OUR ADVERTISEMENT

Saturday, July 2, 2011

Dia meninggal 2 Kali


Perempuan Rusia ini, Fagilyu Mukhametzyanov, meninggal akibat serangan jantung setelah terperanjat semasa tersedar dan mengetahui bahawa dia dikatakan telah meninggal dan sedang dipersiapkan untuk dikebumikan.

Ketika para saudara-maranya di sekeliling kerandanya yang terbuka dan sedang berdoa, perempuan yang disangka telah meninggal itu tiba-tiba bangun. Tentu saja semua yang hadir terperanjat. Dia mula menjerit apabila menyedari dimana dia berada, iaitu dalam keranda.

Fagilyu Mukhametzyanov, yang berusia 49 tahun itu, tersilap dikatakan meninggal dunia oleh doktor.

Sayangnya, ia hanya hidup kembali untuk selama 12 minit. Dia kemudian meninggal untuk kedua kalinya dan selamanya.

Suaminya, Fagili Mukhametzyanov, 51 tahun, diberitahu bahawa isterinya meninggal akibat serangan jantung setelah dia pengsan di rumah setelah mengeluh sakit dada.

Mukhametzyanov, sebagaimana dikutip dari The Daily Mail, Khamis (23/6/2011), berkata, “Matanya terbeliak dan kami bergegas membawanya semula ke hospital tetapi dia hanya hidup selama 12 minit dalam perawatan intensif sebelum dia meninggal lagi, kali ini untuk selamanya.

Saya sangat marah dan inginkan jawapan. Dia tidak meninggal ketika mereka (pihak hospital) mengatakan dia sudah meninggal dan mereka boleh menyelamatkannya.”

Sementara itu, pihak hospital hanya mengatakan, “Kami sedang melakukan penyiasatan.”



3 comments:

mumui said...

org lom mati, ckp da mati.. last2 mati terus... haiya...

Lieyda Sabri said...

sian dia kan

Firdaus Life said...

ahahaha gila kesian kat perempuan ni

MY SWEET HEART

SUKA SAMA SUKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com