gambar ihsan google
“Malah, ia bukan untuk anjing saja, tetapi untuk semua jenis haiwan peliharaan lain,” kata Pengurus Besar Baverly Heights, Thomas Hoe berhubung keresahan penduduk berikutan pembinaan kolam renang anjing yang disiarkan akhbar ini, 10 Jun lalu.
Menurutnya, kolam itu dibina di atas tanah syarikatnya yang memenuhi kriteria pembinaan kolam haiwan peliharaan atau Pets Pool untuk memberi kemudahan kepada penduduk.
“Kolam haiwan peliharaan ini dibina selepas mendapat permintaan daripada penduduk Beverly Heights terutama warga asing yang ramai menetap di situ dan ia mendapat sambutan baik setelah pembinaan kolam ini.
“Malah, bagi mengelak aktiviti penduduk, kolam renang itu dibina sejauh 60 meter dari kolam renang sedia ada,” katanya.
Katanya, pemaju Beverly Heights menjalankan pemantauan dan perjumpaan dengan penduduk serta dihadiri wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkaitan pembinaan kolam haiwan peliharaan itu.
“Pembinaan kolam itu tidak mendapat bantahan daripada penduduk termasuk beragama Islam kerana menganggap ia selamat dan tidak menjejaskan aktiviti riadah di situ,” katanya.
Hoe berkata, mengenai air kolam yang tercemar dengan najis haiwan, ini tidak berlaku sama sekali kerana pemaju melantik kontraktor khas pembersihan dan penyelenggaraan berjadual dan bersistematik seperti menukar air kolam, memasukkan bahan kimia anti kuman secara berskaladan dipantau oleh kontraktor khas terbabit.
2 comments:
perghh...bertuah pnye haiwan~
wow!
Post a Comment