose 'Moonwalk'.

Namun, Gereja Katolik Jerman mengutuk tindakan anatomi aneh ini. Biskop agung Robert Zollitsch meminta para politik bertindak untuk menghentikan aktivitinya. Selain melanggar pantang, tindakan Hagens dinyatakan tidak menghormati orang yang sudah meninggal.


2 comments:

Rozuan Ismail said...

kalau kat malaysia,memang nak kena serang bertubi2 je ni

Fezul Fadhley said...

fahmi ni ska post entry seram2 hahax..

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com