Thursday, July 21, 2011
Sisa makanan Putera Charles dijual dengan harga RM4000
Ada-ada saja hobi yang dijalani Michael dan Francesca Bannet. Pasangan suami-isteri asal Inggeris ini mempunyai kegemaran mengumpulkan sisa makanan para selebiriti dunia.
Namun, siapa sangka jika hobi yang termasuk dalam hobi aneh ini justeru boleh menghasilkan wang.
Baru-baru ini mereka berjaya melelong sedikit puding sisa makanan Putera Charles dengan harga 300 poundsterling (RM4 ribu).
Sisa puding pewaris takhta nombor wahid Kerajaan Inggeris ini merupakan salah satu koleksi yang dimiliki Michael dan Francesca. Kedua-duanya bahkan membuka muzium untuk menyimpan pelbagai makanan sisa para selebriti dunia dari berbagai kalangan.
Menurut berita yang dilaporkan dari Dailymail, mereka mengumpul makanan sisa selebriti dunia, ketika berniat mengumpulkan wang demi membantu kos perubatan kanak-kanak yang diserang kanser pada 2004 lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wah... kalo sy jual sisa mknan sape nk beli?
EEEyuck, sisa makan pon nak jual..xsenonoh gila..yg beli pon, hadoi..bazir je..bak hani duit tu..ley smbung study kat uk =) gegege
Err, hobi macam tu pun ada ke? =='
Post a Comment